Perlahan - lahan tangan Qasya mengetuk pintu Cikgu Nazri yang masih tertutup .
Dapat dirasakan yang Cikgu Nazri mahu berbincang mengenai penerbitan majalah sekolah mereka memandangkan dia merupakan naib pengerusi sidang redaksi majalah sekolah dan Cikgu Nazri pengerusinya .
"Assalamualaikum, Cikgu Nazri "
" Waalaikumusslam , masuk . "
Pintu bilik dikuak dan kelihatan Cikgu Nazri tersenyum melihatnya.
" Duduk , Cikgu Qasya "
Lantas Qasya melabuhkan punggung di kerusi hadapan Cikgu Nazri .
" Cikgu sihat ? Macam mana rasanya nak mulakan pengajaran setelah mengambil cuti yang agak lama ? "
Qasya tersenyum menahan ketawa . Lagak Cikgu Nazri tanya persis wartawan hendak menanyakan soal artis yang meletup !
" Alhamdulillah, sihat . Cikgu pula macam mana ? "
Qasya menanya keadaan Cikgu Nazri . Terasa malas menjawab pertanyaannya .
" ok , sihat . "
" Jadi , kenapa Cikgu nak jumpa saya ? " tanya Qasya . Terkejut bila Cikgu Nazri tiba - tiba memanggilnya .
" Yalah , pasal majalah sekolah . Cikgu Qasya pandai melukis tak ? Maksud saya bukan lukis gambar orang yang real , cuma macam kartun ke bunga ke atau apa apa ajelah . " tanya Cikgu Nazri .
" Boleh la . Sikit - sikit . Tapi , tidaklah sehebat pelukis sebenar . " jujur Qasya .
" Yes ! Begini , Cikgu lukis apa - apa je . Ikut la berapa keping , tapi jangan sekeping sudahlah . tak pasal pasal kena marah ngan pengetua nanti . Lepas tu hantar kat saya sebelum trial SPM ok ? Sbb ... Saya tahu mungkin akan ada beberapa program sebelum hari trial ni , jadi mungkin cikgu tak sempat nak buat . " ujar Cikgu Nazri .
Beliau sudah sedia maklum oleh pengetua akan program yang akan berlangsung sebelum hari trial dan meminta supaya segera dikerjakan .
" Insyaa-Allah saya akan siapkan sebelum trial . " Qasya tersenyum .
" Macam mana Cikgu mengajar di sini ? Okey ? " tanya Cikgu Nazri kepada Qasya. Sebagai Cikgu kaunseling , tidak sah rasanya tidak bertanya perihal cikgu - cikgu mahupun para perlajar yang ditemuinya .
" okey . Best ! " balas Qasya .
" Assalamualaikum , Cikgu . "
Qasya berpaling ke muka pintu bilim Cikgu Nazri. Terlihat Cikgu Maya Sarah , guru disiplin sekolahnya tersenyum melihat mereka .
" waalaikumusslam . Oh , ada apa cikgu ? " Cikgu Nazri bersuara .
"Sorry , ganggu . Saya dah bawa murid - murid yang cikgu nak jumpa. Mereka ada kat luar . " Cikgu Maya menunding jari ke arah keluar .
" okey , cikgu boleh pergi. Suruh mereka tunggu di luar . " ujar Cikgu Nazri .
" siapa cikgu ? " tanya Qasya sebaik sahaja Cikgu Maya berlalu pergi .
" Tulah , si budak bertuah tu , si Danial dan rakan se'geng' ngan dia tu. Mereka ponteng semalam dalam pukul 12 tengah hari . Mereka ikut pintu belakang . " beritahu Cikgu Nazri .
" Hampir setiap hari mereka ponteng . Dah jenuh saya melihat muka mereka. Hari ni lihat esok lihat . Mentang - mentanglah dia tu paling ' senior ' Suka hati aje nak buat apa sahaja " luah Cikgu Nazri .
Qasya mengangguk . Nampaknya banyak perkara yang dia ketinggalan semasa ' bercuti ' dulu .
Qasya membuntuti langkah Cikgu Nazri keluar dari biliknya . Sengaja ingin segera keluar segera tanpa perlu melihat muka Danial .
Dari riak wajah Danial , nampak sangat dia terkejut dengan kehadiran Qasya yang keluar bersama Cikgu Nazri . Tidak disangka rupanya Qasya sudah ' kembali ' .
Dari sudut yang agak terpencil , Qasya memerhati Danial dimarahi teruk , tapi budak tu buat pekak badak aje . Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Apa nak jadi la .
" Cikgu buat apa tu ? "
Suara itu memeranjatkan Qasya . Kepalanya lantas berpusing 360° untuk melihat siapakah pemilik suara itu .
" Eh, tak de apa - apa pun Cikgu Anis . " , bohong Qasya .
"Awak tengok apa ? Terhendap - hendap depan pintu toilet ni ? " Cikgu Anis tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Qasya .
" huh ? err ... saya ... sedang bersenam cikgu . Yalah , hari itu saya ada terbaca dalam google yang bagus bersenam depan pintu toilet ni . Boleh membakar lemak . "
Entah macam mana tercetus idea seperti ini . Entah betul entah tidak akan ' fakta ' yang mengarut ni !
" Ah ... ye ke ? Kalau macam tu boleh la saya cuba ? Memandangkan badan saya agak gempal jadi , boleh la saya cuba , kan ? " ujar Cikgu Anis .
Segera dilakukan aktiviti ini berulang kali . Qasya jadi bersalah kerana menipunya . Aduh ! Macam mana nak buat ni . Cikgu Anis percaya la pulak . Getusnya dalam hati .
" Erk... Cikgu saya pergi dahululah sebab saya ada kelas pagi hari ini , okay ? " . Kalau boleh Qasya ingin segera pergi dari situ daripada terus menipu Cikgu Anis .
Belum sempat Cikgu Anis berkata apa - apa , Qasya sudah pergi meninggalkannya seorang diri di hadapan tandas . Terkulat - kulat jadinya .
Ada beberapa pelajar yang lalu di hadapan tandas tersebut , memandangnya pelik . Ada juga yang ketawa terkekek - kekek . Cikgu Anis yang berasa penat dan malu dilihat para pelajar , segera meninggalkan toilet tersebut sebelum malunya bertambah .
Paling ditakuti , takut ada yang rakam dan upload kat Youtube . Bukan boleh percaya budak - budak ni . Walaupun sekolah mengharamkan pembawaan telefon bimbit ke sekolah , tapi masih ada lagi yang membawanya secara diam - diam .
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
RandomNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...