12

673 54 5
                                    

Qasya menghempap badannya di atas sofa Lorenzo yang terletak di ruangan televisyen.Dia mengambil keputusan untuk berehat sekejap bagi memenuhkan sedikit tenaga yang kurang akibat seharian bekerja.Apabila azan Zohor berkumandang dari masjid dan dalam televisyen,dia gagahkan diri untuk solat Zohor.Dia percaya bahawa solat merupakan tiang agama yang perlu dijaga baik-baik.Sepenat mana sekalipun sesibuk mana sekalipun,solat mesti wajib ditunaikan.Ikhlas tak ikhlas belakang cerita yang penting solat.

Qasya memijak satu demi satu anak tangga untuk ke bilik tidurnya.Dia memulas tombol pintu kamarnya.Qasya menapak menuju ke bilik air untuk mengambil wudu'.Sesudah mengambil wudu',Dia mengambil kain sembahyang yang berada dalam lipatan sejadah lalu menyarungkan kain sembahyang di badannya.Di bentangnya sejadah di atas karpet.Qasya mula menunaikan kewajipan yang satu itu.Dia mengakhiri solatnya dengan doa.Qasya turut berzikir sambil menangis.

Qasya mengeluarkan bahan-bahan masakan yang akan digunakan sebentar lagi.Dia start memasak apabila bahan yang perlu dihiris sudah dihiris,bahan yang perlu dibasuh sudah dibasuh.Hasratnya ingin menikmati makanan itu bersama-sama Ikhwan.Tetapi,itu hanya boleh jadi angan-angan yang memang takkan mungkin terjadi.Dia tahu,Ikhwan sibuk dengan kerjanya.Selalu aje Ikhwan balik lepas maghrib.Kadang-kadang Qasya yang tertidur terlebih dahulu.

Qasya menikmati makanan yang dimasak di hadapan televisyen.Walaupun sunyi,tapi sekurang-kurangnya suara pelakon-pelakon yang kedengaran boleh mengurangkan sedikit kesunyian yang dirasai.

Usai sahaja selesai makan,Qasya membersihkan meja makan yang berantakan.

Tetiba,Qasya teringatkan anak didiknya."Emm,apa salahnya kalau aku cuba berbaik ngan dorang?Tapi,Achaner?Aku dah la tak pandai nak pujuk-pujuk berbaik ni".Qasya berbicara sendirian.Sekilas pandang,macam orang tak betul.

***
Bunyi enjen kereta Ikhwan tidak diendahkan Qasya.Sebaliknya,dia menyambung tidur kepenatan.

Ikhwan menuruni badannya dari kereta dan segera menuju ke pintu rumah untuk melihat keadaan isteri tercintanya,Qasya.Sebaik sahaja Ikhwan masuk,Ikhwan terkejut dengan kecantikan Qasya sewaktu sedang tidur.Jelas kelihatan wajah Qasya yang penat melakukan kerja.Dia hanya membiarkan Qasya tidur sebentar kerana nanti lepas Isya' mereka akan keluar dinner.

Ikhwan mengejutkan Qasya yang terbaring di ruang televisyen.Qasya terjaga hanya dengan sekali kejut.Mereka sama-sama solat berjemaah di rumah di mana Ikhwan jadi imamnya Qasya jadi ma'mumnya.Qasya menyalami tangan Ikhwan sebaik sahaja solat Maghrib siap dilaksanakan.

Ikhwan meninggalkan Qasya seorang diri di dalam bilik yang dikhaskan untuk solat.Qasya melipat tudung sembahyang dan kain sembahyang sebelum menyimpan peralatan solatnya.Dia juga turut melipat sejadah Ikhwan lalu meletakkannya ke dalam almari berkunci.

Secara tiba-tiba,Ikhwan muncul di hadapan pintu.Qasya terkejut kecil."Astaghfirullahalazim".Hanya perkataan itu yang terpancut keluar dari mulutnya.Dia mengurut perlahan dadanya.Ikhwan dengan selambanya duduk bersebelahan Qasya,"For dinner,kita makan kat luar.Saya nak awak siap-siap.Kita pergi lepas Isyak,ok?"Qasya mengangguk kecil tanda faham.

Akhirnya azan Isya' berkumandang sewaktu jam di dinding menunjuk tepat jam 8.20 p.m.Mereka menadah tangan membaca doa selepas azan.Mereka start menunaikan solat Isyak sebaik sahaja azan solat Isyak berhenti.

***

Dalam perjalanan menuju ke restoran yang di booking,Qasya dan Ikhwan hanya membisukan diri.Masing-masing melayan karenah perasaan yang terpenjara di dalam hati.Hanya bunyi lagu yang dipasang melalui radio memenuhi suasana yang 'bising' dengan bunyi cengkerik.

"Awak?"soal Ikhwan yang masih fokus memandu.Qasya berpaling muka ke arah Ikhwan."Emm,tak de papelah".Bohong Ikhwan.Kalau diikutkan hati,ingin sahaja dia memberitahu hajat yang terpaut di hati.Namun,dia takut Qasya akan lari pada dirinya.

Bunyi lagu Count On Me,habis seraya Ikhwan dan Qasya sampai ke sebuah restoran mewah.Ikhwan keluar dari perut kereta terlebih dahulu.Dia menuju ke arah Qasya untuk membuka pintu kereta isterinya ala-ala prince and princess.

Qasya membetulkan selendang berwarna violet di side mirror kereta Ikhwan.Mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam restoran yang bernama 'Restaurant of Love'.Pelayan yang menjaga di hadapan pintu masuk utama menunduk hormat.Qasya terkejut dengan layanan sebegitu kerana sudah lama dia tidak menjejakkan kaki semenjak bergelar isteri Ikhwan.Ikhwan ketawa kecil.

"Awak,jap."Qasya menarik lengan Ikhwan supaya berhenti."Kenapa?"Ikhwan panik.Dia takut kalau Qasya ingin keluar dari restoran itu dan meninggalkan dia seorang diri.Hati dia sungguh gusar.Namun,dia tetap me maintain kan wajah macho nya.

"Kenapa hanya kita berdua aje dalam restoran ni?Mesti restoran ni tak sedap sebab tu la,ramai orang tak datang.Jomla pergi tempat lain".Qasya berbicara sedikit kedepan daripada Ikhwan.Dia pelik kenapa Ikhwan tidak menjawab pertanyaan dia.Dia memusingkan badan menghadap Ikhwan yang tadi membatu diri.Secara tiba-tiba,lampu dalam restoran itu terpadam.Qasya berasa takut."Awak,awak kat mane?".Qasya melangkah ke depan sedikit demi sedikit.

Lampu yang bercahaya di hujung restoran menarik perhatian Qasya.Dia berjalan menuju ke arah lampu itu.Kelihatan Ikhwan berada di bawah lampu samar-samar yang menarik perhatiannya.Perlahan-lahan Ikhwan mendekati Qasya yang dalam terkesima.

Sejambak bunga melur dan anak patung katak yang menjadi kegemaran Qasya,tersorok belakang badan tegap Ikhwan.Qasya hanya mematungkan diri tanpa beranjak walau selangkah.Semakin dekat,semakin dekat jarak antara Qasya dan Ikhwan.

Ikhwan mengeluarkan sejambak bunga melur dan patung katak dari belakangnya untuk di serahkan kepada soul mate nya.Tubir mata Qasya dipenuhi dengan linangan air mata yang menunggu masa untuk jatuh.Dia menyengka air matanya dari jatuh.Qasya menerima 'hadiah' pemberian suami tersukanya.

Ikhwan memimpin tangan Qasya menuju ke meja yang dipenuhi dengan candle light.Ikhwan menarik kerusi Qasya ke belakang dan menyuruh Qasya duduk.Dia yang terkesima hanya menjadi 'mak turut'.Lagu rentak jazz dan ballad di mainkan.Suasananya sedikit kekok.Tapi,romantik...

Ikhwan meletakkan tuala di atas pahanya.Dia menarik deep breath sebelum melukakan bicaranya."Qasya...".Ucap ikhwan sedikit gugup.Walaupun praktis seminggu namun getaran di dada tidak dapat di tahan.

Qasya tidak menjawab.Cuma,memandang Ikhwan.Ikhwan menyambung kata-katanya yang tergantung."Awak,sudikah awak menjadi soulmate saya dunia akhirat?Walaupun kita sudah mempunyai ikatan yang sah tetapi saya nampak kita seperti orang asing yang hanya berkongsi rumah.Awak seperti housemate aje.Kadang-kadang maid yang menjaga makan minum majikannya."Getaran di dada berkurangan sebaik sahaja lafaz cinta diutarakan depan Qasya.

Air mata yang berkolam di lopak matanya,akhirnya jatuh berderai.Ikhwan memberi masa Qasya untuk menangis supaya difikir betul-betul jawapan yang akan di beritahu.Jawapan yang akan menentukan masa depan hidupnya.

Qasya mula bersuara sebaik sahaja hatinya sedikit tenang."Awak,saya nak sangat jadi soulmate awak.Tapi,saya tak tahu adakah saya sudah jatuh cinta ke tak?Saya suka dengan awak tapi suka tak bermaksud cinta,kan?Tolong berikan saya waktu,masa,saat and minit untuk saya fikirkan.Give a right choice is not easy as giving an answer in exam."Tangisan Qasya bermula apabila jawapan yang difikir bersua pada wajah Ikhwan.

Hati Ikhwan ketika itu remuk.Seperti ada pedang yang menikamnya berkali-kali.Namun dia tetap gembira kerana jawapan Qasya itu seperti ada harapan untuknya bertakhta di hati Qasya.

Makanan tiba sebaik sahaja mereka selesai berbicara dari hati ke hati.Mereka menyantap makanan itu dengan iringan muzik jazz dan balada.Qasya hanyut dalam kesedapan muzik dan keenakan makanan.Same as Ikhwan.

-----------
Love {√}
Vote {√}
Comment {√}

Teruskan membaca cerita 'I fall in luv' sampai last episode.Jangan lupa vote :')
Comment,too~.
Thankseu

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now