Setelah selesai menyusun atur dan membalut meja , Qasya mengatur langkahnya menuju ke kelas yang dia akan mencurahkan ilmu sebentar sahaja lagi . Sekali-kali dia melirikkan matanya ke arah jam tangannya.
"Alamak! Dah lambat. Mesti kelas jadi bising ." Qasya terus berjalan sampai lah ke hujung koridor . Tapi ... Yang peliknya , tiada papan tanda kelas '5Bestari'. Menurut informasi Qym, rasanya sudah betullah jalan yang Qasya lalui. Ke, Qym tipu? Mentang-mentanglah dia kecik senang kena buli ?!
Qasya melihat-lihat di sekelilingnya kalau-kalau ada guru atau pelajar yang lalu di sekitarnya , bolehlah tanya arah. Kebetulan pula ada seorang pelajar yang lalu berhampirannya."Awak , boleh tolong cikgu tak? kat mana kelas 5Bestari?"
"Cikgu jalan lurus.Pastu nanti cikgu akan nampak beberapa kelas kelas 5Bestari yang hujung sekali" .
"Ye,ke?Tapi,tadi cikgu ada pergi tapi tak nampak pun label kelas 5Bestari?" , Soal Qasya kehairanan."Ouh! patutlah cikgu . kelas tu memang selalu macam tu.Dorang , suka tutup label kelas dengan perhiasan bunga la tuala la . Ha... Sebab tulah cikgu tak jumpa kelas dorang " sesekali pelaJar itu tersenyum sambil bercerita perkara sebenar.
Sebaik sahaja Qasya masuk ke dalam kelas , semua murid mula bangun dan mengucap , "Assalamualaikum , selamat pagi , dan Salam satu Malaysia , cikgu ! "
Waa..dah macam perdana menteri dah murid-murid ni.Agak-agaknya kalau perdana Menteri datang sekolah ni,ehh..bukan kelas ni,mereka akan sebut 'Assalamualaikum,selamat pagi,selamat tengah hari,selamat petang,selamat malam,salam satu Malaysia,negara,negeri,ibu negeri' kot.Hahaha...
" Waalaikumusslam . Sit down, please . Next time , bila saya masuk class awak semua , saya yang sepatutnya beri salam sebab apa ? Sebab , saya yang masuk 'rumah' kamu semua , ok ? Macam tetamu jugak la~Kalau tetamu bertandang ke rumah seseorang pasti tetamu salam,bukan ? Ke,tuan rumah ? Clear ? ".
Semua murid terangguk-angguk mendengar tazkirah Qasya di pagi hari . Kalau tak salah ada jugak yang tersengguk-sengguk mendengarnya .
"As u all know, i'm the subtitude English teacher that will teach u alls this year . Since this is the first time i meet u guys, I want all of u introduce yourself with no excuse.
"
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
RandomNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...