"Assalamualaikum!" Ikhwan memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah yang dahulunya bujang.Ikhwan menapak menuju ke ruangan televisyen di mana menjadi tempat feveret isterinya selain dapur.
Ikhwan terlihat ada sekujur tubuh terlantar di atas sofa."Awak." Ikhwan menghampiri isterinya.Dahi Qasya dikucup sekejap sebelum tangannya mendarat di dahi Qasya."Ya Allah,panasnya.Awak ok tak ni?" Qasya tersedar dari tidurnya dengan jeritan kecil Ikhwan.
"Eh,awak...Sorry saya tak perasan yang awak dah balik.Awak nak makan?Minum?Saya boleh buatkan".Qasya tetap cuba bangun walau pening di kepala masih lagi bertandang.Ikhwan memegang lembut lengan Qasya tanda ingin membatalkan niatnya.
"Takpe,saya tak nak.Yang saya nak sekarang ni ialah saya nak tahu kenapa dahi awak panas?" Ikhwan kelihatan begitu cemas melihat keadaan Qasya yang terbaring lemah dengan wajah yang pucat bagai.Qasya tersenyum melihat Ikhwan yang cemas kerana dirinya."Tak de papelah" Qasya enggan bercerita perkara yang sebenar.Takut Ikhwan diselubungi rasa bersalah.
"Ok,fine!Kalau tak nak cite,...saya takkan benarkan awak keluar daripada rumah kecuali dengan saya.Pergi sekolah pun dengan saya." Ikhwan memberi ancaman.Manalah tahu Qasya mahu bercerita perkara yang sebenar dengan ancaman gurauan tu.
"Ee...awak ni memang mengada kan?Ni semua awak punya pasal la.Awak tak ingat ke semalam pukul 2 pagi,awak tetiba ajak saya pergi tengok wayang la jalan jalan kat taman la.Dah la saya mengantuk.Awak paksa jugak paksa jugak.Saya kalau tidur lambat mesti bangun pun lambat.Saya sampai tak sempat sarapan awak tahu?" Cerita Qasya panjang lebar."Yang awak ikut tu kenapa?" ,Ikhwan sengaja bergurau untuk mengurangkan rasa sakit isterinya.
"So,salah saya la semua ni.Ok..memang salah saya" Qasya cuba bangun.Malas dia hendak bertekak dengan Ikhwan.Nanti tak pasal pasal dapat dosa free.Kalau dapat pahala free baru ok!
Ikhwan menahan lengan isterinya.Qasya jatuh terduduk di atas sofa semula."Alololo,merajuk pulak isteri saya ni.Saya gurau aje.Abang minta maaf.Salah abang juga sebab ajak sayang malam malam buta pergi keluar.Nak buat macam mana abang tak ngantuk lagi." Qasya tersentak seolah-olah kena renjatan elektrik.'abang?sayang?Aku yang demam ke Ikhwan?' cetusnya dalam hati.
"Sayang dah solat ke?" Tanya Ikhwan.Qasya menggelengkan kepalanya perlahan."Kenapa sayang tak solat lagi?Asar?Zohor?" Semakin risau la Ikhwan.Di sebabkan terlampau sibuk dengan kerja di pejabat,tanggungjawab di rumah diabaikan.
"Saya lampu merah hari ni" bibir Ikhwan mengukirkan senyuman sambil melepaskan keluhan kelegaan."Sayang sakit lagi ke?Nak pergi klinik?" Qasya menggeleng tanda tidak perlu."ok,then.Kalau macam tu,kita makan kat luar hari ni.Sayang macam tak larat nak masak aje.Boleh?" Ikhwan menanyakan kepastian."Boleh je.Tapi awak tak penat ke?Baru aje pulang dari kerja dah nak kena keluar balik." Qasya semestinya ingin makan di luar kerana sudah tidak larat untuk memasak tetapi keletihan Ikhwan perlu disuakan.
"Sayang perasan tak semenjak saya balik tadi,abang asyik tersenyum aje.Maksudnya setiap kali saya melihat awak,penat yang bergantung di bahu ni tiba-tiba terbang seperti ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa." Qasya memukul lengan sasa Ikhwan."Awak ni kan!Dah la saya nak pergi masuk dalam bilik and tukar baju.Jangan ikut! " Qasya meninggalkan Ikhwan yang masih lagi tertawa melihat Qasya yang tersipu-sipu malu.
Apabila Qasya hendak menutup pintu kamarnya,satu tangan menahannya dari menutup pintu."Aih,awak dah tak ingat ke semua benda awak milik saya dan semua benda saya milik awak.Jadi bilik ni pun..." Qasya tersenyum malu.Ikhwan menahan tawanya.
Baju yang tergantung di dalam almari dicapai.Qasya cepat cepat menuju ke bilik air.Mata Ikhwan menghantar Qasya sampai di hadapan pintu bilik air.Ikhwan berlalu pergi sebaik sahaja pintu bilik air tertutup rapat.
****
Seorang pelayan menghantar Qasya dan Ikhwan sampai di meja makan yang kosong."Cik nak order apa?" Pelayan itu meletakkan menu makanan tepat tepat di hadapan Qasya dan Ikhwan.Ikhwan tercari-cari makanan yang pas dengan seleranya."Bagi saya fresh orange dan fish n chip.Sayang nak makan apa?" Pelayan itu mencatat laju makanan yang dipesan Ikhwan."Emm,bagi saya sky juice je.Thank you " Pelayan itu berlalu pergi."Sayang tak nak makan ke?" ,risau Ikhwan.Biasanya Qasya akan order sebelum sempat Ikhwan order.Hari ini terbalik pula.
"Takpelah.Tak de selera la" ,Qasya menyembamkan mukanya di atas meja.Ikhwan mengambil tempat di sebelah Qasya.Kepala Qasya di angkat dan berlabuh di bahu kirinya.Pelayan sampai bersama hidangan yang dipesan.Qasya mengangkat kepalanya.
Qasya menghirup air yang di order."Ah..." Ikhwan menyuruh Qasya membuka mulutnya supaya Fish n Chip memenuhi perut Qasya.Qasya membuka mulutnya."bagus". Qasya senyum kambing betina.
"Qasya?Awak buat apa kat sini?"satu suara lelaki menegurnya.Qasya mendongakkan sedikit kepalanya."Eh,Qym.Awak buat apa kat sini?".Haqym menarik kerusi ke belakang dan duduk di sebelah Qasya."Eh,kita soal dia,dia soal kita pulak." Qasya dan Haqym ketawa serentak.
"Ouh,ya!Haqym kenalkan ni Ikhwan suami saya.Awak kenalkan ini Haqym bffl saya." Haqym dan Ikhwan berjabat tangan sebentar.Haqym menegakkan dirinya kembali."silakan duduk sila",pelawa Qasya.Haqym duduk di hadapan Qasya."Qasya,macam mana awak ok dah ke?",tanya Haqym prihatin.
"Boleh la ~"tangan Qasya bergerak seperti ombak.Ikhwan hanya memerhati Qasya dan Haqym berbual.
"Dah la saya kena gerak dulu.Ada hal sikit kat rumah.Ok,bye!". Sekali lagi Ikhwan dan Haqym bersalaman.Walaupun Qasya dan Haqym bffl,tetapi mereka tetap menjaga batas pergaulan antara kaum Adam dan Hawa.
"Rapat sangat ke awak ngan si Haqym tu?",soal Ikhwan.Nadanya seakan-akan cemburu."Kenapa?Awak cemburu ke?Yup,saya boleh dikatakan rapat jugak la" Qasya mempamerkan senyuman manis."Mana ada.Tak de masa nak cemburu cemburu la.Awak adalah hak saya so buat apa nak cemburu?" Ikhwan tetap dengan egonya.
"Saya tak nak awak rapat sangat dengan Haqym tu.Faham?Dah la nama Qym sama cam saya pulak tu.Kalau boleh jangan rapat sangat." Ikhwan memberi arahan.Qasya mengangguk tanda faham.Ikhwan menyambung makan fish n chip.Qasya melihat Ikhwan makan.Dengan melihat pun boleh membuat dia kenyang.
"Awak,saya bayar boleh tak?".Qasya menyoal Ikhwan apabila Fish n chip di pinggan telah habis."Sayang,dah menjadi tanggungjawab abang untuk menanggung makan minum sayang.Kalau sayang perlukan duit,sayang beritahu abang.Jangan diam aje." Ikhwan membuka dompetnya.Duit kertas 50 ringgit di ambil dan diserahkan kepada penjaga kaunter restoran.
Ikhwan membuka pintu buat Qasya ala ala princess pula Qasya.Kembang kempis hidung Qasya apabila diperlaku sedemikian.Kembang kempis bukan apa,happy giler!Ikhwan yang dahulunya 'Mr.Garang' kini bertukar 360° menjadi 'Mr.Romantik' tiba-tiba.
Badan Ikhwan semakin rapat semakin rapat dengan badan Qasya.Semakin terundur undur badan Qasya ke belakang sampai terkena pintu kereta."Kenapa sayang lari?Sayang fikir benda lain ke?" Ikhwan mencapai seatbelt Qasya dan memakaikannya.
"A...bu..kan lari.Cum..cuma ada nyamuk kat pipi awak." Pak!Tangan Qasya hinggap di pipi Ikhwan.Qasya bertindak berani untuk memperkukuhkan lagi alasan yang tak masuk akal tu.Ikhwan menggosok pipi yang dalam keadaan 'tenat' tu.
"Ouhh,nyamuk ye.Takpe,kali alasan awak diterima.Tapi,lain kali No way!" Qasya tarik nafas dan hembus.Rasa lega di hati sangat menggembirakan.Alasan yang tak masuk akal diterima.Alhamdulillah,selamat.
"Sakit pipi abang sayang tampar tadi.sebagai balasan,sayang kena treat abang malam ni." Qasya menggaru kepala yang sama sekali tidak gatal.Tak faham plus pening,apa yang perlu dibuat untuk belanja Ikhwan yang tengah 'merajuk' atau 'menyeksa'?
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
De TodoNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...