10

697 30 1
                                    

Kedatangan Qasya dan Ikhwan disambut mesra oleh mummy dan daddy Ikhwan."Mari masuk,Qasya,Ikhwan."Suara mummy kedengaran sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumah.Qasya menyerahkan satu bungkusan plastik yang dipenuhi dengan sate kepada maid rumah Ikhwan.

"Susah susah je Qasya ngan Ikhwan bawakan sate ke mari."Daddy Ikhwan menghulurkan tangannya sewaktu Ikhwan hendak menyalaminya."Takdelah,dy.Tak susah pun."Ikhwan bersuara.Kini,giliran Qasya untuk menyalami mentuanya.Dia bersama mummy berpelukan seketika.

"Awak,sudah la tu.Saya tak nak tengokla drama yang tak berbayar kat sini.Jom,ajak anak-anak awak ni masuk.Kesian dorang letih nak sampai kat sini".Daddy Ikhwan mula berbicara sebaik sahaja melihat mummy menitiskan air mata."Tak de la,bang.Saya cuma rindu kat Qasya ni.Lama dah saya tak tengok dia.Rindu pulak."Mummy meleraikan pelukan pada Qasya.Mereka mula menapak menuju ke ruang tamu yang sememangnya untuk tetamu ketika bertandang.

"Mummy dengan daddy ni dah kenapa panggil Ikhwan dengan Qasya datang rumah malam-malam macam ni?"Ikhwan mengambil tempat di sebelah Qasya."Mummy tengok,kamu berdua ni macam tak de perancangan nak pergi honeymoon aje?".Topik perbicaraan mummy membuatkan Qasya dan Ikhwan sama-sama membuntangkan mata.Daddy dan mummy tersenyum melihat tingkahlaku putera dan menantu mereka.

"Bukan tak de mmy,cuma Qasya ngan Ikhwan ni busy,so tak boleh nak arrange kan masa.Mummy and daddy tahulah,kan?"Ikhwan memulakan operasi penipuannya sambil menghirup air teh hangat yang terhidang di atas meja.'Ish,mamat ni kan.Kau ni dah kenapa cakap yang kita pernah berbincang,huh?!Eee,geramnya aku!'getus Qasya dalam hati.Qasya mematungkan dirinya.Ingin sahaja dia berbicara yang sebenarnya cuma takut mummy and daddy ingat hidup mereka tak bahagia.

"Mummy dan daddy tak kira minggu hadapan,kamu kena pergi juga honeymoon,faham?No complain!"arah mummy Ikhwan."Tapi,mmy.."Ikhwan cuba memujuk mummynya."No tapi-tapi just tepi-tepi I nak lalu."Mummy mengangkat jari telunjuknya lalu ditayangkan di depan muka Ikhwan.

"Semua mummy ngan daddy yang tanggung.Bayaran hotel,flight dan semuanya mummy ngan daddy yang tanggung.Cuma,cenderahati,cenderamata,cenderajantung or whatsoever,kamu tanggung sendiri.Minggu depan.Muktamad!"Gaya mummy dah macam hakim dah kalau tengok.Siap ketuk meja dengan tangan lagi.

"Ha,Qasya.Kamu macam mana?Senyap aje dari tadi."Mummy yang perasan Qasya hanya membatu diri mula menanyakan kepastian.Ikhwan sudah membuat mata supaya Qasya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.Qasya buntu!Ingin sahaja dia menggelengkan kepala cuma tidak sampai hati membuat mummy sedih.Qasya yang teragak-agak mengangguk sedikit kepalanya.Muka Ikhwan mula berubah menjadi singa apabila Qasya memberikan kata putus yang paling tidak diingini.Qasya gerun melihat perubahan muka Ikhwan,tapi di control menjadi cool aje.

"So,ni tiketnya.Mummy pilih Kota Paris sebagai destinasi honeymoon kamu.Sebab?Paris kan kota cinta."Mummy menyerahkan semua benda yang diperlukan semasa berada di kota Cinta kepada Ikhwan.Ikhwan cuba menolak tetapi apabila dihadiahkan jelingan tajam oleh mummy,Ikhwan mengambil 'mereka' dengan segera.

***

Ikhwan memulas tombol pintu rumahnya. Qasya membuntuti langkah Ikhwan." So,macam mana?".Ikhwan melabuhkan punggungnya di atas sofa Lorenzo yang berada di ruangan televisyen."Macam mana apa?"Qasya berpura-pura tidak mengerti apa yang dimaksudkan Ikhwan.Sebenarnya dia cukup faham apa yang dikatakan Ikhwan cuma takut Ikhwan tidak memaksudkan apa yang dia faham.

"Ye ke kau tak faham?Ke,pura-pura tak faham?Ala,pasal honeymoon."Ikhwan menukarkan suara yang garau macam denaso menjadi lembut macam suara anak kucing yang cute.Qasya berasa geli dengan suara yang baru dituturkan Ikhwan.

"Hah?Nak buat macam mana.Kena pergi la.Sian mummy dan daddy penat-penat beli tiket dan tempah itu ini".Qasya langsung tidak memandang wajah Ikhwan.Ikhwan tersenyum sampai telinga melihat pipi Qasya berubah warna.

"Nampaknya kau memang nakkan pergi honeymoon dengan aku?"Ikhwan mengangkat kening kirinya.Qasya rasa seram sejuk semacam.Dia segera melarikan dirinya masuk ke dalam bilik tidurnya.Lebih lama dia berada di situ,lagi naikla bulu romanya Silap hari bulan,tercabut semua bulu roma lengannya.Ikhwan tersenyum senget melihat perangai Qasya.

Remote televisyen yang berada di atas meja,dicapainya.Ditekan punat on.Iklan terpapar di kaca televisyen.Ikhwan memandang acuh tak acuh.Apabila drama kegemarannya start,dia menonton dengan fokus tanpa bernafas.Betapa fokusnya!

***

Qasya mengatur langkah menuju ke garaj tempat letak kereta mininya itu."Ahh...sekarang ni dah pukul berapa,ek?".Dia melirikkan mata ke arah jam tangan pinky yang berbelit di tangannya."Masih awal.Takpe la awal sikit daripada biasa."Dia segera menghidupkan enjin kereta Myvi.Ditunggu seketika supaya enjin kereta panas.

Qasya memecut laju keluar dari garaj kereta rumahnya.Sambil Qasya memandu,dia turut menggerakkan bibirnya mengikut lagu Drag Me Down-One Direction yang bermain di radio.Tiba-tiba,telefon bimbit Qasya berdering minta dijawab.Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.Ye la,ia kan merupakan salah satu keselamatan semasa memandu...Nasib baik Qasya ada Terbaca dalam Internet hari tu.Kalau tak,apa jadi?

Jelas terpapar nama 'Ikhwan' di skrin telefon bimbitnya.Qasya men swipe gambar telefon berwarna hijau.Terketar-ketar suara Qasya memulakan bicara,"Assalamualaikum,Ikhwan".
Ikhwan menyepikan dirinya.Qasya kehairanan."Are u there?".

"Tak payah nak ber speaking speaking sangatla.Aku skipping kau,kang".Ikhwan menjawab sebaik sahaja meluat mendengar Qasya speaking."Kenapa awak call saya pagi-pagi ni?"Qasya menggerakkan keretanya apabila jam tangan menunjukkan tepat jam 7.15 pagi.

"Suka hati akulah.Takkan tak boleh aku nak call isteri aku,hah?"soal Ikhwan."Takdelah,cuma pelik".Qasya memberanikan diri untuk bersua."Dah dah.Aku malas nak cakap banyak.Aku just nak cakap yang nanti malam ni kita makan kat luar.Aku selalu balik lepas maghrib,so aku kesian la tengok kau makan sorang-sorang",bicara Ikhwan panjang lebar.Qasya hanya mengangguk macam burung belatuk di sana."ok".Balas Qasya pendek."Amboi,kau.Aku cakap bukan main panjang,kau cakap OK je?Memang nak kena kau ni!"marah Ikhwan apabila mendengar jawapan yang terpancut keluar dari mulut Qasya.

Ikhwan mematikan call sebelum sempat Qasya membalas kata-katanya.Qasya hanya mampu menahan geram yang sudah berbuku-buku dalam hatinya.Dah macam perpustakaan dah.Setelah perjalanan yang penuh kesakitan,akhirnya dia sampai di perkarangan Sekolah Menengah Harapan.

Tengkuk Qasya terjenguk-jenguk mencari tempat kosong untuk memakir keretanya.Satu tempat yang jauh dari pondok pengawal menarik perhatian Qasya.Dia memecutkan kereta sebelum ada kereta lain yang memotong line nya.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now