8

762 37 2
                                    

Tap Tap Tap.Hanya bunyi hirisan yang berbunyi memenuhi rumah yang senyap bagaikan dewan peperiksaan.Qasya mengelap titisan peluh yang membanjiri dahinya.Dia harus kuatkan semangat untuk memasak buat suami tersayang walaupun letih.

Tiada angin mahupun ribut petir,tetiba Ikhwan mengirimkan mesej kepada Qasya sewaktu berada di sekolah.Katanya,'Qasya,aku nak lunch kat rumah hari ni.So,kau balik rumah awal.Ataupun kau kerja je setengah hari.Cakap kat boss kau yang aku ni sakit.Kau sebagai isteri mithali kena jaga suami kau baik-baik.Aku balik dalam kul 12 gitu.Kalau aku balik kau takde kat rumah,siap kau!'Qasya terpaksa membohongi tuan pengetua walaupun dia membenci berbohong dan orang yang berbohong.Walaupun dia tak pandai berbohong,tapi tak tahu macam mana tuan pengetua boleh percaya.Wa..bisa kau Qasya!

"Ok,aku dah hiris bawang.Tapi,yang aku duk hiris-hiris ni aku nak buat apa semenanya?".Qasya pelik.Qasya tahu dia tidak tahu nak masak apa tapi dia potong apa sahaja yang ada di dapur.Untunglah jari tu tak dipotong kalau tak terpaksalah Ikhwan dapat isteri cacat."Aku masak...ayam pedas aje la.Kalau dia tak suka,lantaklah.Ada aku kisah?"

Qasya memulakan projek memasaknya.Dia masukkan bahan tu bahan ni,tup tup dah siap.Dia menghidangkan masakan pertamanya yang dimasak untuk suaminya for lunch.Biasanya,Qasya akan buat breakfast dan dinner aje."Bila Ikhwan nak balik ni?Lamanya.Buat aku berdebar je".Qasya mengambil tempat di meja makan.

"Hai,lama tunggu?".Satu suara memeranjatkan Qasya seperti terkena renjatan elektrik.Sudah pasti itu suaminya tetapi tak tahu kenapa Qasya terkejut dengan suara suaminya merdu bak syahdu itu.Qasya membatukan dirinya.Akhirnya dia bersuara bersama getaran,"T..tak de la..h lama sa..ng...at".Sungguh,dia berasa bulu roma yang tumbuh di lengannya mula menegak.

"Sayang,dah kenapa awak bergetar-getar ni?Saya tahulah suara saya wajah saya ni memang boleh buat lutut awak jatuh.Tapi,cover line la sikit.So kawaii."Ikhwan melabuhkan punggungnya di hadapan Qasya yang menahan malu.

Qasya menyedokkan nasi ke dalam pinggan buat Ikhwan.Disendukkan juga lauk,sayuran bersama kuah ke dalam pinggan itu.Ikhwan hanya tersenyum melihat Qasya.'Bagusnya,Qasya ni.Walaupun aku layan dia teruk tapi kadang-kadang sweet juga,dia tetap layan aku dengan baik.Haish,Qasya kau buat aku angau ngan kau je.Tolonglah,jangan curi hati aku.Kan aku report polis baru tahu'.Ikhwan berbicara dalam hati.

"Nah.Kalau tak sedap,awak boleh order makanan lain".Qasya merendah diri.Lebih baik dia beritahu awal-awal sebelum dia dimalukan 2 kali ganda.Sekurang-kurangnya dia sudah memberitahu jadi malu tu 1 kali ganda aje la.Ikhwan makan makanan itu dengan berhati-hati macam gaya chef bertaraf dunia.Maybe,kalah chef-chef tu semua.Aduh,mungkin dia takut kalau Qasya meracuninya.

Ikhwan mengerutkan dahinya.Qasya semakin berdebar.Bertambah lagi debarannya apabila Ikhwan menegakkan kening kanannya."Rasa dia not bad.Aaa...best sangat!".Qasya tersenyum sampai ke dalam lubang telinga.Ya la,first time Ikhwan puji masakan dia.Selalunya,Ikhwan akan marah dia sebab masak tak sedap la tak cukup garam,gula,santan.Haish,cam tau-tau je tak cukup apa.Even Ikhwan cakap begitu sebelum-belum ni,tapi makanan itu juga lah dia kunyah then telan.

"Awak tak nak makan ke?".Soal Ikhwan prihatin.Pelik dengan kelakuan Qasya.Biasanya Qasya akan menjadi monster makanan apabila ada makanan di hadapan mata minta dijamah."Tak pelah.Awak makan dulu pastu saya makan.Saya nak pergi kemas dapur jap.Bersepah gilew."Qasya mula menapak ke dapur.Lebih baik dia lari,sebelum keluar perkataan sweet daripada mulut Ikhwan yang sememangnya akan melemahkan seluruh anggotanya.

"Qasya,kita makan sama-sama lepas tu kemas,ok?"Ikhwan mengejar Qasya yang mula menapak sedikit demi sedikit ke dapur."Tak pe,saya kemas dulu.Baru ringan sikit bahu ini",beritahu Qasya tanpa memandang Ikhwan."Woi,aku cakap makan sekali,makan sekali je la!Kau nak jadi isteri derhaka ke apa?!"Jerkah ikhwan lalu menarik tangan Qasya.Qasya tunduk dan membuntuti langkah Ikhwan.Dia hanya mengikut arahan Ikhwan tanpa sebarang bantahan.Ikhwan mula menayang kembali perbuatan Qasya iaitu menyedokkan makanan kepada Qasya.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now