6

833 46 8
                                    

"Qasya".Ikhwan memanggil lembut nama isterinya yang sedang leka menonton televisyen.Qasya hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya tanda menyuruh Ikhwan diam. Betapa khusyuknya tonton tv.Sampai suami kat sebelah pun tak perasan.

Disebabkan terlalu geram dengan sikap Qasya yang tidak mengendahkannya,Ikhwan mencapai remote televisyen dan menukan butang close."Woi,apasal kau tak endahkan aku!Kalau ikutkan aku lagi ensem kalau nak bandingkan pelakon Korea yang kau duk selalu usha tu.Kau ni...memang ah tak tau nak cakap apa."Marah Ikhwan.Qasya hanya mematungkan dirinya kerana dia tahu dia salah.Sepatutnya dia lebih ushakan suami dia daripada Idol Korea.Tu la,taksub sangat.Kan,dah kena marah!

"Awak nak cakap apa?"Qasya berbicara dengan suara yang agak gementar."Aku marah-marah kau panjang lebar,tu je kau cakap!Haish,kau ni kan.Memang la memang."Ikhwan mengangkat tangan kanannya seolah-olah ingin menampar Qasya."Ok,aku dah malas nak berbasa-basi ngan kau.Aku just nak request something."

"Ah?Som..something?Apa dia?"Qasya terkejut dengan perkataan 'something' .Janganlah dia meminta haknya sebagai suami.Sungguh,dia belum bersedia."Ya,something.Aku nak kau cerita atau dari kata lain mengadu kat aku semua perkara yang berlaku kat kau.Kat sekolah ke kedai runcit ke,kau tetap kena cerita.Faham?Ok,sekarang kau cite kat aku".Ikhwan mengambil tempat di sebelah Qasya.Qasya menjauhkan sedikit jaraknya antara dia dan Ikhwan.Ikhwan hanya tersenyum.

"Cite la".Ikhwan mengerutkan dahinya."Ok...Kat sekolah tu best je.Cuma,sedikit la sedikit je yang tak best dapat kelas yang terakhir pas tu jadi guru kelas.Dahlah,budak-budak semua tu nakal.Haish,hari-hari Qasya makan hati kadang-kadang jantung pun makan gak.Dalam kelas tu,ada sorang pelajar ni,kaya,Nama dia Syed Danial...apa tah.Dia tu dah umur 22 tahun pun still lagi belajar kat sekolah SMK.Agaknya dia tu rasa best sangatlah dapat jadi senior yang berkuasa kat sekolah tu.Pas tu,budak tu asyik loyar buruk aje.Geram Qasya tengok dia!".Qasya mencebikkan bibirnya.Ikhwan hanya tersenyum melihat telatah comel isterinya.

"Haish,comel nya la isteri abang ni.Untung abang dapat sayang".Kata-kata Ikhwan memeranjatkan Qasya.Lebih-lebih lagi 'sayang'.Macam kena renjatan elektrik."Sayang,malam ni sayang tidur atas katil tau ngan abang.Sian la nanti badan sayang lenguh-lenguh.Ok,sayang?"Ikhwan tersenyum kerana sudah menduga reaksi yang akan dipaparkan Qasya.
'Mamat ni memang tak sedar diri betul la.Dia yang suruh aku tidur bawah.Kenapa?Dah amnesia ke suami aku yang satu ni'Omel Qasya.

"Hahaha..."Ikhwan ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja melihat perubahan air muka Qasya.Sungguh melucukan isterinya ini!"Awak dah kenapa gelak-gelak petang-petang ni?"Soal Qasya sedikit pelik dengan perubahan Ikhwan yang sekejap ok sekejap hampeh!
"Kau percaya ke apa yang aku cakap?Mudah benor kau cair,ek?Hahaha"Ikhwan masih lagi ketawakan Qasya.Qasya hanya duduk diam membiarkan Ikhwan ketawa sampai puas!

Qasya bingkas bangun dan hasratnya ingin lari dari Ikhwan kerana lebih lama dia berada dekat dengan Ikhwan semakin tu la dia sakit hati.Sebelum sempat Qasya menapak,Ikhwan segera menarik pergelangan tangan Qasya.Dan...Qasya pun jatuh tersembam la atas dada bidang milik Ikhwan.Pipi Qasya segera bertukar menjadi warna pink.Qasya berasa malu dengan tindakan yang dibuat oleh Ikhwan.Tetapi,jujur dia berasa happy sebab dapat merasa abs-abs suaminya yang berketak-ketak itu.Selama ini,Qasya hanya mampu curi-curi pandang aje.Amboi,gatai kau kan,Qasya!

Qasya mencuba untuk bangun dari pelukan 'hangat' Ikhwan tetapi Ikhwan semakin menguatkan lagi pelukan itu.Biasa lah,tenaga seorang lelaki sememangnya lebih kuat berbanding tenaga orang perempuan."Awak,dah la.Saya nak bangun".Qasya berbicara lembut kerana dia tetap dengan egonya.Walaupun otaknya tidak mahu diperlakukan sebegitu,tetapi hatinya teringin sekali.

"Kenapa?Berdosa ke?Bukan ke dapat pahala,ke?".Qasya hanya membisu.Ucapan yang dikatakan Ikhwan memang betul dan sedikit pun tak salah.Tetapi,dia takut kalau nanti dia Tersuka Ikhwan tanpa sengaja.Kan susah.Tapi,kalau syokkan suami sendiri bukan ke...ok ke?
"Awak dah la.Saya nak bangun.Nak masak.Lapar ni".Qasya segera mencari akal supaya dapat lolos daripada 'permainan' Ikhwan yang membuatkan hatinya gugur macam musim autumn.

"Alololo...Bagusnya isteri saya ni.Mithali sangat.Nak masakkan untuk suami.So sweet!"Ikhwan mengusik.Qasya mengumpul semua tenaga dan cuba bangun dari pelukan Ikhwan.Akhirnya,berjaya!"Sayang,masak sedap-sedap tau.You kan tau yang I ni cerewet sedikit".Ikhwan semakin galak mengusik.Qasya hanya buat dunno aje.Padahal dalam hati,suka sangat!

"Dear Diary,
Hari ni aku happy sangat.Sebab apa?Sebab...aku bersweet-sawit dengan suami sendiri.Hahaha...Perasaannya..ah..memang sukar digambarkan.Walaupun dia tu hanya bergurau,tapi aku tetap happy.Sekurang-kurangnya dia tak marah aku.Ha...happynya~Seakan-akan aku je yang hidup kat dunia Pas tu yang paling gembira pulak!^^Walaupun aku suka dengan dia,tapi suka tu tak bermaksud cinta,right?Aku tak tahu lah.Kenapalah dengan hati aku ni!Stress~!
Setelah selesai mencoretkan isi hatinya,Qasya mengatur langkahnya menuju ke bilik tidur barunya yang bersebelahan dengan bilik Ikhwan.

Qasya memulas pintu tombol kamar tidurnya.Qasya terkejut melihat dekorasi biliknya yang mewah dan yang paling penting elegant."Wow!Pandai gak si Ikhwan ni dekorasi bilik.Tak sangka."Qasya memuji.

"Cantik sangat ke bilik ni sampai mulut ternganga luas.Kang,masuk lalat tu baru padan muka".Suara Ikhwan yang gurau menyentakkan Qasya.Disebabkan terlalu kagum,sampai-sampai suami datang pun tak perasan.Qasya,Qasya..Ish,ish ish~"Cantik!"Qasya tersenyum teruja."Tapi,bukan ke awak dah tidur ke?Macam mana awak boleh datang sini?".Soal Qasya."Suka hati aku,la...Tu aku punya pasal la.Kau sebok pahal?"Bidas Ikhwan.'Aish,Ikhwan ni sekejap baik sekejap jahat.Dasar!'Marah Qasya dalam hati.

"Dahla awak sya nak tidur".Qasya menapak menuju Ikhwan yang berada di pintu."so?"Balas Ikhwan yang berpura-pura dunno.
"So,awak pergi bilik awak.Saya nak tidur".Qasya membalas juga walau pun tahu yang Ikhwan pura-pura dunno.Tapi,dilayankan jua.
"Kau sape nak halau aku?Ni rumah aku!Faham tak.RUMAH AKU!sukati arr..."Marah Ikhwan."Suka hati awaklah."Qasya sudah malas bertikam lidah dengan Ikhwan.Dah tahu sape juaranya.Buat apa bertanding?

Qasya menyelimutkan tubuh kecilnya.Setelah beberapa ketika,dia sudah terlelap di bawa arus mimpi.Ikhwan mengatur langkah menuju ke arah Qasya yang tengah beradu.Ikhwan menguncup lembut dahi Qasya."Awak,saya tak tahu kenapa saya bersikap kasar dengan awak.Waima,saya suka malah cinta dengan awak.Saya takut kalau saya bertepuk sebelah tangan.Makanya,saya bersikap begitu.Saya minta maaf jika perbuatan saya melukakan hati awak."Ikhwan berkata sambil mengalirkan air mata.

Tanpa disedari air mutiara Qasya turut jatuh.Ikhwan yang sedari akan perbuatan itu hanya membiarkan sahaja kerana mungkin Qasya sedang bermimpi something yang sedih.Jam di dinding menunjukkan waktu 10.30 malam.Ikhwan segera kembali ke kamar beradunya kerana esok dia harus bekerja.

Selepas Qasya menyedari bahawa Ikhwan tiada di sisi,Qasya segera menegakkan dirinya.Qasya menangis sepuas-puasnya kerana terharu dengan pengakuan Ikhwan dan sedih kerana hatinya masih belum mencintai suaminya sendiri tetapi sekadar suka.Hatinya benar-benar hiba.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now