9

715 31 0
                                    

"Qasya,hari ni aku nak kau naik kereta aku.Biar aku hantar kau pergi sekolah."Ikhwan mencapai roti yang disapu dengan jem strawberi oleh isterinya,Qasya.Qasya mengambil tempat di sebelah Ikhwan.Belum sempat Qasya membuka mulut,Ikhwan sudah memotongnya,"No protes.Kau mesti nak cakap macam mana kau nak balik,kan?Jangan risau nanti aku akan jemput kau."Ikhwan menduga.

Qasya membatukan dirinya tanda faham apa yang ditutur Ikhwan.Ikhwan mencapai secawan air berisi kopi panas.Selepas hirupan untuk terakhir kalinya,dia bingkas bangun dan mengheret lengan Qasya.Qasya tidak membantah.

Sepanjang perjalanan menuju ke pintu,Qasya sempat membetulkan selendang turquoise yang terlilit di kepalanya melalui cermin.Ikhwan menyarungkan stokin dan kasut di kakinya.Qasya pula mengenakan high heels berwarna hitam.Sesuai dengan tema pakaiannya hari ini iaitu turquoise hitam.

Qasya berdiri tercegat di hadapan pintu kereta milik Ikhwan."Kenapa,tak nak masuk ke?".Ikhwan turun semula dari kereta dan menghampiri Qasya."Ke,awak nak saya bukakan pintu untuk awak?"tebak Qasya.Pipi Qasya merona kemerahan akibat malu diperlakukan sebegitu.Tapi,kalau diikutkan hati,ingin sahaja dia diperlakukan sebegitu rupa.

"Mana ada.Kan awak cakap,yang saya tak boleh rapat ngan sentuh kereta awak.Sebab tu la saya berdiri kat sini".Balas Qasya secepat mungkin kerana dia takut Ikhwan dapat menghidu kemahuannya.Ikhwan yang faham akan kemahuan Qasya,membuka pintu kereta buat Qasya."Dipersilakan tuan puteri".Tunduk Ikhwan dengan penuh hormat.Siapa yang tak dapat beza dengan penipu dan yang bukan.Mana taknya,pipi Qasya berubah kemerah-merahan dan matanya asyik berpaling ke arah lain.Memang sahla penipu!

Qasya tetap dengan egonya.Ikhwan yang geram,menolak Qasya masuk ke dalam kereta tetapi dengan lembut.Qasya kan perempuan dan Ikhwan tu lelaki,so kita dah tahulah siapa yang lebih kuat.Ikhwan dengan absnya yang berketak-ketak macam 'abang sado' memang konpem la menang.

Kelas mula menjadi bising dengan bunyi kerusi yang terdorong ke belakang akibat ditolak oleh pelajar kelas 6 Bestari yang bangun apabila kelibat Qasya muncul dalam kelas."Assalamualaikum,semua.Kamu semua boleh duduk tempat masing-masing".Kelas mula menjadi bising dengan bunyi kerusi yang ditarik.Haish,membingitkan telinga sungguh.

"Hari itu,kita ada buat ujian,kan?So,keputusannya so bad.Saya sangat kecewa dengan kamu semua.Soalan yang senang pun tak boleh nak jawab.Macam mana lah kamu nak jawab dalam peperiksaan nanti?".Semua pelajar tertunduk tanda mengiyakan apa yang diberitahu Qasya."Saya tak nak basa-basi,jadi saya nak serahkan kertas ujian kamu ni sekarang.Jadi,kepada yang markah tak memuaskan tu,belajar sungguh-sungguh.Hanya 2 orang sahaja yang lulus.Lulus tu pun bukannya A,tapi takpelah yang penting lulus."Qasya mencapai kertas ujian pelajar 6 Bestari yang terdampar di atas meja guru.Kini,kertas ujian itu berada dalam pelukan Qasya.Dahi semua pelajar mula berkerut kerana runsing dengan markah yang akan diraih.

"Yang lulus tu ialah...Danny dan juga Safrah.Tahniah.Tapi,jangan duduk senang dulu sebab walaupun kamu lulus tetapi markah kamu tidak Umpphh.Faham?".Danny dan Safrah mengatur langkah ke hadapan untuk mengambil kertas mereka yang berada dengan Qasya."Ok,Cik Qasya".Balas Danny sebaik sahaja mengambil kertas ujiannya.Senyumnya sampai ke telinga.Kalau lah lulus senyumnya sampai ke mana,ya?Ke otak kot.

"Sekarang saatnya untuk saya berceramah.Danny,Safrah ambil juga apa yang saya nak sampaikan ni.Jangan nak senang sangat.Semua kertas yang berada dalam genggaman saya ni,semuanya tak lulus!Teruk tau.Ambil kertas kamu ni.Yang pertama,Bella".Bella bingkas bangun mungkin kerana takut Qasya menyebut markahnya yang teruk itu."Bella,kenapa awak jawab 2 soalan aje?".Nasib baiklah Qasya hanya menyebut soalan yang tidak di jawab.
Lega sedikit hati Bella.Akan lebih memalukan jika tahu markah.

Ucop dan Naqib ketawa terbahak-bahak apabila mengetahui keputusan Bella,seorang perempuan yang bertubuh agak gempal."Ucop,Naqib, kamu tak payah nak ketawakan orang la.Kamu tu lagi teruk.Satu soalan pun tak jawab.Masa yang saya bagi 1 jam 30 minit tu,kamu buat apa?Tidur?"Qasya berjalan menuju ke tempat duduk Ucop dan Naqib."Ala,Cik Qasya.Soalan tu susah sangat la."Balas Ucop selamba."Kamu ni,nama pun tulis nama samaran.Susah sangat ke nak tulis nama sebenar kamu?Ha Ucop?Senang aje Yussof.Ha Naqib?Kamu tulis Qib aje.Apalah kamu ni.Soalan susah?Itulah namanya ujian.Ujian memanglah susah macam Allah menguji hambanya.Kalau kamu nak tahu kaya tu pun satu ujian.Kalau kamu tidak sedekahkan sedikit harta kamu,kamu tidak akan senang duduk dan harta kamu tu tidak berkat,tahu?Haish,cikgu dah TERmengajar agama dah kat sini.Kamu la ni.Takpe,dapat pahala free.Back to our story,kalau soalan susah,cubalah jawab.Selawat banyak-banyak.Ni susah sikit tinggal,susah sikit tinggal.Apa lah kamu ni "leter Qasya kepada dua orang pelajar yang tah pape.Kedua-dua mereka tunduk.

Qasya meneruskan pembahagian kertas ujian tersebut.Satu persatu pelajar kena marah dengan Qasya."Ni lagi sorang,siapa yang tak tulis nama kat kertas ujian ni?"marah Qasya.Mata para pelajar menunding ke arah Danial yang asyik dengan muka selambanya.Walaupun selamba,tetapi tetap kacak.

"Danial!Kenapa kamu tak tulis nama,ha?!Selama 1 jam 30 minit tu,kamu buat apa?"Qasya menapak ke arah Danial."Waktu tu saya tengah usha Cik Qasya".Balas Ikhwan sambil menyandarkan tubuhnya yang sasa ke dinding yang berdiri megah di sisi kanannya.Para pelajar bersorak 'wiweet' ke arah Qasya dan Danial.Pipi Qasya apa lagi,tak payah cakap la bertukar warna la."Cik Qasya mesti usha saya juga,kan?"Danial semakin galak mengusik.

"Dah la...Saya tahulah yang kamu tu plus Perancis di mana popular dengan ayat mengayat,tapi tak payah la nak menunjuk.Jangan nak tukar topik,ok?Sekarang ni kita sedang berbincang pasal markah kamu".Qasya meletakkan kasar kertas ujian Danial di atas meja Danial."Kita?wow!Tak sangka ya hanya kita yang berbincang.Wow!Rupanya itu ya yang didambakan Cik Qasya selama ini.Hmm..".Danial semakin kuat mengusik."Malas saya nak layan kamu.Sekarang ni,saya nak berleter je."Qasya menapak menuju meja guru untuk menyambung leterannya.

Semua pelajar 6 Bestari hanya tertunduk.Entah dengar entah tidak leteran Qasya yang panjang lebar kalah ceramah tu.Danial yang kebosanan meninggalkan kelas begitu sahaja tanpa meminta izin dengan Qasya.Qasya hanya buat dunno aje sebab sudah masak benar dengan perangai Syed Danial Iskandar!

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now