17

662 29 1
                                    

Terkejut! Itu yang terjadi sebaik sahaja Qasya terpandang lelaki yang sedang tercungap-cungap di hadapannya.Err...Kenapa dia nampak cam letih je?Kenapa makanan dah terhidang atas meja?Bukan sepatutnya aku ke yang masak?Rumah,kenapa clean semacam je?Qasya asak diri sendiri dengan pelbagai soalan.

"Awak". Qasya angkat tangan lepas tu sengih.Tapi Ikhwan masih diam.Nafasnya naik turun dan renungan Ikhwan mampu buat dia rasa lain."Awak?" Setapak Qasya mendekati Ikhwan.Nak tilik muka Ikhwan dari dekat.Dah keliru dengan pandangan mata sendiri.

"Ikhwan... Kenapa ni? Awak ok ke?" Belum sempat Qasya nak sentuh lengan Ikhwan,badannya terlebih dahulu diraih dan dalam beberapa saat dia sudah berada dalam pelukan erat suaminya.Okey!Dia makin pening.Dah la pelukan Ikhwan erat.Sungguh erat sampai dia nak bernafas pun susah.Dia cuba leraikan pelukan itu,namun semakin dia cuba,semakin erat pelukan itu.

"Kalau dalam 2 saat lagi awak tak lepaskan saya,mati saya!Duda awak." Dalam kepayahan Qasya bersuara.Serta merta pelukan itu terlerai."Saya penat.Saya nak mandi terus tidur.Jangan kacau saya". Ikhwan dah berlalu masuk ke bilik peraduan mereka tanpa segaris senyuman.Sebenarnya dia masih tak nampak Ikhwan senyum sejak dari tadi.

"Ek?Siapa kacau siapa?Eii... dah la badan basah lecun.Dengan aku aku sekali kena.Kena mandi balik.Bazir air ngan duit betul. " Qasya tarik T-shirt yang tersarung di badan sendiri.Dah basah dengan peluh Ikhwan.

Qasya memandang jam di dinding.Alamak!Dah pukul 9 pagi.Mentang-mentanglah red light bangun lewat bukan main.Aduh!Dah jadi satu kerja untuk pujuk lelaki merajuk.Pasal hal semalam pun dia tak pujuk lagi.Jadi double la hari ni.

Qasya duduk bersila di sebelah Ikhwan.Melihat Ikhwan tidur seperti bayi lelaki yang baru lahir.Ingin dikejutkan tapi kesian melihat Ikhwan yang kelihatan penat melakukan kerja rumah yang tidak sepatutnya dia lakukan.Qasya hanya memerhati Ikhwan tidur yang kadang kadang ke kiri ke kanan.Sama macam budak!

Qasya melompat perlahan turun dari katil.Takut kelakuannya membangunkan baby 'besar' yang nyenyak dibuai mimpi."Sayang!" Ikhwan menarik tangan Qasya supaya duduk di sebelahnya.Qasya mengaduh kesakitan apabila dia jatuh tersembam di atas dada bidang Ikhwan.Qasya bangun dan membetulkan posisinya.

Ikhwan memalingkan wajahnya ke arah lain.Nampak sangat dia masih lagi merajuk.Kepala Qasya ligat mencari idea macam mana nak pujuk Ikhwan." Awak...saya minta maaf.Saya tahu saya salah.Makanan yang awak masak tadi saya dah makan.Sedap sangat!sorry la." Qasya menyentuh lengan Ikhwan sambil menggerakkannya ke depan dan belakang.Ikhwan tetap tidak melihat muka Qasya.Qasya mengeluh.Dia sudah kekeringan idea macam mana nak pujuk Ikhwan.

"Ok,macam ni.Saya akan buat apa sahaja yang awak suruh.Apa sahaja.Janji awak tak marah dah dekat saya." Wajah Ikhwan berseri-seri mendengar kenyataan daripada Qasya." Serious!Apa sahaja?" Ikhwan menanyakan kepastian.Manalah tahu tawarannya tu hangat hangat taik ayam je.Lama lama boleh jadi hangit hangit taik ayam.

Qasya hanya mengangguk kepala.Ikhwan tersenyum senget."Saya nak mmpphh..." Qasya terkejut.Hari ni dah berapa kali tah dia terkejut.Agaknya dalam badan dia ni memang ada elektrik kot.Sebab tu la asyik terkejut.

"Mmpphh?Apa yang mmpphh tu?" Kepala Qasya ligat memikirkan sesuatu yang sepatutnya sudah lama dia fikirkan.Ikhwan hanya membiarkan Qasya memikir sesuatu yang semestinya sudah dapat diduganya.Dari raut wajahnya sudah jelas kelihatan jawapannya.

"Ha...ni mesti awak fikir yang bukan bukan,kan?Amboi,sayang,sayang nak ke?Sekarang jugak abang boleh bagi. ",usik Ikhwan.Semenjak memegang status suami ni,Ikhwan mempunyai hobi baru tak lain tak bukan sakat Qasya,isterinya sendiri.Takut takut Qasya berpaling ke arah lain.Dia berpaling semula ke arah Ikhwan bila degupan jantungnya kembali normal.

"Awak ni...semua benda nak fikir ke situ.Bukanlah!" Qasya menafikan.Sungguh dia belum bersedia untuk sampai ke tahap tu.Cukuplah dahulu sampai ke alam perkahwinan.Nanti-nanti baru la ke arah yang lain.Satu garisan senyuman terpapar di wajah Ikhwan.Seronok rasanya dapat usik isteri sendiri.

"Ey,saya tak fikir ke situ la.Awak tu je yang nak sangat.Ok ok.Saya boleh maafkan awak tapi dengan satu syarat." Qasya mengangguk perlahan. "Yang pertama,waktu pergi honeymoon,awak perlu dengar semua cakap dan juga arahan saya.Awak tak boleh bersungut,boleh?" Ikhwan mengangkat kening kirinya.Wajahnya didekatkan dengan wajah Qasya.Qasya terundur sedikit ke belakang.

"InSya-Allah" jawab Qasya perlahan.Ikhwan bangun dari katil.Qasya berasa sedikit lega akhirnya jantungnya kembali berdegup normal."Sayang,kemaskan baju baju semua.Dalam pukul 3 macam tu,kita bertolak ke Destinasi cinta kita,ok?" Ikhwan meninggalkan Qasya yang duduk bersimpuh atas katil.Qasya mengatur langkah menuju ke almari di mana bagasi bagasi besar ditempatkan.

"Sayang,nanti dekat Paris,abang nak kita tangkap gambar banyak banyak.Abang nak jadikan Paris ni Kota Cinta yang terindah buat kita.Abang nak cipta satu memori yang terindah buat sayang.Sayang pun...sayang...sayang " bahu Ikhwan terasa berat seperti ada sesuatu jatuh di atas bahunya.Ternyata kepala Qasya terjatuh atas bahunya.Mungkin terlalu letih simpan baju baju dalam keadaan red light macam ni.Ikhwan menilik muka Qasya dari jarak dekat.

Kapal terbang terbang di udara sama seperti hati Ikhwan yang sedang terbang menuju ke Paris!Mata Ikhwan terasa berat dan tertutup rapat akhirnya.Dia tidur di atas kepala Qasya.Nasib baik la Qasya rendah sampai bahu dia aja jadi senang sikit nak tidur.

Qasya tersedar apabila terasa berat kepalanya.Qasya menggeliat bangun.Jatuh tersembam kepala Ikhwan di atas ribanya.Tetapi pelik,Ikhwan masih belum bangun dari tidurnya.Nampak seperti lena macam tidur dekat rumah.

"Awak.Awak ".Qasya menggoncang tubuh Ikhwan.Begitu sukar untuknya membangunkan Ikhwan.Dah berpuluh puluh kali dia cuba mengejutkan Ikhwan tetapi hasilnya tetap sama.Dot dot dot ."Dah sampai ke?",soal Ikhwan yang masih lagi dalam ribaan Qasya.

"Er,awak tak nak bangun ke?Tak sampai lagi.Cuma hampir sampai je.Saje je kejut awak awal sikit.Nanti taklah kalut,kan?" Qasya cuba mengangkat kepala Ikhwan.Ikhwan semakin memberatkan kepalanya.Qasya mengaduh perlahan.

"Ye ke takut kalut? KE...Takut rindu?" Ikhwan sudah memasang senyum sinis dibibirnya.Qasya menjadi gelabah kerana tekaan Ikhwan sedikit betul."Mana ada!" Qasya nafi sungguh-sungguh.Kepalanya juga digelengkan.Jatuhlah maruah kalau mengaku.Lebih lebih lagi depan Ikhwan.

Ikhwan mengangkat kepala daripada terus tidur dalam riba Qasya."Dahla...Jom turun.Dah sampai ni",ujar Ikhwan.Qasya membuntuti langkah Ikhwan.Beg beg yang dibawa bersama diheret Ikhwan.Qasya ingin menolong tetapi dibantah keras Ikhwan.Katanya baru nampak sweet!

"Awak,tak berat ke?",tanya Qasya.Kesian melihat Ikhwan yang membawa 2 beg besar bersama 5 beg kecil.Mana tak berat!Mesti la kena bawa banyak beg sebab seminggu di perantauan.Ikhwan suruh bawa sikit sebab boleh shopping kat sana.Tapi Qasya nak simpan duit untuk beli benda yang lagi berfaedah.Buat apa beli benda yang dah ada,no class!

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now