LEPAS makan malam dengan Aulad dan Bibik, Aulad mintak diri nak buat kerja dekat office sebelah ruang tamu. Aku pulak tolong bibik kemas dapur. Along dengan Kak Long dan anak-anak keluar dinner sempena anniversary dia orang. Along ajak aku ikut, tapi aku malas.
Aku bersantai sambil tengok tv cerita Speed di HBO lepas habis kemas dapur. Bibik dah masuk tidur sebab masa tu dah pukul 11 malam.
Masa tengah sebab tengok Sandara Bullock yang cantik tu, phone aku bunyi. Ada mesej masuk kat WhatsApp.
'Alin' – [King]
Bila lah dia ni nak penat? Aku buat tak tahu. Sambung tengok tv lagi best. Dua tiga minit lepas tu, phone aku bunyi lagi. Lagu Joogun Sun. Siapa pulak call lewat lewat ni?
Aku pandang screen. 'King'
Kirim salam saja lah. Tak mungkin aku angkat. Adalah enam kali dia call, aku buat dek aje.
"Kenapa tak angkat?", entah dari mana muncul si Aulad ni. Tahu-tahu aje dah duduk atas sofa sebelah aku.
Nampaknya aku dah mengelamun sampai tak sedar dia duduk. Apa dah jadi dengan Sandara Bullock? Aku dah tak faham cerita ni.
"Tak penting", aku capai buah epal atas meja kopi depan aku dan silang kaki atas meja tu.
Lenguh gila kaki sebab siang tadi teman Ayu dengan Buan shopping. Budak berdua tu best friend aku dari sekolah. Disebabkan aku cuti, dia orang ajak aku shopping kononnya nak hilangkan kebosanan aku. Padahal dia orang yang semangat beli macam-macam.
"Pentinglah tu sampai banyak kali call", dia cakap sambil pandang aku. Aku pandang dia balik sambil buat muka 'whatever'. Dia sengih lepas tu tengok tv.
Masa dua-dua tengah khusyuk tengok Sandara bawa bas, tiba-tiba phone aku bunyi lagi. Aku dah bengang sampai rasa nak baling phone tu kat dinding. Tapi aku tahan sebab ada Aulad kat sini. Karang dia menangis ketakutan pulak tengok adik ipar kakak dia bertukar jadi Hulk.
Baru aku nak capai phone tu, Aulad ambil dan jawab.
"Hello. Alin dah tidur. Jangan call lagi. Anak kami nak tidur. Bye", dia letak. Aku ternganga!
"Woi gila ke apa?", aku tampar lengan dia lepas tu pandang phone kat tangan dia dengan muka tak percaya. Memang tengah tak percaya pun ni. Dia letak phone aku atas meja lepas tu gosok lengan dia. Hahaha, baru tahu penangan tangan berbisa aku.
"Dah awak tak nak jawab, saya tolonglah jawab", dia sengih aje lepas tu terus bangun.
"Night, Love", dia cakap sambil bagi flying kiss kat aku. Banyaklah dia punya flying kiss. Aku bagi flying kick karang!
"Muka tak boleh nak pervert lagi ke?" aku sindir dia. Gelak-gelak dia jalan naik bilik dia kat atas, bersebelahan bilik aku. Memang tiap malam aku tidur kunci pintu. Mana tahu dia mengigau masuk bilik aku. Haha!
Lepas dia blah, aku bukak WhatsApp.
'Alin!'
'Who the hell was that?'
'Jantan mana tu????'
'Alin, explain!!'
'Alin, reply me'
'Alin answer my damn question'
'You tinggal mana??'
'I tahu you dah balik sini'
'You should be glad I tak tahu you tinggal mana'
'Kalau tak, sekarang jugak I pergi jumpa you'
Semua mesej dari King. Aku baca, tapi tak nak reply. Biar dia sakit hati tengok blue tick tu. Muahaha!
Lantaklah. Aku tutup tv dan naik atas. Tersenyum aku bila teringat apa yang Aulad cakap kat dia. Anak kami.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Romance"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku patut buat dengan hidup aku yang makin huru-hara ni.