The Real Baby

78K 859 68
                                    

Aku bersandar dekat sofá panjang dengan berlunjur. Mata fokus tengok berita. Aulad tengah mandi. Kandungan aku yang dah tujuh bulan ni buat pinggang aku sakit. Disebabkan aku dah mengandung, Aulad suruh aku tangguh pengajian. Dia suruh aku sambung degree lepas dah bersalin nanti. Kenduri pun buat lepas aku habis pantang nanti. So sekarang aku memang terperap dalam rumah ajelah.

King aku dengar dah makin pulih lepas farewell kami dulu tu. Dia sekarang dekat Aussie lagi. Tapi kata Dr. Mimi dos ubat dia pun dah dikurangkan. Teringat perjumpaan last aku dengan dia dulu tu.

==========

"Sayang, jom makan sini", King tarik tangan aku masuk satu restoran masakan ala Thai. Masa tu kita orang baru habis tengok wayang. Aku baru ingat nak ajak dia balik.

Baguslah, alang-alang biar aku terus terang aje tentang hati aku ni.

"King", aku panggil dia perlahan lepas waiter yang ambil order kami tu blah. King duduk bertentangan dengan aku. Dengar aku panggil nama dia, terus dia capai tangan aku yang kat atas meja tu. Aku tengok dia.

"You are my past, King sedar tu kan?", aku cakap dekat dia. Muka dia nampak terkejut dengar aku cakap macam tu. Lama dia diam, lepas tu angguk perlahan.

"Alin isteri Aulad, King sedar tu kan?", aku cakap lagi. Dia mengeluh perlahan dan angguk lagi.

"And I love Aulad so much. Tu pun King tahu kan?", dia lepaskan tangan aku perlahan-lahan. Mata dia pandang luar restoran. Aku tak tahu apa dia fikir. Tapi dia nampak sedih sangat. Kebetulan makanan sampai, jadi perbualan kami tergantung.

Sampai habis makan, King langsung tak cakap apa-apa. Kami pergi dekat kereta dalam keadaan senyap. Masuk dalam kereta, dia hidupkan enjin tapi tak bergerak. Aku tengok dia.

"Tak ada peluang kedua untuk I ke?", dia tunduk pandang steering kereta. Aku mengeluh perlahan.

"King, Alin tak mampu pun nak bagi peluang tu. Alin dah jadi Aulad punya".

Tak lama lepas tu dia pusing badang menghadap aku."I got it, Alin".

"Apa yang King faham?", aku tanya perlahan. Dia capai tangan aku dan tarik aku ke dalam pelukan dia. Lepas tu dia cium ubun-ubun aku perlahan.

"I nak tengok you happy, Alin. I sayang you sangat. I mengalah. I tahu I banyak silap. I wish you guys bahagia", aku pandang mata dia.

"Thank you King sebab sayangkan Alin sampai macam ni. Maaf, Alin tak dapat balas cinta King. King ikut Mimi balik Aussie, eh?", aku bisik perlahan. Dalam hati berdoa supaya dia setuju. Bila dia angguk perlahan, aku rasa semua beban masalah aku selesai.

Aku pejam mata. Dalam hati aku panjatkan syukur kepada Allah sebab dah mudahkan urusan aku hari ni. Bila aku buka mata, King tengah pandang aku. Dia dekatkan bibir dia dengan bibir aku.

"I love you", dia cakap perlahan dan cuba cium aku. Tapi ciuman dia tersasar bila aku palingkan muka dari dia. Akhirnya, dia cuma cium pipi aku dan peluk aku perlahan.

=========

Tiba-tiba phone Aulad yang dekat atas meja kopi depan aku bunyi. Hampir terlompat aku. Tu lah, berangan lagi Alin oi! Aku pandang phone dia atas meja tu.


"Baby" is calling....


Baby? Perempuan hari tu ke? Baru aku nak capai phone tu, Aulad muncul entah dari mana terus angkat call tu.

"Assalamualaikum baby", dia duduk di hujung sofa. Dia angkat kaki aku dan letak atas peha dia. Wah cakap dengan betina lain depan aku! Dah puas hidup ke dia ni?

"Baby nak cakap dengan wife abang tak?", dia senyum pandang aku yang dah nak menyinga. Nak aje aku tendang-tendang dia yang dekat hujung kaki aku tu, tapi takut perangai tak semenggah lekat dekat anak aku, aku sabar aje lah.

"Nah", Aulah sua phone dekat aku. Aku tepis tangan dia dan cuba bangun tapi dia tahan aku lepas tu buka loudspeaker.

"Baby, say hi to my wife", dia cakap.

"Hi kakak", suara budak perempuan cakap. Aku terpana!

"Err, hi", aku cakap perlahan. Aulad tarik aku ke dalam pelukan dia dan cium dahi aku. Lepas tu dia sambung cakap telefon sambil sebelah tangan peluk aku. Aku balas pelukan dia. Tak lama lepas tu, dia matikan talian.

"Now puas hati?", dia tanya sambil sengih.

"Siapa tu?", aku tanya perlahan. Dia suruh aku sandar balik macam mula-mula tadi dan dia angkat kaki aku atas riba dia, sambil tangan dia picit-picit kaki aku yang makin bengkak.

"Itu, baby yang abang jumpa on my way balik rumah masa study dulu. Ada orang tinggalkan dekat tepi kereta abang. Dah lima tahun abang jaga dia. Balik sini, abang tak sangka nak jumpa dengan sayang sampai kahwin, sampai nak ada family macam ni".

"Dia dekat sana dengan siapa sekarang? Sebab dia ke abang ajak Alin balik Aussie?", aku tanya lagi. Aulad angguk jawab soalan kedua aku.

"Dengan babysitter yang abang upah. Abang dah uruskan semuanya, lusa dia balik Malaysia. Sayang, abang nak baby tinggal dengan kita. Tapi kalau sayang tak selesa nanti, abang cari rumah baru untuk dia. Boleh?", aku angguk kecil dengar soalan dia. "Siapa nama dia?".

"Anastasia binti Abdullah", dia jawab. Mesti cantik budak tu. Aku terharu dengan sikap penyayang Aulad. Aku yakin dia akan sayang anak-anak kami dengan baby sama banyak.

"I love you", aku cakap sambil pandang mata dia. Mata dia membulat. First time dia dengar aku cakap. Terus dia peluk aku dan cium cium pipi aku sambil senyum.

Aku tak balas senyuman dia, sebaliknya aku cium bibir dia rakus. Semenjak mengandung ni, aku makin senang tergoda dengan senyuman dia. Dia terkejut, tapi lepas tu balas ciuman aku. Lepas habis satu round dekat sofá, dia angkat aku masuk bilik dan sambung round kedua.


The End  



****

Akhirnya guys. Tamatlah sudah cerita saya. So how? Okay ke? 

Terima kasih kerana sudi membaca. Kepada yang vote setiap chapter tu, thank you so much.

Saya senyum dari pagi sampai malam. Saya ingat tau siapa yg vote dan comment. Hehehe

Bye everyone. Have a nice day, have a nice week, have a nice year and have a nice life.

I love you :*

**** 

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now