First try. Jangan kecam saya. Hehehe
****
DAH sampai.
"Assalamu'alaikum", aku berdiri depan pintu pagar rumah banglo dua tingkat warna biru tu. Senja-senja macam ni bukannya bagus sangat berlama-lama dekat luar. Aku pandang rumah sebelah kanan, nampak buah nenas warna merah bergantungan. Pandang rumah sebelah kiri, gelap. Macam tak berpenghuni.
Suara azan Maghrib berkumandang, aku pandang ke hujung jalan sebelah kanan, nampak surau. Beg baju di sebelah yang hampir jatuh aku pegang dan cepat-cepat aku tekan loceng.
"Wa'alaikumussalam", pintu rumah terbuka, Along keluar dengan berkain pelikat dan baju Melayu turquoise, pakai kasut dan datang buka pagar.
"Masuk dalam, Along nak pergi surau ni", aku sengih sambil salam tangan Along, tayang muka penat. Along cepat-cepat jalan kaki pergi surau sebab masa tu azan dah habis. Aku masuk dalam dan tutup pintu.
"Kak Long... Ooo Kak Long", aku masuk dan baring kat sofa ruang tamu. Tiba-tiba badan aku dihempap anak panda. Adoi sakit gila daddy. Anak panda apanya, anak buah aku dipakaikan baju panda.
"Alin dah makan?", Kak Long muncul dari dapur sambil pegang botol susu. Aku angkat Rafeeq di pangkuan dan bangun duduk bersila. Kak Long datang duduk sebelah aku.
"Belum lagi, bas rosak tadi. Kena tukar bas, tu yang lambat", aku salam Kak Long dan bagi Rafeeq pada dia.
"Raisha mana?", aku tak nampak pun kakak si Rafeeq ni.
"Raisha pergi kem dekat sekolah", Kak Long masukkan Rafeeq dalam buaian.
"Pergi mandi dulu, nanti turun makan. Kak Long baru nak masak", aku angguk dan cepat-cepat tarik beg naik bilik kat atas. Lepas mandi dan solat, aku baring atas katil sambil scroll twitter. Tiba tiba ada orang hantar mesej dekat WhatsApp.
'Alin' - [King]
Aku baca dan campak phone atas katil. Malas layan. Aku turun bawah nampak Along tengah menyakat Kak Long masak. Rafeeq dah tidur rasanya sebab aku nampak buaian kat ruang tamu bergerak. Aku tolong Kak Long hidang makanan dan kami makan sambil cerita pasal kerja Along kat tempat baru.
Kata Along, syarikat dia buka cawangan baru, jadi bos hantar Along untuk pantau aktiviti sebelum perasmian. Satu-satunya adik Kak Long yang baru balik dari Aussie tu jadi arkitek dekat office baru Along.
Kak Long cakap nanti adik dia nak tumpang rumah Along sementara rumah baru dia siap. Aku ok ja sebab aku pun tumpang rumah Along dua bulan ni sebelum balik Sabah.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Romansa"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku patut buat dengan hidup aku yang makin huru-hara ni.