Bibik, Along Kak Long masuk tidur lepas selesai kemas rumah. Aku turun nak tengok tv lepas bersihkan badan. Aku duduk atas lantai dan bersandar dekat kaki sofa belakang aku. Meja kopi takda jadi ruang tengah tu kosong. Boleh lunjurkan kaki.
Rasanya meja kopi tu dekat tepi pintu masuk, Along letak untuk tetamu letakkan hadian Raisha masa majlis tadi.
Masa aku tengah gelak-gelak tengok Kepergok Pocong, Aulad tiba-tiba duduk sebelah kanan aku. Kusyen yang aku tengah peluk, dia tarik dan letakkan dekat belakang dia.
Aku buat tak tahu aje. Actually aku pun tak tahu kenapa aku selalu sangat ignore dia ni. Kadang-kadang rasa macam kesian pun ada sebab aku selalu sangat layan dia bodoh-bodoh je.
Masa tengah gelak-gelak dengan si Boy dalam cerita tu, tetiba ada hantu muncul mengejut. Terkejut, aku pusing dan pegang tangan Aulad. Mata aku pejam serapat-rapatnya.
Lepas beberapa saat, aku buka mata perlahan-lahan. Nampak Aulad tengah pandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsir. Hampa?
Baru aku nak lepaskan tangan dia, dia tarik tangan aku dan lingkarkan dekat pinggang dia. Tangan kiri dia peluk aku dan tangan kanan dia betulkan kepala aku supaya sandar dekat dada dia. Aku tak tahu nak buat apa.
Selepas seketika, aku dapat rasa dia cium ubun-ubun aku.
"Love, masih tak nak kahwin dengan saya?", dia tanya aku. Aku dongak dan pandang dia. Apa dah jadi dengan Aina Pondan dan pocong dalam tv tu?
Aku pandang mata dia. Macam berharap sangat. Aku tahu dia baik. Sangat baik. Tapi hati aku. Aku takut aku salah tafsir perasaan ni. Aku takut kalau apa yang aku rasa ni bukan cinta.
"Jangan risau, kalaupun awak belum cintakan saya, saya akan buat awak sayang saya sorang aje", dia tunduk pandang aku. Aku senyum, self-confidence dia ni tinggi betul lah.
Lama aku diam. Kami pandang aje satu sama lain. Akhirnya aku angguk.
"Tapi, janji jangan pernah tipu Alin", aku cakap tegas. Dia angguk dan terus cium dahi aku. Muka bahagia gila pakcik ni. Menyampah pulak aku tengok -.-'
****
Maaf chapter agak pendek. Enjoy lah ye
****
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Romance"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku patut buat dengan hidup aku yang makin huru-hara ni.