Malam Jumaat

95K 886 29
                                    

First of all, nak minta maaf lah sebab chapter semua pendek-pendek aje. Minggu final dah start, saya tak berapa sempat nak menulis.

Minta maaf jugak sebab lambat update, line wifi sangat lah teruk sampai kena guna hotspot sendiri.

Btw, thank you guys yang masih baca cerita saya yang 'macam bosan je' ni :(

Rasa nak peluk cium aje semua readers :* :* :*

Oh ya! Kritikan membina sangatlah dialu-alukan. Tapi kalau harsh pun, em saya terima dengan hati terbuka *acah-acah baik*

I love you guys :*

****

PETANG tu, aku pergi berborak lagi dengan ikan kuning dalam kolam tu. Along takda, bawak Kak Long pergi hospital. Aulad belum balik lagi. Bibik, macam biasalah, takkan nak punya lepak dengan aku borak-borak kosong tak ada isi macam ni.

"Ning, kau tahu kan dah tiga hari Kak Long asyik muntah pagi-pagi. Semalam, masa aku nak tidur, tiba-tiba Along ketuk pintu bilik aku macam nak roboh. Aku ingatkan ada gempa bumi ke tanah runtuh, rupanya dia nak bagitahu Kak Long pregnant. Satu rumah Along berjoget semalam, Ning. Rugilah kau tak ada dalam rumah", aku cabut rumput dan kutip daun gugur tepi kolam tu.

Lepas hampir sejam aku borak, aku dengar bunyi enjin kereta. Aulad dah balik.

"Love, buat apa?", Aulad datang sambil pegang plastik biru. Aku senyum dan bangun salam dia. Sejak aku tahu pasal Nurin, aku rasa dia sangat 'abang-abang' jadi aku pun biasakan diri hormat dia sebab perasan muda. Kahkah!

"Saya beli kuih", dia ajak aku duduk di taman sebelah kolam tu. Situ ada kerusi dan meja batu. Sesuailah nak lepak petang-petang macam ni.

Aku bangun nak masuk ambil pinggan dan buat air, tapi dia tahan dan suruh aku duduk. Dia masuk dalam rumah dan aku pun duduk di kerusi batu tu. Makan sambil berangan.

Lepas sepuluh minit, dia keluar dengan dulang dekat tangan. Bagus sangatlah dia ni. Penat-penat balik kerja pun berdegil nak buat air untuk aku. Kami borak-borak sampai Maghrib.

"Biar Alin kemas.", aku tolak tangan dia yang nak angkat cawan letak dalam dulang tu. Dia senyum dan tengok aku kemas meja tu.

"Alin boleh solat kan?", dia tanya tiba-tiba. Aku pandang dia dengan muka pelik. Aku dapat rasa aku tengah blushing. Kenapa dia tanya macam tu? "Boleh. Kenapa?".

"Maghrib sama eh?", dia cakap dan berdiri. Aku senyum. Patutlah tanya soalan cepumas macam tu. Aku angguk dan kami sama-sama masuk rumah.

Masa aku masuk dapur nak letak cawan kotor dekat sinki, Aulad berhenti dekat tangga tunggu aku. Dia pandang aku sambil buat muka musykil. Aku jalan pergi dekat tangga dan angkat kening dekat dia.

" Eh, hari ni hari apa?", dia tanya dengan kening berkerut. Aku angguk lepas tu naik tangga. Dia ikut aku jalan.

"Khamis, kenapa?", aku berhenti dan pusing tengok dia. Dia naik tangga dan berdiri sebelah aku.

" Malam ni malam apa?", aku dah tayang muka curiga dengar soalan dia.

"Jumaat, kenapa?", aku jawab tanpa fikir apa-apa.

"Alin boleh solat kan?", tiba-tiba, dia senyum nakal. Cis!

"Pervert!", aku tampar lengan dia lepas tu terus naik bilik. Lagi lama aku layan dia, lagi menjadi-jadi.

Aku dengar dia ketawa. Gatal betul.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now