"Sayang, ikut abang balik Aussie, nak?", Aulad tanya aku petang tu masa kami tengah minum petang dekat tepi kolam.
"What do you mean dengan 'balik' tu?", aku tanya sambil pandang dia. Cawan dekat tangan aku letak atas meja. Bukan ke dia dah ada rumah kat sini?
"Balik tu maksudnya kita pergi honeymoon dekat sana and stay sana teruslah", dia senyum. Tangan dia capai tangan aku dan dia selitkan jari dia di celah jari aku.
"My study macam mana? Alin baru first year lah", dia ni dah terlupa pasal degree aku ke?
"Berhenti aje tak boleh? Abang mampulah nak tanggung sayang", dia cakap lepas tu cium tangan aku yang dalam genggaman dia tu. Sebelah tangan dia belai rambut aku.
Satu yang aku dah faham dengan Aulad ni, dia memang akan pegang aku sana sini kalau nak pujuk aku. Maklumlah aku ni lemah sikit bila disentuh.
"Taknaklah berhenti, nak habiskan degree jugak. Abang kerja dengan Along sudahlah, tak payah balik Aussie", aku geleng kepala dan tarik tangan aku. Cepat-cepat aku bangun dan angkat cawan kotor masuk dalam rumah. Takut tersetuju kalau biar Aulad pegang aku lama-lama.
Malam tu bibik masakkan untuk aku dengan Aulad aje sebab Kak Long, Along dengan anak-anak keluar pergi mana entah. Masa makan Aulad diam, tak cakap apa-apa. Tak mengusik aku macam selalu. Aku pun malas nak cakap apa apa. Aku taknak ikut dia pergi Aussielah!
Masuk hari ni dah dekat tiga hari Aulad tak cakap dengan aku. Bukan setakat tak cakap, semuanya tak. Pegang-pegang tak, peluk-peluk tak, usik-usik pun tak. Dia cuma peluk aku bila tidur malam. Aku ingat dia dah nak tidur tempat lain, rupanya datang bertempek dengan aku jugak.
Petang ni aku ingat nak pergi Giant sebab barang dapur taka da. Beras pun tak ada. Oh! Aku dah pindah masuk rumah dia lima hari lepas.
"Petang ni kita pindah rumah abang", tu satu satunya ayat dia cakap kat aku lepas tu tak cakap apa dah sampai hari ni. Pelik jugak aku, sebab aku tak nak ikut dia ja, dia nak mogok dengan aku sampai macam ni. Apa yang seronok sangat Aussie tu? Ada bini lagi satu ke apa?
Sejak duduk kat rumah ni, aku asyik lunch dekat luar aje lepas tu beli siap-siap untuk dinner. Yalah, Aulad tak balik tengah hari. Malam pulak entah pukul berapa dia balik, aku tak sedar. Nak masak? Aku tak sempat nak beli barang dapur lagi.
Aku baru nak pakai tudung masa dengar bunyi kereta masuk pagar. Aulad balik? Dengar bunyi orang buka pintu, sah Aulad balik. Sebab aku kunci pintu tadi.
Aku nampak Aulad masuk bilik, pergi dekat meja kerja dia. "Abang nak makan ke? Alin tak masak", aku jalan pergi dekat dia dan hulur tangan nak salam.
Dia pandang tudung aku.
"Ni nak pergi mana ni? Nak keluar dah tak reti-reti mintak izin?", suara dia tak tinggi mana pun, tapi nada tu. Bukan nada yang aku nak dengar lepas berhari-hari dia tak cakap dengan aku.
"Alin baru nak text abang, nak ajak abang lunch sekali. Tak tahu pulak abang nak balik", aku sabarkan hati. Huluran salam aku yang dia tak sambut aku biarkan. Malaslah layan manusia asyik nak ikut kepala dia ni.
"Alin nak keluar, beli makanan. Nak ke?", aku tanya dia lepas capai handbag dekat atas meja solek. Aku kerling dia sekilas, dia renung aku tajam dengan muka marah. Ingat aku heran?
Aku pandang dia lima saat. Tak ada jawapan, aku terus keluar dari bilik. Masa tengah jalan pergi kat pintu, aku dengar bunyi tapak kaki ikut aku.
"Alin jangan nak kurang ajar dengan abang. Tak reti nak mintak izin? Dah tak tahu nak hormat suami? Hei, jangan sebab abang berlembut dengan Alin selama ni, Alin nak pijak kepala abang?", dia tengking aku. Aku terkejut dengar suara dia macam tu. Aku pusing pandang dia dengan mata berkaca.
"Saya kurang ajar dengan awak? Saya tak tahu hormat awak? Saya nak pijak kepala awak? Awak tahu tak apa yang saya makan sepanjang saya dalam rumah ni? Awak tahu tak hari ni sebutir nasi pun saya tak jamah lagi sebab tak ada beras? Pagi tadi saya minta izin nak keluar breakfast, saya call awak tak angkat. Mesej awak tak reply. Awak nak saya mati kebulur ke?", aku tanya dia sambil tahan marah. Tak nak tinggikan suara sebab aku tak suka orang tinggi suara dengan aku.
Aulad diam. Riak muka dia berubah, dah tak bengis macam tadi.
"Hanya sebab saya taknak ikut awak balik Aussie, awak layan saya macam saya dah buat salah besar sangat. Awak langsung tak ambil tahu kebajikan saya. Balik tengah-tengah malam. Pagi-pagi dah keluar. Kalau macam ni awak layan saya, baik awak lepaskan saya. Saya tak sudi nak berkongsi hidup dengan manusia ego macam awak", aku terus jalan keluar rumah. Biarlah dia dengan hidup dia.
****
Em boring tak? Saya tak pandai lah nak tulis bagi meresap sampai ke dalam jiwa T-T
Maaf ye kalau tak memuaskan. Enjoy
****
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Romance"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku patut buat dengan hidup aku yang makin huru-hara ni.