Sampai Setuju

60.8K 788 34
                                    

PAGI tu, awal pagi aku bersiap nak pergi supermarket. Aku nak beli barang untuk birthday party Raisha malam nanti. Masa tengah bersiap, pintu bilik aku diketuk.

"Masuklah, tak kunci", aku jerit sikit sambil pilih lipstick yang sepadan dengan baju.

"Love, nak ikut", kepala Aulad terjengul dekat pintu. Apahal mamat ni sibuk nak ikut aku?

"Buat apa?", aku kerut dahi. Dia masuk dan duduk atas katil. Sebelah tangan dia capai teddy bear aku.

"Teman awaklah. Princess tak boleh jalan sorang-sorang", dia cakap sambil senyum. Aku senyum senget dan buat muka menyampah. Capai purse dan keluar bilik. Dia ikut aku keluar.

Aku pandang dia dari atas sampai bawah. Short pants paras lutut dengan t-shirt lusuh. Takkan macam ni ja nak keluar? Dia sengih tengok aku usha dia. "Kejap eh, saya tukar baju".

Aku pergi dapur dan ambil senarai barang yang bibik lekatkan dekat peti ais.

"Alin nak guna kereta Along ke?", Along muncul dari pintu belakang dapur. Tadi Kak Long kata nak tanam pokok bunga dengan Along. Mana tahu baby cantik macam bunga. Hahaha mengarut betul.

"Tak payahlah. Guna kereta Aulad ja", aku masukkan senarai dalam purse. Aulad muncul dengan jeans dan t-shirt hitam, beanie warna pelangi. Haih, breathtaking betul lah anak orang ni..

Kami pun mintak diri dengan Along dan keluar pergi kereta. Aulad sibuk suruh aku drive. Dia kata dia penat. Aku suruh dia masuk rehat je kat dalam rumah kalau penat, tak payah sibuk-sibuk ikut aku. Tapi dia cepat-cepat masuk sebelah penumpang dan pakai seatbelt.

Terpaksalah aku yang pandu Mazda RX8 hitam dia tu. Nasib baik sampai kaki. Maklumlah aku ni kecil molek orangnya. Muahaha. 

Actually aku macam pelik sebab dia ni baru jugak lah habis study, baru start kerja tapi pakai kereta boleh tahan mahal. Banyak betul duit dia. Pinjam duit mak bapak ke? Lantaklah.

Kami pilih nak pergi Giant ja. Aku rasa aku sesuai jadi duta Giant lah sebab dari kecil sampai besar minat sangat dengan Giant. Sebab dulu aku ingat kedai ni kawan Doraemon punya kut. Hehe

Lepas dah siap beli barang penuh satu trolley, kami jalan keluar pergi parking lot. Masa tengah load barang masuk bonet kereta, baru aku teringat tepung lupa beli.

"Tunggu sekejap, Alin masuk beli tepung", aku cakap dekat Aulad masa dia bukak pintu kereta sebelah pemandu.

"Eh, awak tunggu dalam kereta. Biar saya pergi beli", dia hidupkan enjin dan tinggalkan aku dekat kereta. Aku pun masuk dalam kereta dan bukak radio.

Lepas hampir 20 minit, Aulad buka bonet kereta dan simpan barang. Lepas tu dia masuk dekat bahagian pemandu sambil senyum-senyum.

"Apahal senyum-senyum ni?", aku dah buat muka pelik pandang dia. Dia geleng lepas tu terus drive balik rumah.

Sampai dekat rumah, aku terus jalan pergi dapur. Aku dengar bunyi suara budak-budak tu dekat luar. Berkebun tak habis lagilah tu.

Jenguk kepala dekat tingkap, nampak Along dengan Kak Long dekat kerusi tepi kolam. Budak-budak tu tengah main kejar-kejar.

Aulad masuk dapur dengan barang penuh dekat tangan dia. Aku pandang ja. Bukan aku taknak tolong, okay? Dia tu yang paksa aku masuk dalam rumah lenggang kangkung. Aku dah offered nak tolong tadi, tapi dia yang nak angkat semua.

"Ada lagi barang?", aku tanya dia. Dia geleng sambil senyum lepas tu suruh aku tukar baju sebab nak start buat kek. Dari tadi dia asyik senyum meleret. Aku ada instict pelik dah ni.

"Aulad, cuba jujur dengan Alin", aku capai gelas di rak dan tuangkan susu yang aku ambil dari peti ais. Baru nak suakan gelas dekat mulut, Aulad rampas gelas aku dan lingkarkan tangan dekat pinggang aku.

"Thanks, Love", dia kenyitkan mata dan teguk susu tu. Aku geleng kepala dan loloskan diri dari pelukan dia. Rimas!

Aku jalan naik atas, tukar pakai legging hitam dan baby tee warna kuning cair. Elok aku buka pintu bilik, Aulad tercegat depan pintu.

"Love, nak kahwin dengan saya tak?", dia pegang sepiring strawberries sambil buat puppy face. Aku tergelak bila dia kenyit-kenyitkan mata dia.

Patutla beria-ia nak belikan tepung, rupanya ada agenda. Nak pujuk aku guna strawberry. Pandai betul.

Aku tayang muka terharu depan dia. Sebelah tangan aku pegang pipi dia, sebelah lagi ambil piring dekat tangan dia. "Thanks", aku cakap sambil tunjuk muka terharu lepas tu bawa piring turun bawah.

Aulad jalan ikut aku dari belakang. Teringat malam yang dia ajak kahwin hari tu.

****

"Nak tak?", dia tanya aku. Aku pandang dia sambil tayang muka tak ada perasaan.

"Kenapa?", suara aku macam nak tak nak ja keluar.

"Sebab saya nak Alin jadi isteri sayalah", dia senyum, angkat kaki naik atas sofa dan bersila depan aku. Aku pandang tv balik. Nak bagi reaksi macam mana ni?

"Nak tak?", aku diam.

"Nak tak?", aku masih diam.

"Nak tak?", aku diam lagi.

"Okay, diam tanda setuju. Jomlah kahwin esok", dia terus berpaling sandar di sofa dan tengok tv balik.

"Eh eh, Alin tak setuju lagi lah", aku dah kalut. Cepat-cepat aku pusing menghadap dia. Terus dia capai remote dan off tv.

"Akhirnya terbukti saya lagi handsome dari tv", dia cakap sambil gelak-gelak. Aku buat muka bengang.

"Kenapa Aulad tetiba ajak kahwin ni?", aku tanya dia dengan penuh kemusykilan.

"Love, I want to be your husband. I want to wake up beside you every morning, and sleep with every night.", dia diam sekejap, mungkin tunggu reaksi aku. Bila aku diam, dia sambung, "Cliché sangat jawapan tu kalau itu yang awak nak dengar."

"Saya nak kahwin dengan awak sebab you are my Love".

"Tapi kita baru ja kenal, takkan saya terus nak setuju kahwin dengan awak", betul tak apa aku cakap? Bukan aku tahu pun, entah-entah dia ni dah ada isteri dekat Aussie sana nuu. Baru tiga minggu aku kenal dia.

"Takpa, saya akan ajak awak kahwin sampai awak setuju", dia senyum lepas tu terus bangun dan jalan naik atas. Aku kembali bersandar kat sofa. Apa semua ni?

****


****

Okay rasanya ni chapter terpanjang setakat ni.

Nak cover balik chapter sebelum ni yg seciput sangat tu.

Silalah baca :*

xoxo

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now