14 - Christian Dior

251 7 1
                                    

Entah berapa puluh penanak nasik kami bersembang tentang hal seram-seram kuku ni. Memula tu ada la cerita tentang hantu kat kampus.

Entah bila pulak masanya masuk pulak cerita hantu kat kampung si Wadi. Aku udah le penakut. Naik meremang bulu ketiak aku mendengar cerita-cerita diorang. Tapi suka jugak nak dengar. Ada gelaran khas untuk spesis macam aku ni iaitu 'gatal burit cari penyakit'.

Akhirnya selisih faham kami hilang gitu aje. Idak le macam Sembilu Kasih, berminggu-minggu gaduh sambil kerut-kerut dahi baru settle.

Lagipun orang lelaki ni senang je nak berdamai kalau gaduh hal-hal remeh ni. Lain le orang pompuan. Pasal sebiji mentol bilik air yang terbakar pun dah bermasam muka dekat sepurnama. Tu sebab ompompuan kena selalu tepek losyen kat muka. Nak elak muka jadi kecut macam asam Mo Far Kor (sepupu aku kata Asam Ganja). Hahahaaa!!!

Akhirnya aku bukak pulak cerita Shaleen melipstikkan muka aku dengan bibirnya tadi. Malas nak sorok-sorok lagi. Sebenarnya lelaki tulen ni tak suka bercerita hal-hal gini. Tapi oleh sebab dua ekor mamat di depan aku ni bak adik-beradik sesumpah kung-fu, maka untuk mengelakkan insiden bolayan lagi aku kena la bagitau.

"Barua lu, Bugis! Kau tipu ni..." komen Wadi dengan nada tak percaya.

Aku tak nak balas balik dengan kata-kata. Sebaliknya aku ambik tisu Wadi sehelai dan lap tempat Shaleen kucup aku tadi. Lepas tu dengan gaya jaguh handalan komik kung-fu Hong Kong aku menayangkan tanda merah jambu yang melekat pada tisu tadi.

Klong! (kalau ikut komik kung-fu, itu tandanya ada suatu situasai yang menggemparkan)

"Cilakak lu! Memang betul-betul kena cium kali kedua!" ujar Wadi dengan nada cemburu.

Kalau difikirkan memang la dia patut iri hati. Tapi kalau ikut hukum Syarak, berdosa la aku sebab buat maksiat kecik. Jadi buat apa nak cemburu lagi, ya tak? Amboi... alim pulak aku malam ni. Mula la rasa nak berzanji lepas ni. Alip...Baa... Ta!

Nizam yang dari tadi hanya mendiamkan diri kini menghulurkan tangan untuk mengambil tisu tersebut daripadaku. Kemudian dia menghidu-hidu kesan lipstick pada tisu tu.

"Apa kejadahnya Wan Kamaruddin kau cium-cium pulak tu? Ada perangai hentai ke?" tanyaku dengan muka curiga. Nizam menyorot matanya ke arahku dengan pandangan agak suam-suam ganasnya.

HUUU.... (kalau ikut komik kung-fu, tengah dalam suasana yang agak tegang ni)

"Dia pakai Christian Dior. Arip, betul ke Shaleen ni lesbian?" tanyanya dengan nada kurang percaya. Hmh! Tak caya sudah... nanti kau kawin dengan orang Kedah....

"Betui la! Dia dan aweknya bukan jenis pengkid dengan awek bertudung tu. Ni rare species punya. Kalau kat KL sekalipun mesti susah nak jumpa. Tak pun susah nak detect." ujarku bersungguh-sungguh. Eheh? Apasal aku ni beriya-iya mempertahankan gaya hidup songsang Shaleen pulak ni? Udah macam cool pulak jadinya...

"Amende 'Repsis' tu?" tanya Wadi tiba-tiba. Nizam tergelak.

"Rare species la... Maknanya jenis jarang dijumpai." terang Nizam.

"Zam, kau kan ke pakar? Tau tak apasal dia cium aku tak tentu pasal?" tanyaku. Kalau ikut pemikiran suci-murni aku ni (chewah! suci kunun...), maknanya Shaleen pun sukakan aku gak. Bangga jugak rasa di hati ini. Yelah, muka rakyat jelata macam aku ni dapat dua ciuman daripada aweks nan jelita.

Nizam terdiam sejenak. Matanya merenung ke bahagian kiri sebelah atas. Maknanya dia tengah berfikir la tu. Kalau sebelah kanan, maknanya dia nak 'chong' (kelentong) aku.

Selalunya cepat buaya metropolitan ni bagi jawapan. Tapi hari ni lama pulak terdiamnya. Apa, hari ni otaknya tak pakai Intel Dual Core ke? Tu la... galak sangat tengok DVD Hardcore! Hehehe....

"Ada banyak kebarangkalian..." Tiba-tiba mamat hensem tu bersuara. Hui... macam hero pakar matematik dalam cerita Numbers la pulak!

"Satu, dia mungkin menyimpan perasaan pada Adrina. Jadi bila Adrina menunjukkan minat pada kau, Shaleen rasa bengang. Tapi dia tak nak jadi orang jahat dalam hal ni. Jadi dia sengaja provoke kau supaya kau bermain kayu tiga. Dia harap agar Adrina hilang minat pada kau bila tengok perangai buruk kau tu."

Klong! (sekali lagi bunyi komik kung-fu sebagai isyarat berlakunya suasana yang menggemparkan)

Terkedu aku mendengarnya. Masuk akal jugak kata-kata Nizam.

"Kedua, mungkin Shaleen ni menyanjungi Adrina sampai ke tahap yang ekstrem . Jadi apa yang Adrina suka, dia pun akan suka jugak. Jenis macam ni bahaya sikit. Kalau kau lukakan hati awek pojaan hati kau, Shaleen pasti akan kenakan kau cukup-cukup."

KLONG! (bunyi suasana yang menggemparkan lagi...)

Sekali lagi aku terkedu bak tertelan dadu. Sekali lagi analisis Nizam masuk akal.

"Ketiga, mungkin dia pun nampak personaliti baik kau yang Adrina telah nampak. Jadi dia pun sukakan kau juga. Semudah itu." Kata-kata terakhir Nizam melegakan sedikit hatiku. Tapi dua lagi teori tadi tetap mengganggu fikiran. Aku bila resah-gelisah ni mulalah rasa nak terberak. Tapi masih takut nak masuk ke jamban lagi sebab insiden disorok dek hantu senja tadi.

"Ahhh... mesti yang ketiga punya! Member kita kan baik hati. Selalu bagi Maggi free walaupun menyumpah sebakul." serkap Wadi seraya ketawa. Ini nak memuji aku ke nak ngutuk ni? Aku serkup dengan bakul sampah kang...

"Tapi Arip... Ikut pengalaman aku la... perkara yang terjadi kat kau ni memang tak logik dan tak mungkin terjadi. Kalau iya pun kebarangkaliannya satu dalam seratus ribu. Tapi berdasarkan personaliti kau, kau ni biasa aje. Tak de apa-apa yang istimewa pun." ujar Nizam dengan wajah yang agak sugul.

Serius aku rasa terhina dengan cakap Nizam tadi. Kalau bukan kerana dia sahabat karib aku, dah lama aku baling bom tangan askar Jerman ke kepalanya. Tapi aku tau Nizam tak de maksud jahat berkata begitu.

"Apa maksud kau, Zam?" tanyaku dalam nada yang seboleh-bolehnya cool.

"Aku pun tak tahu lagi." balas Nizam. Laa... beriya-iya bagi teori tapi tak tau apa maknanya. Aparra kau ni Nizam!

"Tapi sebagai seorang sahabat, aku nasihatkan kau agar berhati-hati, Arip!"

KALAHWhere stories live. Discover now