"Wuyoo... kalah senyum pengantin member kita nih!"
Sebaik sahaja aku menjengah ke muka pengadilan... Eh! muka pintu, seperti yang aku jangkakan Wadi mula menyindir-nyindir aku. Mana daknya, sekarang dah cecah pukui 2.00 pagi!!!
Petang tadi, sebaik sahaja aku sampai ke bilik aku tunggang-langgang mandi, bersolat dan bersiap untuk berdating dengan Adrina.
Tapi sempatlah juga aku mewar-warkan dengan megahnya kat dua orang 'malaun' tu (sebab depa tengah makan maggi aku tanpa kebenaran) yang aku akan berdating dengan Adrina. Wadi kutuk kata aku ni 'swanking'. Hah? Hillary Swank apa pulak nih? Bila aku tanya Adrina adakah swanking tu maknanya aku ni raja angsa, awek aku tu gelak dalam 50 harakat.
Rupa-rupanya swanking tu maknanya 'bermegah-megah'. Cilakak punya Wadi! Balik nanti aku suruh dia muntahkan balik maggi aku tu. Pastu aku makan muntahnya biar kuat macam Badang.
Tapi serius cakap la... gila babi punya best hidup aku di kala ini. Babi pun tak segila best kala jengking hidup aku sekarang. Aku rasa memang kami berdua sedang dilamun perasaan cinta ala-ala cerita Tiptronic tu. Ala... yang kapal tenggelam you jump I jump tu la!
Tapi yelah... nak berdating ke pusat bandar tu kena naik kereta la. Takkan aku nak usung sang puteri menaiki motor kapcai yang dah dekat nam bulan tak servis, ye dak? Aku kelam-kabut la pi rumah uncle Guna untuk menyewa kereta. Uncle Guna ni dulu kerja kat JPJ. Sekarang dia dah pencen dan buat bisnes sewa kereta pulak. Student memang ramai la sewa dari dia sebab dia bagi kadar terendah. Untuk SMS ke friends and family cuma suku sen aje manakala MMS pulak... ni kejadah apa aku cakap nih?
Nizam tawarkan Peugeot Cabriolet dia kat aku, tapi aku terpaksa tolak. Gilalah nak pakai kereta mahal-mahal gitu. Buatnya eksiden kang... mau keras ligament aku nak menggantinya. Lagipun aku ni bukannya kaki menunjuk sangat. Menunjuk sikit je tu adalah. Tapi kalau Adrina confirm jadi awek aku, pasti aku akan paksa Nanyang Siang Pau siarkan berita tersebut sebagai tajuk utama di front page.
Nizam nampaknya kureng gembira bila aku menolak kemurahan hatinya. Tak pelah, kalau kereta kau terbelah dua kang lagi kau kureng gembira. Bukan tu aje, mak bapak kau pun lebih-lebih-lebih lagi dan lagi dan lagi dan lagi kureng gembira.
Oh ya! Korang nak tau kenapa aku dah berani kata Adrina tu awek aku? Sebabnya... okay Nami! Rewind!!!
Ni flashback punya cerita la dey... Jam lebih kurang 1.46 pagi tadi.
"Thanks sebab hantar Rina sampai ke kampus."
"Ohh... No sweat challenge. Itu hal kecik aje." balasku. Dah buat lawak apek Saiful pulak dah... Adrina tertawa kecil.
"And thanks for everything." ucap Adrina lagi. Aku angguk je. Adrina tatap wajah aku lama-lama. Alamak! Bulu idung aku terkeluar ke?
"Napa usha lama-lama? Bulu idung saya terkeluar ke?" Aku buat lawak tak kena tempat lagi! Memang suwey betui la mulut aku nih!
Adrina tak gelak tapi dia terus menyuakan mukanya ke arah cuping telinga kiriku. Aku tergamam. Terasa hela nafas lunaknya menyapa lembut setiap inci kulit cuping telingaku.
Huii... dahsyat jugak yea kekadang perbendaharaan sastera ku nih? Tapi selalunya hancus...
"I had a great time. Thanks, sayang." bisik Adrina dengan lembut dan kemudian mencium kecil pipiku. Aku keras kejung macam patung kat muzium hantu. Aku rasa aku tak salah dengar. Dia memang panggil aku 'sayang'. Adrina memang panggil aku sebagai 'sayang'.
Bila aku tersentak dari khayal terujaku, baharulah aku menyedari yang Adrina telahpun melangkah keluar. Dia kata kat aku 'sayang' tapi aku tak kata apa-apa pun. Tentu dia marah. Sekarang dia dahpun keluar dari kereta dan berjalan pergi meninggalkan aku. Hmm... figure Adrina dari belakang memang dasat la. Pung... Eh! Eh! Apa aku nih!
"Adrina" teriakku. Adrina terkaku. Kemudian dia berpaling ke belakang. Aku segera keluar dari Proton Savvy sewa tersebut dan terus berlari mendapatkannya.
"Ada apa, Arif?" tanya Adrina. Alahai... lembutnya suaramu. Selembut lenggokmu tadilah!
"Aaa.. Err... Goodnight..." ujarku dalam keadaan tergagap. Campur mengah lagi. Ni la akibat malas aerobik ni.
"Goodnight, Arif." balas Adrina kembali.
"Goodnight, Adrina... sayang." Akhirnya terluah jugak apa yang nak aku cakap. Adrina tersenyum dan didarab dengan perasaan tersipu-sipu. Beliau kembali menatap wajahku. Telapak kanannya pula diangkat dan terus membelai lembut pipi kiriku. Adrina mengangguk dan kemudian beliau kembali meneruskan langkahnya ke bilik hostel.
Aiseh! Mati-mati aku ingat dapat French kiss macam filem omputeh. Tapi aku dan Adrina ni orang Islam. Berdua-duaan ginipun dah haram. Tapi nafsu orang muda ni gelojaknya dahsyat bebeno. Tu yang buat juga tu.
Tapi tak kisahlah. Kira berbaloi aku korbankan tidurku untuk Adrinaku.
YOU ARE READING
KALAH
RandomIni cerita tentang aku. Aku lelaki biasa yang memang biasa biasa saje kisahnya. Muka adalah kacuk Shah Rukh Khan sikit, cuma hidung tu tak mancung pipi tersorong-sorong. Saidatul Adrina, gadis impian, gadis pujaan aku. Gadis yang rasanya tak layak u...