38 - KALAH

398 14 9
                                    

Gemuruh sungguh tepukan serta sorakan yang kuterima. Entah-entah ada gadis yang tengah tanggalkan coli untuk dibaling ke pentas. Nanti aku teliti betul-betul. Hmm... nampaknya tak ada... ah! Ada seorang. Tapi mukanya huduh betul! Tak pelah... hodoh pun hodoh la... asalkan aku dihargai macam superstar. Malangnya... awek tu cuma menggaru ketiaknya sahaja. Nampaknya karier superstarku berakhir sebelum mekar berbunga.

Aku segera melompat turun ke arah Shaleen. Beliau hanya memakukan pandangannya ke arahku. Aku pun begitu juga. Dari air mukanya aku rasa dia mulai menyedari apa yang sebenarnya berlaku. Mula menyedari akan isi hatiku. Tapi entah la... itu kemungkinan sahaja. Mungkin dia tak paham pun lirik lagu yang kunyanyikan tadi.

Kini pandanganku teralih pula ke arah Syam dan Adrina. Nampaknya Syam yang sibuk menarik tangan buah hatinya itu ke arahku. Buah pel... buah hatinya itu nampak keberatan sungguh!

"Bro! You rule, man! Memang suara you best. Lain kali boleh kita berkaraoke sama-sama. Tentu best." ujar Syam sambil menepuk-nepuk bahuku.

"Aku pun suka dengan suara kau. Tentu best kalau kita berkaraoke satu hari nanti." balasku sambil tersenyum. Syam tergelak dengan gaya teruja. Adrina hanya memakukan renungannya yang tajam ke arahku. Buat paku rumah bagus nih!

"Dengar tak tu, honey? Nanti kita ajak Akmal join sekali berkaraoke... okey?" maklum Syam seraya tertawa dengan jenakanya sendiri. Namun aku hanya tersenyum tawar. Adrina masih berwajah serius merenungku.

"Akmal? Itu nama yang dia bagitau you?" tanya Adrina kepada Syam. Wuih! Nampaknya minah ni cuba membuat tindakan terdesak yang bakal mengancam dirinya sendiri ni! Air mukaku tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutku. Syam juga nampaknya mulai berwajah serius bercampur kehairanan.

"Hah. Yalah. Nama dia Akmal, kan?" tanyanya kembali kepada Adrina. Aku hanya merenung tepat ke arah gadis yang pernah kugilai sebelum ini. Ingin mengetahui apa yang bakal diperkatakan olehnya.

"Ya. Namanya Akmal. Arif Akmal." maklum Adrina. Kini giliran beliau pula meneliti reaksiku. Aku hanya tersenyum. Tapi aku rasa aku gagal menyembunyikan perasaan gembiraku kerana berjaya mengenakan Adrina di dalam permainan ciptaannya sendiri. Pasti perasaan tersebut turut tergambar pada wajahku.

"Arif? Oh maaan... Bro, you ni..." Nampaknya Norhisyam mula menyedari apa yang sedang berlaku.

Mula menyedari bahawa kebarangkalian untuk berlaku perkara seumpama ini adalah satu dalam sejuta. Mula menyedari bahawa kebarangkalian tersebut rupa-rupanya berlaku terhadap dirinya. Reaksi mukanya itu tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Sebenarnya aku yang malas nak tulis. Susah la, siak.

"Nice to know you, Syam. You're alright." ujarku seraya menepuk-nepuk bahu Syam.

Pandanganku dihalakan ke arah Adrina pula. Ke arah gadis yang selama ini telah membuat perancangan rapi untuk menghancurkan hatiku ini. Ke arah gadis yang amat cantik dan lembut pada zahirnya tetapi amat busuk pula hatinya.

Tiada apa yang mampu kukatakan selain hanya tersenyum kelat dan melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepala. Jelas reaksi tersentak Adrina melihatkan tindakanku tadi. Tapi aku tak peduli. Aku tak ingin pun memandangnya lama-lama lagi. Aku mahu menghalakan pandanganku ke arah orang yang benar-benar bertakhta di hatiku. Ke arah orang yang benar-benar kucintai. Ke arah...

Eh? Mana Shaleen? Tadi dia ada kat sini. Dia pergi jamban kot? Tapi aku rasa dia tak sanggup bertentang mata dengan Adrina sementelah mengetahui apakah yang sedang berlaku.

Sekonyong-konyongnya aku ternampak kelibat Wadi dan Nizam yang menuju ke arahku. Aku juga segera menghayun langkah mendekati mereka. Tidak kupedulikan langsung akan Adrina dan Syam yang berada di belakangku.

KALAHWhere stories live. Discover now