31 - Cota

260 6 0
                                    

"Adoooi..."

"Apahal pulak mengeluh sebegitu teruk sekali? Kau berak keluar batu ke tadi?" tanya Wadi dengan nada bergurau. Kemudian tertawa dengan lawaknya sendiri.

"Lancau lu! Aku terserempak dengan Adrina tadi." ujarku. Nizam terkekeh ketawa kali ni. Aik? Macam nak mengampu aku nampak!

"Kau ada masalah dengan Adrina ke?" tanya Nizam setelah menghabiskan baki tawanya. Aku terdiam sebentar. Kemudian sekali lagi mengeluh.

Aku mula membuka cerita kepada kedua orang sahabatku ini. Dan aku pasti mereka akan terlopong mulut mendengarnya...

Malam ini aku kembali kepada hidup normalku. Menunggu giliranku sementara Wadi selesai bermain Counterstrike di komputer riba Nizam. Si buaya tembaga tu pulak sedang sibuk bergayut di handphone sambil melantak Mamee Kari Berapi milikku. Lagu di radio Pensonic kepunyaanku sedang mengalunkan lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek.

Ahh... inilah kehidupanku yang nampak membosankan tetapi sangat selesa. Pun begitu aku masih berasa tidak selesa seperti selalu. Hatiku sedang mengalami kesakitan. Tapi rasanya tak perlu pergi ke hospital sebab yang menikamnya ialah perasaan bersalahku.

Terhadap Adrina dan Shaleen...

"Didididiiit!" Eh? Siapa pulak yang menghantar SMS pada pukul 12 tengah malam ni? Aku segera mendapatkan telefon bimbitku di atas meja belajar dan menelitinya.

"Jengah ke tingkap." Itulah pesanan yang kuterima... dari Adrina! Aku segera meluru ke arah tingkap bilikku. Kelihatan gadis yang kugilai selama ini sedang menungguku di tempat parkir kereta. Jelas kelibatnya itu di bawah sinaran lampu neon hostelku. Di sisinya... Evo!!!

"Shaleen pun ada? Mampus..." ujarku dengan perlahan.

"Itu Adrina, kan?" Baharulah aku tersedar yang Wadi dan Nizam telahpun bersekongkol sama menjengah pandangan keluar tingkap bersamaku. Aku tak menjawab soalan yang sangat ketara akan jawapannya.

"Can both of us meet you?" teriak Adrina. Both? Dah kuagak. Shaleen ada bersamanya. Pasti dia berada di dalam keretanya.

"Both of us? Ooo... Shaleen pun ada sama? Man... you are in deep shit." komen Nizam.

Memang pun aku dalam tahi yang dalam. Hmm... Tahi lembu ke atau tahi ayam? Aku rasa lebih baik tahi lembu sebab tahi ayam mungkin ada virus selsema burung!

"Aku patut pergi tak?" tanyaku kepada Nizam.

"Walaupun nampaknya macam berisiko tinggi, tapi kau memang patut pergi." jawab Nizam.

"Gunakan cota ni kalau nyawa kamu terancam." saran Wadi seraya menghulurkan sebatang cota besi kepadaku.

Kami bertiga tertawa terbahak-bahak dengan lawaknya. Cilakak punya wak Jawa! Masa inilah kau nak buat lawak. Tapi lagi suwey sebab aku ketawa.

"Okey, aku pergi dulu. Tapi kalau apa-apa terjadi kepada aku, aku nak kamu tahu bahawa kamu berdua ni memang bedebah sebab suka melantak mee segera aku tanpa kebenaran." ujarku dengan nada bergurau seolah-olah meninggalkan wasiat. Kami ketawa.

"Be a man. Bite the bullet." ujar Wadi. Uih! Biar betul Wadi yang berkata begitu...

"Waah... Dahsyatnya English kau, Wadi." puji Nizam.

"Mesti la. Ingat aku makan chicken chop selama hari ni untuk tujuan yang sia-sia ke?" Gurauan Wadi sekali lagi membuatkan kami bertiga tertawa. Ahh... lega sikit perasaan kurasakan sekarang.

"Eh, Arip? What the hell are you waiting for? Go! Go now! To boldly go where no man has gone before. May the force be with you."

Hmh... dah mulalah mengarut si Wadi tu. Baik aku pergi sebelum dia mula merojakkan bahasa Inggeris dengan slanga Jawanya itu.

KALAHWhere stories live. Discover now