"Mak cik. Bagi chicken chop satu, ya?" Mak cik kafeteria Fakulti Undang-undang yang biasanya bermuka Umaga (ahli gusti ganas WWE) tak berkelip-kelip memandang Adrina yang kini bertudung dengan comelnya itu.
Jangan kata mak cik tu, aku pun dari tadi pandang tak berkelip sampai naik kering bijik mata. Entah apa mimpi ke demam ke gadis pujaan hatiku ini memakai tudung aku pun tak tau.
Tapi memang sah mengikut penyimpan mohor besar raja-raja bahawa Adrina ni memang cantik. Tak kira free-hair ke, pakai tudung ke... masih cun-melecun sampai melecup bibir aku menyebutnya. Kalau tak pakai apa-apa... LAGI LA CANTEEEK! Hahahaha!!!
"Wah la toi! Loadednya Rina makan chicken chop!" komenku. Adrina yang sedang membelek beberapa 'kueh-mueh' (aku sengaja guna ejaan lama sebab aku syak tu semua kuih-muih semalam) berpaling ke arahku lantas tersenyum.
Hii.. geramnya aku. Ikut hati mau aku curi bibirnya time tengah senyum dan simpan dalam wallet Bonia Petaling Streetku.
"Rina beli untuk awak la..." balasnya kembali seraya ketawa. Aku pun tak tau apa pasal dia ketawa. Kalau pikir-pikirkan kebanyakan iklan kat tv suka tunjuk beberapa orang aweks yang bersembang perkara biasa tapi tiba-tiba ketawa sampai nak terkeluar angin kus-kus. Nasib baik la depa tu cantik. Kalau tak dah lama kena maki kat ruangan SMS di Kosmo!
"Ini sebagai tanda Rina minta maaf. Arif mesti makan, tau? Kalau tak Rina merajuk. Tanak kawan!" ujarnya lagi seraya tertawa lagi. Aku pun ketawa jugak la. Kang dianggap tak sporting pulak. Lagipun kena la hati-hati jangan sampai Adrina kecik hati.
"Okeylah. Asalkan Rina yang bayar." Cilakak! Silap cakap lagi! Apahal la mulut aku kurang asam sangat? Adrina membeliakkan mata dengan gaya "What did you say just now?" ke arahku. Tapi senyuman manisnya masih utuh di bibir.
"Dak! Dak! Maksud saya baguslah kalau Rina yang bayar..." Subhanallah! Salah cakap lagi. Ya Allah, mengapa dengan aku ni? Daripada gaya cool tadi langsung jadi kelam-kelibut dah.
"Haa?" tanya Adrina dengan gaya marah-marah manja. Jari-jemari tangan kanannya mula mencubit lengan kananku. Perbuatannya menambahkan kepanikanku.
"Sorry! Sorry! Saya selalu silap cakap. Rina memang cantik. Itu sebab saya suka Rina belanja."
Dah la... aku memang tak nak bercakap lepas ni. Aku rasa malu betui sekarang. Lepas ni nak belajar kursus bahasa isyarat la. Berapa juta rupiah pun feenya aku sanggup bayar. Tak pun belajar bahasa Banjar. Kurang-kurang kalau silap cakap pun Adrina takkan tau sebab dia bukan keturunan Banjar. Bawak guring sumat!
Adrina sebaliknya melepaskan cubitannya. Kemudian dia memandang ke arah mak cik brutal kembali. Pipinya yang putih mulus tu dah jadi kemerah-merahan sekarang. Senyumannya semakin melebar.
Sungguhpun aku buta kayu pasal bahasa tubuh ompompuan ni, tapi aku cukup tau sekarang yang dia berasa malu mendengarkan kata-kataku tadi. Tapi aku tak tau la pulak sama ada ianya perkara yang baik ataupun tidak.
"Nah." Monolog dalamanku terganggu dek ujaran si mak cik brutal yang sedang mengunjukkan sepinggan chicken chop ke arahku. Mukanya macam jaki je tengok kemesraan aku dengan Adrina. Eleh, mesti dia jeles sebab dia dan laki dia tak mesra macam kami. Muka ganas biawak komodo macam tu manalah suami berani nak bergurau!
Adrina yang masih tak memandangku tiba-tiba menarik lengan bajuku ke arah meja. Walaupun terasa syok, tapi terasa macam aku budak nakal yang tak mahu ke sekolah lantas diseret oleh maknya ke sana. Gasaklah... bahkan kalau dia tabuh bontot aku pun, aiman tak kisah. Oh! Syoknya kena spanking!
"Kenapa Rina pakai tudung hari ni?" tanyaku setelah dua tiga kali suapan makanan masuk ke mulutku. Macam bunyi kertas pertuduhan rasuah pulak!
"Kenapa? Tak boleh ke?" tanya Rina dengan nada macam nak merajuk. Aku serius cakap... sebenarnya aku cukup menyampah kalau pompuan tanya sedemikian rupa.
Malah dalam cerita drama Melayu bersiri pun selalu ada ayat sebegitu rupa. Bahkan aku rasa ramai lagi lelaki dalam dunia ni yang turut bersekongkol pendapat denganku. Tapi sebab hari ni Adrina yang mengungkapkan kata-kata tersebut, aku bersumpah di dalam hati agar tidak lagi membenci para pompuan yang mengungkapkan kata-kata itu lagi. Jadi para aweks semua... berterima kasihlah kepada Adrinaku, ya?
"Taklah kata tak boleh. Rina nampak lagi manis la kalau pakai tudung." balasku yang meniru kata-kata mamat romeo dalam teledera.. eh! Telenovela. Adrina tersenyum malu-malu bak penyu yang comel.
"Tapi kalau pakai tudung saji tak tau la pulak macam mana rupanya." Tiba-tiba sahaja aku spontan mengungkapkan kata-kata tersebut. Adrina yang sedang cuba cover kema... keseganannya dengan menyedut air fresh orange langsung tersedak. Dia kemudian ketawa terbahak-bahak dan 'Pelepak!' tangannya memukul bahu kiriku. Boleh tahan juga jurusnya tu. Pijar jugak terasa di bahuku. Akhirnya setelah beberapa ketika baharulah Adrina cuba menghabiskan baki tawanya.
"Tengok apa awak dah buat. Awak buat saya menangis, tau?" ujarnya seraya tertawa lagi. Kedua tangan Adrina giat menggenyeh mata. Tu dia aih... sampai keluar air mata dia gelak. Kira terer la aku buat lawak. Kami berdua merpati sejoli kemudian bersembang sakan. Cerita makanan aje, bukannya best pun. Namun bukan topik yang jadi ukuran, tetapi siapa lawan sembangnya. Tu yang buat aku rasa bagaikan di sorga tuh....
"Lelaki tadi tu ex-boyfriend Rina." Tiba-tiba Adrina mengubah topiknya. Lelaki tadi? Ooo... malaun cas bagus pagi tadi tu rupanya! Patutlah mesra alam sangat dengan awek di depanku ini.
"Dia buat apa kat Rina tadi sampai Rina nangis?" tanyaku. Ada la selit-selit sikit nada macho campur gangster. Kunun nak jadi pembela la kalau-kalau Adrinaku ini diapa-apakan.
Tiba-tiba otak aku main lagu patriotik lama bertajuk 'Pahlawanku'. Entah Rafeah Buang ke atau Aspalela Abdullah yang nyanyi. Jangan Bandi Amuk sudah...
"Dia nak reconcile balik dengan Rina." jawab Rina seraya tersenyum nakal padaku. Ni mesti nak uji aku tau tak apa maksud 'rekonsail' tu. Nanti sat... rasanya pernah dengar perkataan tu. Ah! Memang pernah! Si Wadi dengan nahu hariannya memang pernah sebut. Kalau tak silap aku maknanya berbaik semula atau berdamai.
"Habis Rina nak berbaik semula ke dengan dia?" tanyaku dengan gaya Sivaji the Boss. Adrina agak terkejut. Keningnya ternaik tanda kagum. Mesti dia tak sangka aku tau maksudnya. Terima kasih, Wadi. Maafkan aku sebab selalu ingat kelaziman kau tu membuang masa.
"Tentulah tak. Dia cinta pertama Rina. Dialah kemanisan dalam hidup Rina. Tapi dia jugalah racun yang menghancurkan hati Rina. Tak mungkin Rina lupa. Sama ada yang baik atau yang buruk."
Fuuyoh! Tercengang aku dengan bait-bait katanya. Memang cukup lembut jiwa awek pujaanku ini. Selembut wajahnya. Ceee... aku pun pandai bermadah jugak!
"Sekarang Rina tak mahu cari lelaki yang pandai berkata-kata. Mulut manis tapi buaya darat selalunya mereka ni." sambung Rina lagi. Aku angguk macam robot burung kakak tua.
"Kalau boleh Rina nak cari boyfriend yang tak pandai bermain kata-kata. Lagi bagus kalau dia selalu silap cakap dan kelam-kabut menyusun kata-kata." ujar Rina lagi seraya melirik mata kepadaku. Kemudian tersenyum.
Spontan kepalaku berhenti mengangguk. Aku bungkam. Kalau tak silap pada firasatku, Adrina sebenarnya sedang bercakap tentangku. Nampaknya kalau dalam undang-undang kontrak dia ni macam buat 'pelawaan untuk membuat tawaran' (invitation to offer). Maknanya dia berkias denganku untuk aku masuk jarum...
Betui ke ni?...
YOU ARE READING
KALAH
DiversosIni cerita tentang aku. Aku lelaki biasa yang memang biasa biasa saje kisahnya. Muka adalah kacuk Shah Rukh Khan sikit, cuma hidung tu tak mancung pipi tersorong-sorong. Saidatul Adrina, gadis impian, gadis pujaan aku. Gadis yang rasanya tak layak u...