30 - Debik

373 5 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, Wadi kembali ke bilik selepas lebih kurang 3 jam keluar minum bersama Nizam. Dia ajak aku ikut sama, tapi aku masih segan lagi.

Lagipun Nizam tak tau yang aku dah berasa kesal serta insaf. Ikut hati nak je nyanyikan lagu nasyid sebagai pengukuhan rasa insafku. Tapi lagu yang ingat cuma Panggilan Haji aje... tak relevanlah! Jadi aku cuma memerap di bilik selama tempoh tersebut. Terbungkang aje di atas katil tanpa menguit sikit pun. Kalau terasa nak kentut aku cuma injak bontot sikit aje agar angin polyaromatic biphenyl lepas.

Aku cuba nak memproses taik mata dan sekaligus memenuhi ruang bilik dengan gema dengkuran, tapi tak berjaya. Hatiku masih berasa runsing sampaikan langsung tak dapat tidur. Punyalah lama aku memerap di atas katil tanpa bergerak. Memang patutnya aku memohon jawatan sebagai penembak hendap (sniper). Tak pun jaga kedai emas.

"Huih! Dari tadi melekat di katil? Kau dah hilang tulang ke?" sindir Wadi sebaik saja dia ternampak aku.

Ewah... baru mintak mahap dah mula nak cari gaduh balik ke? Aku cincang buat rencah Mi Jawa kang baru tau! Aku cuma membalas sindirannya dengan seringai gorilla Optimus Primal. Ganas... tapi berbudi pekerti.

"Aku bertembung dengan Sherina tadi. Dia membebel kat aku pasal kau. Pasal CD lagu MyChemicalRomance." maklum Wadi.

"Apahal pulak! Aku dah pulangkan elok aje... nak komplen apa lagi?" tingkahku.

Sherina adalah rakan satu batch dengan kami. Dia ni gadis kacukan Melayu dengan Pakistan. Cukup suka paksa orang belanja dia makan walaupun duit dalam purse berkepuk-kepuk. Tapi kadang kala dia selalu jugak belanja aku dan Wadi makan aiskrim.

"Elok hapa? Dia kata casing dengan kulit CD tu memanglah MyChemicalRomance. Tapi CD kat dalam tu kau bubuh Hetty Koes Endang pulak!" ujar Wadi. Aik? Apasal dia bengang pulak ni? Sherina dah rasuah dia roti nan ke?

"Aik? Kalau Sherina yang amuk Tok Nading kat aku tu aku boleh faham la... Yang kau ni apasal bunyi macam King Cobra naik angin ni? Kau jadi wakil yang diberikuasa ke?" sindirku.

"CD Hetty Koes Endang tu aku punya, tau tak? Badigol!" jawab Wadi dengan keras. Tapi tidak la serius emosi bengangnya.

Laa... betul jugak! Mana pulak aku boleh dapat CD Hetty Koes Endang kalau tak kerana si Wadi. Aku terbahak-bahak ketawa. Wadi cuma merengus. Lepas itu dia pun turut tertawa.

Tidak seperti selalu, keesokan harinya aku pergi ke fakulti bersama Wadi pada jam lebih kurang 9.50 pagi. Kuliah Undang-Undang Tort kami dijadualkan pada pukul 10.30 nanti. Sengaja aku datang lewat pada hari ini. Seperti biasa, kami terus menuju ke arah kafeteria.

"Yaaa Qadial Hajaat... Ramainya umat! Menyesal pulak pergi lewat hari ni." omel Wadi.

Aku memandang sekeliling, kalau-kalau ada kawan-kawan kami yang tengah makan. Boleh la tumpang makan di meja diorang.

"Alamak..." Itu saja yang mampu aku ucapkan. Kelihatan Adrina sedang memandang ke arahku. Beliau datang awal rupanya! Dapat meja pulak tu... Adrina segera melemparkan pandangannya kembali kepada rakan-rakannya. Isk.. Aku dah agak dah... Dia pasti masih marah lagi padaku.

Eh? Mana pulak si Wadi ni. Tadi elok-elok ada kat sebelahku tiba-tiba 'David Blaine' pulak.

"Rip!" Teriakan tersebut mengejutkanku. Laa... Tu dia tengah memeras dua orang junior rupanya. Aku segera pergi ke arah meja yang dikongsi secara paksa itu. Muka kedua-dua junior aku tu kesat kulit cempedak aje... Tak puas hatilah tu...

Setelah beberapa minit kemudian kedua-dua junior yang cuma minum air sahaja itu meminta diri untuk berambus dari meja kami. Aku dan Wadi tergelak. Yalah, dah tau cuma minum aje, janganlah lepak lama-lama sedangkan ramai orang yang nak makan tak dapat tempat duduk. Aku cukup pantang dengan spesis manusia macam ni. Jenis pikir diri sendiri aje dan tak pedulikan perasaan orang lain. Banyak kategori manusia jenis ini. Antaranya ialah kategori yang tak menutup telefon bimbit atau menggunakannya masa filem tengah berlangsung dalam panggung. Aku rasa itulah antara punca ramai orang lebih senang membeli DVD cetak rompak dari pergi menonton di panggung. Mereka tak mahukan gangguan semacam itu dan cuma nak tonton sekali dua aje.

KALAHWhere stories live. Discover now