22 - Nice!

375 6 0
                                    

Sudah seminggu lamanya semenjak insiden aku, Wadi dan Nizam membawa haluan masing-masing. Kami masih tak bertegur sapa lagi setakat ini. Malah beri jelingan Chang Hon Nam pun setakat ni pun masih belum lagi.

Bila dipikirkan balik, aku tahu aku dah terlalu melampau dalam berkata-kata haritu. Bila mengenangkan kebaikan serta jasa yang pernah Nizam buat untukku, perutku bertambah senak dan emosiku, bertambah tension! Mungkin aku patut tidur untuk meredakan rasa tak seronok ini.
Jenuh aku lip-lap mata sambil tonggang-tonggek buntut. Masih sukar lelapkan mata juga sungguhpun bilikku dah serupa markas Batman gelapnya.

Kipas silingku dah tahap helikopter Apache berpusingnya. Tapi aku tetap berasa rimas dan hangat. Pukui berapa dah gamaknya sekarang ni? Aku teraba-raba dalam kegelapan mencari handphone. Sebab ada jam dan bercahaya pulak tu. Tanganku tiba-tiba tercapai sesuatu yang lembut dan sejuk. Eh? Apa ni? Rasa-rasanya spenda.

Tapi aku dah basuh semua spenda aku...
Cih! Cih! Ini mesti si Wadi punya! Haritu dia merungut spendanya yang masih belum dibasuh dah hilang sehelai. Kucampakkan spenda Wadi ke arah tilamnya. Harapnya kenalah muka Jawa Gulahai tu!

"Ni hah spenda busuk kau!" ujarku sebelum cuba untuk tertawa.

Tapi tak jadi nak berbuat begitu sebab barulah aku teringat bahawa hanya aku seorang saja di dalam bilik ini. ARRGHH!!! Tensionnya akuuuu!!

Esoknya dalam bilik kuliah, muka aku monyok aje. Kuliah Administration Law langsung tak menarik perhatian hari ni. Kalau dipikir-pikirkan, memang subjek Administration Law ni bosan nak mati pun.

Hmm... entah apa la encik Latiff tengah potpet kat depan tuh... Pehtu asyik bercerita kat ompompuan pulak tu. Hii.. padan muka bebudak pompuan yang duduk kat depan tu kena percikan taik gigi encik Latiff. Bau burger basi... uweek!

Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku memandang ke sisi kananku. Eh? Bila Adrina duduk di sebelahku pulak ni?

Aku pun terus memandang ke arahnya. Hii... comel betui senyumannya. Cair meleleh bulu ketiak aku dalam lautan asmara dibuatnya! Kemudian pandanganku tertumpu ke arah tangan Adrina yang sedang memegang secebis kertas, diunjukkan kepadaku. Aku mengambil kertas tu dan segera membeleknya.

"Hi Arif... what's wrong with you?"

Itulah tulisan yang tertera pada cebisan kertas itu. Aku pun mula mengoyakkan secebis kertas foolscap milikku dan mula mencoret. Pehtu aku tunjukkan kepada Adrina. Dia segera menyambutnya.

"Semalam saya tergagau spenda Wadi yang belum berbasuh lagi. Tu yang sampai la ni rasa seram sejuk ke tulang sumsum tu..." Itulah yang ku tulis.

Adrina hampir terbelahak ketawa membacanya. Eleh, bukan kelakar sangat pun. Pehtu dia pun mula mencarik kertas lagi untuk menulis mesej kepadaku.

"Eii gelinya! Tell me da truth, pls... :( " tulisnya.

"Masih sedih lagi... Tapi cerita spenda tu mmg betui, tau? Memang geli pun. Tapi kalau Angelina Jolie punya baru la syok!" tulisku pula. Adrina tersenyum lebar. Kemudian dia kembali membalas.

"I feel your pain. If it makes you feel better, how bout having mine instead of Angelina Jolie's?" balasnya.

Aku yang suam-suam kuku mood tetiba mencodak terkejut. Biar betui minah ni! Dia nak bagi panty dia kat aku?

"Leng Loi... biar betui... Saya mintak betui-betui kang!" balasku. Adrina tersengguk-sengguk menahan tawa.

"Eiii... Awak ni geli betuilah! Tak malu nak Rina punya." balasnya.

Aku membacanya dengan gaya geram si Sarip Dol dalam cerita Bujang Lapok. Cilakak! Berani dah nak sembang ala-ala meransang nih!

"Tanak cerita hal tu lagi. Kang keluo darah dari lubang idung." balasku. Adrina memekup muka untuk menahan tawa.

"Okay... sorry 2 tease you. But I'm wearing purpled satin today. It makes me feel more feminine and delicate."

Itulah yang ditulis oleh Adrina. Aku rasa seolah-olah darah dipam dari jantung naik ke muka aku pada kadar 20,000 km/sj! Kalau cerita kartun mesti dah keluar wap stim dari kedua lubang telinga dan hidungku. WOO-WOOOO!!!

"Kejamnya dikau menyeksa gelodak darah mudaku. Uhuk. Ultraman Taro... Heeelp!" balasku.

Adrina sekali lagi menyengguk menahan tawa. Kemudian buat kesekian kalinya dia mencoret dan kemudian memberi cebisan kertas baharu kepadaku.

"If you're really passionate about me, be kind and compassionate to me... and I'll fully surrender myself to you. You can have me... and do anything you want to with me. ANYTHING."

Itulah yang ditulis oleh Adrina kepadaku. Aku tergamam. Badanku benar-benar rasa panas sekarang. Hela nafasku menjadi singkat. Bola romaku meremang. Tiba-tiba aku berasa tanganku disentuh dengan sesuatu yang hangat. Aku memandang ke arah tanganku yang berada di sisi pahaku. Rupa-rupanya tangan Adrina yang memegang erat tanganku.

Aku memandang ke arah Adrina pula. Gadis impianku yang jelita lagi menawan sedang memandangku sambil tersenyum. Pipinya yang putih mulus kini menjadi kemerah-merahan.

Hoh shit! Tadi rupa-rupanya sedang melalui pengalaman seksual yang luar biasa dengan Adrina. Hanya dengan kata-kata sahaja Adrina berjaya membuatkan aku jadi hampir gila. Memang dahsyat gadis di depanku ini. Aku pasti ramai yang melalui pengalaman macam aku nih. Tapi mungkin dalam bentuk yang lain.

"Nice... Hehehe..."

"Apa yang nice, Arif?" Tiba-tiba baharulah aku sedar yang aku tercakap kuat sekali lagi. Kini aku menjadi sasaran encik Latiff burger basi pula.

"Err... apa yang encik Latiff cakap tadi tu benar-benar nice." jawabku dalam keadaan tergagap. Aku pun tak tau apa yang dia cakap. Bantai ajelah!

"Biar betul awak ni! Saya bercerita pasal menunda hari tutorial. Apa yang nice sangat?" tanya encik Latiff dengan nada sinis. Seperti yang kujangkakan, satu kelas terbahak-bahak mentertawakan aku.

KALAHWhere stories live. Discover now