"Habis, kau tak mahu makan dulu ke? Aku kan ada gastrik," balasku.
Wadi menganggukkan kepala tanda mengalah. Kami berbondong-bondong menuju ke arah kafeteria yang terletak lebih kurang 17 langkah gajah dari bilik kuliah. Tatkala sampai di sana, aku nampak ada dekat 10 orang student yang tengah beratur untuk mengambil makanan. Biasalah, self-service.
"Huh, tak ada menu lain ke? Asyik menu yang samaaaa aje. Menyesal aku muda-muda dulu tak belajar memasak dengan mak aku," rungut Wadi.
Mak cik pemilik kafeteria yang berdiri tak jauh dari kami menjeling. Tapi bukanlah pandang-pandang jeling-jeling macam Siti Nurhaliza tu. Ini jeling berserta dengan aura bunuh sekali ni!
"Ooo... Sekarang kau dah tua la, ya? Patut la lembap sangat nak bangun pagi," tempelakku. Wadi tergelak. Aku pun begitu juga. Begitulah cara kami bersahabat. Memang mulut jenis tak ada polisi insurans kemalangan diri langsung. Al-maklumlah, bakal nak jadi lawyer!
Setelah memilih makanan murah-murah kami pun sibuklah mencari meja kosong pulak. Mujur juga aku memaksa Wadi datang awal hari ni. Banyak lagi meja kosong yang tiada bersisa makanan. Betullah bak kata atuk aku : The early bird gets the worm. Kalau Karam Singh Walia pulak : Bagaikan pungguk ternampak anak bulan Ramadhan.
Sedang aku begitu asyik menyiat popia goreng dengan gigi, bahuku terasa dicuit mesra. Chewah! Macam teman tapi mesra pulak! Tapi yang lecehnya bukan si Mulan bermuka Indon kacukan Belanda di sisi aku. Tapi si Wadi yang bemuka Melayu kacukan Jawa la pulak!
"Apahal?" tanyaku. Teman tapi tak mesra. Kasar kertas pasir lagi.
"Tu," jawab Wadi seraya memuncungkan mulutnya ke arah Barat Daya. Longitud 120 darjah dan Latitud 35 darjah. Macam betul! Aku kelentong aje la! Hahaha! Aku pun berpaling ke arah muncungan Wadi.
"Adrina..." Itu aje la yang aku mampu katakan. Tau-tau aje suara hati aku memainkan lagu Kenangan Terindah dari Samsons. Kira setiap kali aku ternampak kelibat dia memang lagu itulah bergema di dalam sanubari. Kira salah satu soundtrack dalam cerita ini la.
"Dah mula dah," komen Wadi. Aku buat-buat tak dengar aje sindirannya. Tumpuan dan perhatianku seratus peratus kepada gadis yang baru saja datang ke kafeteria.
Saidatul Adrina : Dialah gadis yang tercantik di Fakulti Undang-Undang dan paling popular sekali. Aku kira lelaki di UNISAS yang nak mengorat dia jauh lebih ramai dari barisan student yang sedang mengambil makanan di kafeteria ni. Aku pun salah seorang yang diam-diam menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun kami satu batch, aku tak pernah walau sekali menegur atau bercakap dengannya. Apatah lagi nak mengajaknya berdating. Entah apa la malang nasib aku tak pernah disatukan dengan Adrina di dalam setiap assignment group. Tak pelah, bagi aku asalkan Adrina menghadiahkan senyuman walau sekali kepadaku pun dah memadai. Tak de la aku mati celik.
Tiba-tiba Adrina menoleh ke arahku. Buat julung-julung kalinya! Aku yang begitu terkejut dengan situasi sekarang spontan menundukkan muka. Setelah beberapa ketika aku mendongak ke arahnya balik. Alamak! Dia masih memandang aku! Tunduk balik! Tunduk balik! Alert! Alert! Dive-Dive-Dive! Apasal pulak la dia masih pandang aku? Aku nak pandang muka kau la Adrina... pi la pandang tempat lain! Okey, dua puluh harakat dah berlalu. Sahih dia dah pandang tempat lain. Angkat kepala perlahan-lahan. Satu-dua... satu...
Dia masih pandang ke arah aku! Nanti kejap. Mustahil dia tengah merenung aku. Tentu ada mamat handsome mana yang si Adrina tengah check-out kat belakang aku ni. Aku pun toleh ke belakang. Tak ada sesiapa di belakang aku. Cuma meja kosong aje. Aku kembali menoleh ke arah Adrina. Kali ni Adrina tersenyum. Matanya masih terkunci ke arahku. Pada masa itu aku rasa masa seolah-olah terhenti. Atau mungkin juga aku yang tergamam tak menguit sebab terpana dengan senyuman gadis idaman aku.
Aku tau yang masa takkan terhenti selama-lamanya di saat ini walaupun aku harap begitu dan lagipun test minggu depan! -..- Sekurang-kurangnya aku tak akan mati celik nanti pun kira okey la tu.
YOU ARE READING
KALAH
RandomIni cerita tentang aku. Aku lelaki biasa yang memang biasa biasa saje kisahnya. Muka adalah kacuk Shah Rukh Khan sikit, cuma hidung tu tak mancung pipi tersorong-sorong. Saidatul Adrina, gadis impian, gadis pujaan aku. Gadis yang rasanya tak layak u...