35 - Air Liur Basi

308 8 5
                                    

"Dididididiii..."

"Didididi...."

Aduuuiii... payahnya mata aku nak dibuka. Macam ada gam UHU kat antara kedua kelopak mata. Ni Nizam punya pasal la ni. Entah pukui berapa kami balik ke hostel, aku pun tak tau. Tapi memang nampak la daun-daun kat hostel tu dipenuhi dengan manik-manik embun bila kami balik.

Embun jantan kot? Tak tau pulak aku embun pun ada jantan betina. Tak pernah aku nampak ada embun yang pakai seluar dan ada yang pakai skirt. Ahahah... sempat pulak buat lawak dan gelak sendiri. Lawak basi. Bukan, lawak air liur basi...

"Dididiiii...."

Siapa pulak la yang khusyuk dan tawaddho' bebeno menelefon pepagi buta ni? Apa tak tau ke...

Wargh!!! Dah pukui sepuluh pagi rupanya! Kuliah start pukul lapan setengah tadi! Mampuih la... Aku memandang sekeliling. Hmh! Rupa-rupanya dua ekor balau tu tengah sedap menjanakan air liur basi lagi. Nampak gayanya kami bertiga Three Stooges memonteng kuliah la hari ni. Lega... ada geng ponteng kuliah. Macam Geng Bas Sekolah pulak...

"Didiididiiii...." Aku kali ini segera mencapai telefon selularku. Serta-merta perasaan mengantuk yang menyelimuti rasionalku lenyap. Berganti pulak rasa berdebar-debar sampai naik sakit dada.

"Hello?..."

"Whoi! Kanapa tak angkak cepat-cepat?"

Begitulah pekikan yang bergema pada corong telefonku. Dengan nahu yang Jinjang di tahap maksimum, tentu para pembaca yang budiman dapat mengagak siapakah orangnya.

"Nak apa, Shaleen?" tanyaku. Perasaan mengantuk kembali perlahan-lahan menguasai diri. Hampir tujuh malam aku dan Wadi diheret ke tempat-tempat bersosial oleh Nizam. Menyampah betui rasanya. Tapi dalam masa yang sama aku tak mahu diperbodoh-bodohkan bila bertandang ke party Adrina kelak.

"Phei! Is that how you greet your sweetheart?" Sekali lagi teriakan Shaleen bergema di kokleaku. Dah sweetheart pulaaak... Dia ni dah tau ke yang aku tengah feeling maut kat dia ni?

"Hmm... Ye... Ye... Hello gorgeous.... beautiful... intaaan.... nyawaaa...." balasku.
"Hmh! Now you're being sarcastic." tempelak Shaleen. Aku tak paham betui perangai ompompuan ni. Kalau angin senggugut tu dah tak betui, apa pun cakap jadi tak betui.

"Sorry, amoi. Aku... huaaaa.... ngantuk lagi ni." ujarku.

"You sakit?" tanyanya. Jelas nada kerisauan pada tonasinya.

"Taklah. Aku betui-betui mengantuk ni. Lagipun kalau aku sakit kan bagus? Tak payahlah pergi ke party Adrina. Kau pun memang tak bagi aku pergi, kan?" balasku.

"I'm worried about you and what do I get? You, being a jerk to me." Alamaak... memang sohih la tengah datang bulan ni. Dah nak mengamuk pulaaak...

"Shaleen..."

Senyap tak bersambut. Aku tengok skrin telefonku. Ah! Ada lagi dia online.

"Shaleen... Aku minta maaf. I'm a jerk... again. I'm really sorry. Fikiran aku betui-betui kusut ni. I feel like losing myself. Sorry, ya?" pintaku dengan bersungguh-sungguh kali ni. Yalah, nanti kalau bergaduh balik makin bertambah runsing aku.

"Shaleen?" Seruanku tak berjawab.

"Sha-" Belum sempat aku menghabiskan perkataanku, Shaleen tergelak berdekah-dekah.

"Ooo... mainkan aku, ya?" ujarku. Tawa manja Shaleen masih kedengaran.

"Tau taqooot. Serves you right!" ujarnya.

Nak tergelak aku mendengar cara dia menyebut 'takut' tadi. Macam bunyi Dalai Lama mintak makan. Aku malas nak kata apa-apa lagi. Cuma membalasnya dengan bunyi nguapanku.

KALAHWhere stories live. Discover now