23 - Bersalah

312 5 0
                                    

"Uih..." Nyaris-nyaris aku nak terlanggar Wadi dan Nizam tatkala kami bertembung di selekoh bangunan surau. Bahaya betuilah! Patutnya Samy Vellu pacak sebatang traffic light kat sini.

Ketiga-tiga kami terhenti sejenak. Keadaan begitu hening sekali hinggakan terserlah bunyi deruan angin. Eh! Bukan anginlah... peti air-cond! Patut kuat bebeno bunyinya!

Tanpa berkata sepatah pun aku terus melangkah melepasi mereka. Entah pasal apa time ni boleh pulak teringat lagu "Langkah... ini... terasa terhenti-henti... depan kelabuuu... pedih memiluuuu... masa bukan lagi..." Oih! Udah la tu! Aku dah lupa sapa yang nyanyikan lagu tu. Fadzilah Kamsah kot?

Aku tak perasan langsung ekpresi wajah mereka sebab aku tundukkan saja mukaku. Entah depa tergamam ke... entah tengah cabut bulu pusat ke... Perasaanku kini bercampur-baur. Marah lagi pun ada... rasa bersalah pun ada... rasa nak jadi Justirizer pun ada sket-sket juga... Bertukar!

Semenjak insiden mesej yang meransangkan sanubari lima hari lepas, hubungan aku dan Adrina semakin rapat dan mesra. Biarpun ribut badai takkan dapat memisahkan kami berdua! Chewah... macam real!

Tapi kebanyakan cerita novel cinta kembang tekak tulih macam itu. Jadi aku follow-me je la. Tapi setakat ni kami tak pernah mengungkapkan I lap yu, yu lap mi pun. Kalau ikut ramalan bintang Nebula Kuda kepang bercicahkan sos tiram memang nampak sangat Adrina sukakan aku. Tapi adakah mencecah ke tahap cinta? Atau cuma teman tapi mesra ah! ah! ah! sahaja?

"Hai handsome!" Suara manja yang kutunggu-tunggu akhirnya membelai cupingku.

Aku memaling ke arah si empunya suara. Saidatul Adrina. Gadis impianku. Yang menjadi igauanku selama ini. Yang membuatkanku berak tak lena, kencing tak basah dan kentut tak kenyang.

Kini impianku untuk memiliki si rupawan ini hampir menjadi kenyataan. Kiiini gemilang itu semakin payah ku genggaaam.... Spenda in the eyes of the woooorld....

Malah dipujinya aku secukup rasa pulak tu. Mulalah rasa bangga. Ianya adalah suatu perasaan bangga yang dizahirkan dengan batuk yang mengada-ngada. Untuk maklumat lanjut sila layari dabliu-dabliu-dabliu dot kom dot mai. Atau hubungi kami di talian yang tertera di atas. Atau kunjungi kami di gerai-gerai pisang goreng yang berdekatan.

"Hello beautiful!" tegurku pula. Chewah! Skang dah konfiden komunis dah nak menegur Adrina. Nampaknya keyakinanku di kalangan awek lawa semakin bertambah mantap dan rangup. Skang aku baru paham napa Nizam si buaya darat, semakin lama semakin handal mengorat aweks tahap Maya Karin nih...

Nizam...

Keceriaanku tiba-tiba mati. Entah napa aku teringat pada Nizam tiba-tiba. Mungkinkah kerana sebenarnya aku rasa bersalah pada dia? Mana boleh! Dia yang kutuk Adrina dulu. Dia sebenarnya dengkikan aku. Memang dengki. Dan lagi... dan lagi... dan lagi...

"Hey... what's with the sudden expression?" tanya Adrina yang menyedari perubahan ayer mukaku. Aiseh! Kena cover line. Aku tak mau buat Adrina sedih lagi...

"Saya tengah tahan kentut." jawabku. Adrina terus menderaikan bibit tawanya.

"Eii! Tak senonoh!" ujar Adrina sambil memicit hidungnya. Aku turut ketawa. Ketawa untuk menyembunyikan perasaan sebenarku.

Tak jemu-jemu kurasakan bersembang dengan Adrina. Setiap topik pun terasa cukup menarik. Cerita pasal stokin dia yang tak berbasuh seminggu pun begitu mengujakan sekali.

Naik sakit tetek aku sebab terlalu banyak ketawa. Bukan le lawak sangat pun jenaka Adrina tu. Tapi biasa la bila awek lawa melawak. Kalau muka pecah batu nesan tu tak hingin pun aku walau untuk tersenyum.
"Awak sebenarnya tak rasa happy, kan?" tanyanya tiba-tiba.

"Apa?" tanyaku sebab aku mengelamun tadi. Terhenti lamunaaan.... bila ku dikejutkan...

"Rina nampak Arif terserempak dengan Aswadi dan Nizam tadi. Mesti emosi Arif masih lagi terganggu." serkap jarang beliau nampaknya mengena.

Aku bungkam. Terer betui awek nih. Elok bebeno kalau kerja dengan Jabatan Ramalan Kaji Cuaca. Tak pun kat race course!

"Memang ada rasa tak syok sikit. Tapi mujur Rina ada menghiburkan hati saya." ujarku untuk menyedapkan hatinya.

"Ooo... Kira Rina ni badut sarkis la, ya? Menghiburkan hati awak!" ujar Adrina dengan nada merajuk ala-ala kucing Burma tak dapat makan. Aku tertawa.

"Rina tau cara nak bagi awak betul-betul happy." katanya pula.

"Hmm... otak daku mulai terfikir perkara-perkara yang nyam-nyam." ujarku secara bergurau. Tapi sebenarnya memang aku dah terfikir gitu pun... Adrina mencubit lengan kananku dengan kejap.

"Tak senonoh! Tak maluuuu!" teriaknya. Aku mengaduh seraya tertawa.

"Okey! Okey! Askar Jerman serenda. Apa cara Rina nak bagi saya happy?" tanyaku.

"Malam ni Rina nak pergi berkaraoke dengan Hanani, Shaleen, Amilia dan Raihana. Arif nak ikut?" pelawanya. Aku terdiam. Berat betui rasanya nak join dengan kengkawannya yang elit tu.

"Alaa... jomlah. Arif tak sukakan diorang ke?" tanya Adrina. Aku menggelengkan kepala.

"Kecuali Shaleen, saya rasa tak selesa dengan diorang sebab diorang tu nampak macam anak orang golongan elit aje." ujarku untuk menjawab telahan gadis di hadapanku ini.

"Taaak... Diorang tu okey. Trust me. Jomlah, Arif. Pleaaaaaaseee..." Alamaaak... alapaaak... allagapaaas... Ni yang cair nih bila mendengarkan pujukan membaham benua 70 petala langit daripada Adrina!

********

"Ladies... look who's hereeee..." keempat-empat perempuan yang keseksiannya mampu meruntuhkan tembok iman tok siak masjid al-Jabbar segera berpaling tatakala ditegur oleh Adrina. Aiseh! Tak puas aku meng-usha panorama yang menarik dari belakang mereka. Teeheheee...

"Booo! Bawak boyfriend la pulaaaak!" kutuk Raihana. Amilia dan Hanani turut mengeboo. Adrina tertawa. Aku tersenyum monyeh-monyeh. Tau-tau aje Shaleen dah mendekatiku.

"Rina!" serunya dengan agak lantang untuk melawan hingar-bingar bunyi suara sumbang dari bilik karaoke berdekatan.

"Hmm?" tanya Adrina.

"Is Arif your boyfriend now?" pertanyaan Shaleen benar-benar mengejutkanku sehingga rasa tercekik urat kentut.

Adrina tergamam. Dan apabila kembali pulih, beliau nampak serba-salah untuk menjawabnya. Kelima-lima kami terdiam dek soalan kamikaze Shaleen tadi.

"Well... since you're not answering.... Hai Ariiif!" Tiba-tiba aje Shaleen menegurku dengan manja lantas memelukku dengan seerat-eratnya. Macam seorang gadis yang merindukan kekasihnya.

Kelima-lima kami kini tercengang dek perbuatan kamikaze Shaleen sekarang...

KALAHWhere stories live. Discover now