Adrina pasti menyesal sekarang sebab mengajakku menyertai beliau dan rakan-rakan seksinya berkaraoke.
Perasaan tersebut jelas terpapar di raut wajahnya semenjak aku memuji kelunakan suara seorang gadis yang selama ini kusangkakan hanya pandai mencarut sahaja. Malah cukup ketara kami berdua yang menguasai suasana di dalam bilik karaoke tersebut yang sekaligus membuatkan para peserta program realiti lain berasa kecil serta kerdil.
Setelah berkaraoke, Hanani mengajak kami semua ke bistro untuk yamcha pula. Sepanjang perjalanan ke sana, Adrina lebih banyak menyepikan diri. Kalau gelak pun nampak macam berlakon aje. Jangan harap la Tiara Jaquelina nak ambil berlakon teater kalau gini gaya lakonannya.
Aku berasa buat julung-julung kalinya gadis tercantik dan terpopular dalam kumpulannya ini berasa tergugat dengan seseorang yang selama ini mungkin tidak langsung diendahkan kehebatannya. Aku mulai terfikir sekarang bahawa kalaulah Shaleen seorang gadis normal yang tidak menghambat gadis lain untuk mendapatkan cintanya, sudah tentu Adrina akan berasa cukup tercabar dari dahulu lagi.
"Kita dah sampai!" teriakan Amilia yang penuh dengan gema emosi teruja mengejutkan lamunanku. Uih... penuh lampu warna-warni bistro tersebut. Cantik betui.
Pun begitu aku tak ambil pusing pun untuk meneliti namanya kerana bebola mataku sedang giat mencakup kelibat anak-anak gadis seksi yang keluar masuk di bistro tersebut. Dahsyat betui pakaian diorang. Macam nak masuk gusti WWE la pulak!
"Hanani... Amilia, korang turun dulu. Rina temankan Arif, ya?" pinta Adrina kepadaku yang kini memarkirkan kereta di hadapan bistro warna-warni tersebut. Hanani kelihatan agak terkejut dengan permintaan Adrina. Namun beliau sempat menghiasi wajahnya dengan senyuman mengusik sebelum keluar daripada kereta. Mitsubishi Evo milik Shaleen yang berada di belakangku turut berhenti untuk menurunkan Raihana.
Wooo... I see.... Rupa-rupanya Adrina tanak aku dan Shaleen sama-sama bertemu lepas memarkirkan kereta kami di tempat yang disediakan. Eiii... Adrina jeleeesss.... Sukanya aku awek secantik dia berasa jeles demi keranaku!
Setelah berpusing-pusing beberapa ketika, akhirnya aku dapat juga memarkirkan keretaku. Evo Shaleen masih terkial-kial mencari tempat parkir.
"Jom Arif." ajak Adrina dengan nada kurang sabar setelah melihatkan aku yang masih tercangak-cangak di situ.
"Eh, tunggu le amoi carut tu." ujarku yang memprotes sikap Adrina itu. Aparra tak nak tunggu member. Aku takkan sanggup blah gitu aje tinggalkan Nizam dan Wadi, err Nizam dan Wadi bukan member aku lagi....
Malah aku pun tergamak tinggalkan mereka..."Alaaa... Shaleen tu tau la nak cari kita nanti. Jom la Ariiif...." rengek Adrina seraya menarik lengan kananku dan memautnya. Aku yang kini berkecamuk menurut sahaja tanpa protes. Kalau dia seret aku ke lorong gelap dan cabul aku pun aku hanya berserah dan pasrah. Hahahaha... Eh! Patutnya aku sedih la! Okey... sedih!
Udara di dalam bistro tersebut bercampur-gaul dengan asap rokok, aroma peluh, bau perfume serta bau pelik yang agak masam. Aku agak-agak mungkin bau arak kot? Aku heran jugak kenapa orang nak togok arak. Baunya udah le macam air tebu basi. Pehtu buat orang sakit kepala dan termuntah-muntah pulak tu. Kalau gitu baik cium aje ketiak Pak Lang aku lepas dia balik dari kebun sawit. Udah le free, dapat kick yang sama pulak tu. Siap boleh muntah hijau lagi... lebih ekstrem!
Tapi yang amat menarik perhatian aku ialah ada band yang menyanyi secara live dalam bistro tersebut. Ada awek comel kecik-miut sorang-sorang nyanyi diiringi oleh tiga orang lagi ahli band. Dia nyanyi lagu Jaclyn Victor berjudul "Di Bawah Pohon Asmara". Lagu rancak tersebut berjaya memanaskan suasana di dalam bistro hinggakan beberapa pengunjung mula menari-nari dengan gaya ntah hapa hapa ntah.
"Haa! Diorang duduk kat sana!" ujar Adrina dengan kuat seraya segera menarikku ke arah Hanani, Amilia dan Raihana yang giat melambai kami berdua. Dalam keadaan yang agak sesak itu agak sukar juga untuk kami bergerak ke arah destinasi yang ditujui. Jari-jemari gadis impianku itu masih kejap memegang tanganku seolah-olah bimbang aku akan dipaut oleh tangan lembut yang lain. Maksud aku si Shaleen la... bukan Auw-Auw!
"Tempat ni best, tau?" ujar Amilia dengan lantang untuk mengatasi bunyi muzik tatkala kami tiba di meja mereka. Memang betul cakapnya. Awek penyanyi yang cute tu memang sedap suaranya. Beberapa ketika kemudian seorang gadis yang agak seksi datang menghampiri kami.
"Hello! You all dah order?" tanyanya. Senyuman manis lagi mesra tidak kunjung padam dari bibir merahnya.
"I'll have Tiger Ice." Itulah ayat yang terpacul dari bibir Hanani. Arak? Aku salah dengar ke? Atau salah faham maksudnya? Tapi ikut pemahaman aku berdasarkan teori perubatan ayurvedha, Hanani baharu sahaja memesan sebotoi arak."Make it two." ujar Amilia pula. Oro? Takkanlah... Amilia pun sama? Takkan arak kot? Agaknya nama air special tempat ni kot? Macam Happy Meal kat MacDonald's.
"I want Anchor. And make her a Bloody Mary, okay?" pesan Raihana pula. Anchor? Bloody Mary? Itupun nama arak, kan?
"Alhamdulillah... akhirnya kau ingat jugak, ya?" ujar Adrina seraya tertawa. Aku semakin terkejut. Tubuhku tiba-tiba berasa sejuk dan kurang enak. Adrina? Gadis idamanku? Apakah gerangan halnya yang sedang berlaku ni? Aku mungkin bermimpi kot? Harapnya aku bermimpi la...
"Abang hensem nak order apa?" tanya pelayan seksi tadi. Sorakan Adrina dan kawan-kawannya mengejutkan diriku yang sedang berasa kurang selesa dengan perkataan 'Alhamdulillah' yang disalahguna sebentar tadi oleh gadis idamanku.
"Saya tak minum liquor. Ada benda lain tak?" tanyaku dengan perasaan malu. Pasai apa pulak aku rasa malu? Sejak bila pulak kalau tak minum arak maknanya tak cool? Tapi gitulah perasaanku buat masa ni. Rasa rendah diri. Rasa tak elit. Rasa macam pak cik yang kolot. Tapi aku tak mau minum araaaaak!!! Jadi mabuk sepuluh tiang sebab minum arak bukannya cool pun!
"Tentulah ada. You can order Coke... or perhaps ice lemon tea?" maklum gadis tersebut dengan sopan. Mungkin dia dah biasa jumpa orang macam aku yang pura-pura hip dan happening tapi dah rasa intimidated bila member-member pompuan order arak.
"Ice blended coffee ada?" tanyaku. Gadis seksi berbangsa Melayu yang sehasta tebal mekap di wajahnya meriakkan senyuman. Alamak! Tak de ke? Aib, siulll...
"Ada. Abang nak taruk krim atau tak nak?" tanya gadis tersebut lagi.
Tiba-tiba bahuku terasa dihentak dengan sesuatu.
"Fuckers! Y'all left me alone high and dry outside! I ought to kick your asses. All of you!" Teriakan bengang Shaleen tiba-tiba mematikan niatku untuk menjawab pertanyaan pelayan tersebut. Amoi carut ni sempat menembi belakangku sekali lagi untuk melepaskan geramnya. Sakit la, bodoh! Tapi memang salahku sebab menuruti kata-kata Adrina meninggalkan Shaleen tadi.
"Alah, small matter la amoi. Janganlah marah. I belanja, okay?" pujuk Amilia. Baharulah pompuan suku cawan tu nak bertenang.
"So, abang?" tanya pelayan tadi dengan senyuman manis yang masih bertampuk di bibir sungguhpun telah dipotong patah katanya dengan cara biadap oleh Shaleen tadi.
"Bubuh krim, ya?" pintaku.
"Miss?" tanya pelayan tersebut yang ditujukan kepada Shaleen pula.
"Ice lemon tea, thank you." pesan Shaleen. Aku tergamam mendengarkan pesanan beliau. Shaleen membalas renunganku ke arahnya dengan perasaan hairan bercampur tersinggung.
"What? I don't drink, period! Being drunk is not cool at all. Besides, ice lemon tea is my fuckin' favourite drink. So sue me!" ujarnya.
Shaleen mengungkapkan kata-kata yang hanya bermain di fikiranku sebentar tadi. Kenapa ni? Kenapa Shaleen yang non-Muslim lebih 'terpelihara' daripada ketiga-tiga pompuan yang berada di depan mataku ini?Malah aku tiba-tiba teringatkan klip-klip lucah dalam handphone yang aku tengok selama ni. Majoritinya gadis Melayu. Beragama Islam. Begitu juga dengan minah-minah rempit yang rosak akhlaknya. Berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kalau dicongak-congak, terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa gadis Melayu yang beragama Islam sekarang kini telah rosak perilakunya. Bukankah Islam adalah agama yang terbaik? Apa dah jadi ni?
Entah mengapa benakku tiba-tiba berharap agar bila kahwin nanti aku dikurniakan anak lelaki sahaja. Aku tahu tak baik berdoa begitu. Tapi melihatkan anak-anak gadis bertiga di hadapanku yang begitu selamba memesan arak tadi membuatkan aku menjadi takut tiba-tiba.
YOU ARE READING
KALAH
عشوائيIni cerita tentang aku. Aku lelaki biasa yang memang biasa biasa saje kisahnya. Muka adalah kacuk Shah Rukh Khan sikit, cuma hidung tu tak mancung pipi tersorong-sorong. Saidatul Adrina, gadis impian, gadis pujaan aku. Gadis yang rasanya tak layak u...