3 - Mimpi Basah

928 9 3
                                    

"Wadi, baju-baju kau ni bila nak basuh? Aku dah nak pakai baldi ni."

Ini yang aku malas nak bagi orang pinjam barang aku ni. Dah seminggu kain baju si Wadi berkubang dalam baldi aku. Air rendamannya pun dah berbuih pekat macam Milo basi. Hiiy... bila tak bagi pinjam, mengata. Tapi bila dah bagi pinjam, buat harta.

"Okey, okey, aku janji akan basuh hari ni," akujanji Wadi. Eleh, itu le bunyi cakap dia tiga hari lepas. Tapi aku tengok tak menguit pun baldi tu. Masih terperuk lagi kat sudut bilik air tu.

"Eleh, itu le bunyi cakap kau tiga hari lepas. Tapi aku tengok tak menguit pun baldi tu. Masih terperuk lagi kat sudut bilik air tu," ujar aku, mengulangi kata-kata hati kecilku. Sebenarnya aku dah kecil hati ni. Member tak respect langsung harta benda aku.

Wadi pun termonyeh-monyeh ke bilik air. Dia tau la tu aku dah bengang. Aku bila dah bengang dengan insiden gini senang aje nak buat. Pertama, aku kosongkan baldi aku dan longgok kain baju Wadi di atas lantai bilik air. Kedua, aku pergi tidur aje. Yelah, aku sekarang memang tengah mengantuk ni.

Tiba-tiba aku celik. Pukul berapa dah ni? Gelap semacam aje bilik ni. Mana la jam tangan aku pulak ni? Haa... tengok jam antik Wadi aje la. Mak oi, dah pukul 7 malam! Lamanya aku tertidur. Segera hidungku menangkap bau sengit yang datangnya dari bilik air. Hmh! Wadi dah basuh kain baju dia. Tapi seminggu punya produk memang busuk mengaum la baunya.

Dengan langkah yang lesu aku masuk ke bilik air. Masa tengah asyik bersiram ala puteri kayangan, sayup-sayup kedengaran bunyi Azan Maghrib berkumandang. Orang tua pesan masa ni le hantu setan berlindung di dalam bilik air yang ada jamban sebab takutkan Azan. Jadi kalau wrong timing kita ada dalam tu sama, silap haribulan boleh jatuh sakit. Tak pun kena sampuk. Aku bergegas keluar dari situ. Tunggu sampai Azan habis. Agak-agak 10 minit lepas tu pasti hantu setan dah berani keluar dari bilik air tu. Barulah aku akan masuk balik.

Pun begitu selepas Azan habis berkumandang, aku mengambil keputusan untuk tak menyambung mandi aku tadi. Lagipun badan aku dah cukup basah. Tambahan pulak bau bilik air tu busuk betul bahana kain baju rendaman si Wadi tadi. Aku ingat hantu setan pun tak sudi masuk untuk berlindung di bilik air kami masa Azan tadi. Aku terus berwuduk dan bersiap untuk bersolat.

Sekejap aje aku solat. Ada la dalam 5 minit. Tapi aku selalu perasan member aku yang lepasan sekolah agama ni solat lagi laju dari aku. Memang bullet train habis. Aku ingat masak maggi pun lagi lama. Patutnya depa ni la lebih alim dan lebih lama bersimpuh kat sejadah tu. Ini baru sepam rokok dah selesai solat. Dunia... dunia...

Lepas bersolat aku pun bersiap untuk makan malam di kafeteria kampus. Aku capai seluar dalam yang dipakai tadi. Sniff-sniff. Hmm.. bau okey aje. Boleh pakai lagi la maknanya.

Mungkin para pembaca yang budiman berasakan aku ni pengotor. Tapi aku ini la orang yang paling disayangi oleh SYABAS sebab begitu ekstrem berjimat air. Dulu PUAS pun berpuas hati dengan aku. Kalau buat pengiraan ikut formula Logaritma bergabung dengan pelan dan dongakan, nak basuh seluar dalam sehelai pun kena pakai seliter air, tau? Bayangkanlah berapa banyak yang aku dah jimatkan untuk SYABAS sepanjang hayatku. Boleh penuh satu empangan, tau?

Aku berjalan aje ke kafeteria. Boleh tahan la jauhnya. Tapi aku kena jimat duit minyak motorsikal aku. Mak bapak aku bukannya kaya macam mak bapak korang. Sekarang setangki penuh pun dekat lapan ringgit. Kalau aku ni budak fakulti kejuruteraan, dah lama aku cipta enjin motor guna kuasa nuklear macam kapal selam Russia. Letak je sebutir plutonium dah boleh tahan sampai beratus tahun. Tapi kalau eksiden motor aku ni, mau satu bandaraya Ipoh jadi debu!

Sampai akhirnya aku di kafeteria. Mak oi, punya la ramai anak cucu Adam di situ. Tapi perut aku dah nyanyi lagu Bollywood. Lagipun makanan di sini memang murah untuk orang yang tak mewah macam aku ni. Aku pun beratur aje la untuk ambil nasi dan lauk pauk. Cis, di depan aku ni jantan la pulak. Kalau awek kan best. Boleh la aku cuci mata sikit tengok ehem ehem dia. Kira appetizer la... Hehe..

Selepas ambil nasi sepinggan dan memilih lauk-pauk yang aku rasakan murah, aku terus ke kaunter bayaran.

"Minum?" tanya makcik yang menjaga kaunter tu. Tak pandang aku pun. Galak benar dia menekan-nekan papan kekunci mesin duit tu.

"Air suam," jawabku ringkas.

Makcik tersebut mengangkat kepala dan menjeling ke arahku. Huii... Sinisnya jelingan. Mentang-mentanglah air suam tu percuma. Pandang aku macam pandang kutu haprak aje... Eleh, kalau aku banyak duit jangan harap la aku nak mentedarah kat tempat buruk kamu ni. Paling koman pun aku akan makan kat Pizza Hut. Kat sini mana ada kelllass...

Lepas membayar dua ringgit dua kupang, tiba pulak masalah baru. Semua meja yang ada di kafe ni dah diduduki. Ramai pulak orang yang bersekedudukan malam ni. Mau tak mau terpaksa la aku tumpang tempat kosong. Leceh betul. Tapi kalau dapat duduk semeja dengan awek-awek kira cantik jugak.

Mataku meliar memandang sekeliling. Tup tup aku tergamam. Spontan lagu Kenangan Terindah dari Samsons berkumandang di dalam sanubari. Para pembaca yang budiman pun tentu dah dapat teka siapa dia, betul tak?

Memang Adrina. Saidatul Adrina. Melambai ke arahku dan mengisyaratkan agar aku duduk semeja dengannya. Senyumannya tidak lekang dari bibir mungilnya. Waah... nampaknya bintang malang Wira Wah yang menyelubungiku dah musnah. Dalam sehari ni dah tiga kali berjumpa dan mendapat senyuman gadis idamanku.

Berbaloi aku sedekah seringgit kat tabung masjid setiap hari Jumaat. Kalau sedekah sepuluh, mau Angelina Jolie mengorat aku gamaknya!

Dengan langkah macho bercampur gementar diselang-seli pulak dengan kelam-kabut, aku melangkah ke arah Adrina. Bersama beliau ada 4 orang aweks lagi. Aku tak pernah tengok diorang berempat, tapi dari dressing maut diorang aku dapat agak bukan budak UNISAS. Punyalah ranggi dan seksi.

"Arif, mari duduk sini!" panggil Adrina dengan suara yang hampir berteriak. Jari-jemarinya masih giat menggamit ke arahku yang kini lebih kurang 10 kaki lagi akan menemui syurga dunia.

Hei, kalau gadis idaman korang yang cantik nak mampus panggil duduk semeja dengannya bersama dengan empat orang kawannya yang juga cantik dan seksi tak kira syurga dunia ke? Aku akur aje duduk di sebelah Adrina yang telah menarik tanganku ke arahnya.

Keadaan seolah-olah hening seketika. Macam-macam perasaan yang bergolak dalam hatiku sekarang. Gembira ada. Teruja ada. Bangga ada. Gementar ada. Nak terkentut pun ada. Tiba-tiba bahuku terasa dipegang lembut.

"Arif, ini semua kawan Rina. Yang itu namanya Hanani. Sebelah Hanani namanya Amilia. Sebelahnya ialah Raihana. Yang last tu namanya Shaleen," perkenal Adrina kepadaku. Tangannya masih memaut bahu kananku. Tuhan aje yang tahu betapa gumbiranya aku di saat ini. Gadis idamanku sedang memegang dengan erat tetapi lembut bahuku sekarang. Kalau kau nak cabut bawak balik pun tak apa, Adrina. Aku rela...

"Hai Hanani, Amilia, Raihana dan Shaleen," sapaku dengan senyuman mesra. Amboi... kalau nama perempuan bukan main hafal lagi. Kalau seksyen dalam Akta tu sampai nak hilang nyawa pensyarah tu mengajar, masih tak ingat! Yalah, seksyen-seksyen Akta tu mana ada C Cup dan D Cup macam aweks di depan aku ini! Hahahahaa!!!

Keempat-empat kawan Adrina membalas sapaanku dengan senyuman. Raihana sempat mengenyitkan mata. Daring betul budak ni. Aku bawak berjumpa tok kadi kang, haa...

"This is Arif, my boyfriend!" ujar Adrina tiba-tiba.

Kali ini kedua-dua bahuku dipaut oleh tangannya. Senyumanku langsung mati. Aku benar-benar terperanjat nak mampus. Tapi belum la mampus lagi. Betul-betul tergamam 7 skala Richter. Adrina kata aku boyfriend dia? Takkanlah kot? Ini mesti mimpi. Aku tengah mimpi yang indah sekarang. Harap-harapnya kejap lagi jadi mimpi basah la pulak! Apa-apa pun aku benar-benar berharap agar Wadi janganlah kejutkan aku dari mimpiku sekarang juga.

KALAHWhere stories live. Discover now