Langkahku dipercepatkan ke arah lokasi yang kutinggalkan dalam perasaan marah tadi. Akhirnya derap kakiku terhenti betul-betul di hadapannya. Di hadapan seorang gadis yang telah berjaya mencuri hatiku daripada Saidatul Adrina. Kedua pandangan kami bertembung. Seketika kemudian gadis di hadapanku ini menelengkan kepala untuk mengelakkan renungan tajamku.
"Shaleen... apa maksud kau cakap macam tu?" tanyaku dengan perasaan berdebar.
Semenjak kejadian di bistro tempoh hari, aku mula mengesyaki bahawa ada yang tidak kena dengan Adrina dan rakan-rakannya. Malah entah mengapa aku dapat merasakan bahawa aku pun turut terlibat sama sungguhpun tidak langsung kuketahui apakah ia.
"Boleh luangkan masa to hear me out?" pinta Shaleen dengan lembut. Malah terlalu lembut dari yang sepatutnya. Aku semakin berasa tidak sedap hati. Pun begitu kuanggukkan juga kepala tanda bersetuju.
Shaleen menundingkan telunjuk kanannya ke arah bangku-bangku batu yang berada kira-kira sepuluh langkah dari tempat kami berdiri. Memahami isyaratnya untuk berbual di sana, aku mengangguk sekali lagi.
Agaknya seminit sudahpun berlalu semenjak aku melabuhkan punggung ke salah sebuah bangku batu tersebut.
Shaleen masih belum mengungkapkan sebarang patah bicara. Sebaliknya beliau hanya bersiul-siul kecil memelodikan irama yang aku sendiri pun tidak ketahui. Malah dalam perjalanan ke sini pun tadi tiada sebarang perbualan yang berlaku di antara kami berdua.
"Orang tua-tua kata kalau bersiul nanti ular akan masuk rumah." usikku untuk meredakan keadaan yang kurasakan suram lagi tegang. Shaleen terdiam.
"Superstitious..." usiknya kembali. Aku tersenyum. Gadis di hadapanku ini tertawa kecil.
"Shaleen... kenapa kau sanggup nak khianati kawan-kawan kau?" tanyaku.
"Kia.. kiamat?" tanyanya kembali. Aku tertawa.
"Khianat la. Khianat is betray." maklumku.
"Oh... that..." ujarnya.
"Well?" tanyaku dengan nada kurang sabar.
"It's your fault. It's all your fault..." ujar Shaleen tba-tiba."Kau cakap apa ni? Janganlah cakap perkara yang tak ada kena-mengena la..." balasku dengan nada tersinggung.
Shaleen memegang kejap kedua belah bahuku. Serta-merta rasa bengangku terhapus. Jantungku kini berdegup kencang pula. Dia nak menciumku ke?
"Promise me you won't get angry like last time." pintanya sambil merenung tepat ke mataku.
"Mana boleh gitu. Ini mesti..."
"Promise me! Please..." Shaleen meningkah bait bicaraku dengan agak keras. Namun sulaman rayuan begitu jelas terdengar pada kata-kata tersebut. Malah ianya lebih mirip pada suatu rayuan dalam keadaan terdesak. Aku melepaskan keluhan kecil.
"Okey... aku janji." ujarku. Shaleen akhirnya melepaskan pegangannya. Beliau memandang ke arah langit seraya melepaskan suatu keluhan yang amat berat.
"Shaleen... kenapa ni?" tanyaku dengan lembut.
"Once upon a time, there were four good friends. All of them had a traumatic experience with men in their life. So... they all sworn to each other that they will get their revenge. They used, manipulated and make men fell for them. And finally... they crushed these men's heart." Aku terkaku mendengarkan cerita Shaleen. Perasaan buruk mulai bertampuk di hati.
"Masa silih berganti dan mereka mula menjadi ketagih. Bahkan mereka berjudi dengan wang pula untuk melihat siapa yang boleh melakukannya dengan cara yang paling kejam. Salah satu peraturannya ialah mereka bergilir-gilir melakukan perbuatan buruk tersebut. Buat masa ini adalah giliran Adrina. Dan awak adalah mangsanya, Arif."

ANDA SEDANG MEMBACA
KALAH
RandomIni cerita tentang aku. Aku lelaki biasa yang memang biasa biasa saje kisahnya. Muka adalah kacuk Shah Rukh Khan sikit, cuma hidung tu tak mancung pipi tersorong-sorong. Saidatul Adrina, gadis impian, gadis pujaan aku. Gadis yang rasanya tak layak u...