36 - Salute

239 9 0
                                    

"Kita dah sampai."

Wuyo mak! Besau sungguh rumah mak apak Adrina ni. Ini bukannya rumah banglo. Bangla pun bukan. Ini mau rumah agam macam cerita hantu Stephen King ni.

Laman rumah agam tersebut bukan main luas lagi. Lagi luas dari tapak kosong tempat aku dan bebudak lelaki satu batch main bola. Puluhan muda-mudi pelbagai fesyen dan ragam kelihatan berselerakan di laman berumput karpet tersebut. Mereka bergelak ketawa, bergurau senda dan bersentuhan tanpa segan silu dengan orang sekeliling yang juga nampaknya dua kali lima sahaja.

Seakan-akannya parti tersebut diadakan di laman rumah. Namun bunyi muzik yang arah puncanya dari rumah agam tersebut mengesahkan pengamatanku bahawa parti yang sebenar sedang berada di dalam.

"Are you ready, guys?" Pertanyaan Nizam spontan menyentakkan lamunanku. Aku mengangguk dengan raut yang tenang. Namun jantungku bagaikan nak pecah di dalam. Wadi telahpun melangkah keluar dari Peugeot 206 milik Nizam. Aku menarik nafas dalam-dalam, menghembusnya keluar dan akhirnya melangkah keluar dari kereta.

"Patutnya aku pinjam BMW abang aku la. Lagi nampak hebat." ujar Nizam.

"Tak payahlah. Nanti nampak sangat ada yang tak kena. Adrina syak pulak." balas Wadi. Aku menganggukkan kepala.

"Jom." ajak Nizam. Namun langkahnya terhenti bila aku memberikan isyarat untuk menunggu sebentar.

"Hah? Apasal?" tanyanya.

"Aku dah rasa terkucil la pulaaak." Jawapanku itu disambut dengan gelak tawa mereka berdua.

"Biasa la tu, Rip. Kau nervous. Baca Bismillah." saran Wadi untuk meredakan panikku.

"Bismillah? Ei, ini parti maksiat nak baca Bismillah hapa?" bentakku. Kami bertiga tertawa.

"Lega dah?" tanya Wadi. Ooo... rupa-rupanya nak redakan gabra aku tadi. Bagus kepala hotak kau ni, Wadi.

"Belum. Nak menggeliak sekejap. Uih! Ada dua orang gadis cantik menarik tertarik kau memang da bomb la." Mereka berdua masih memandang ke arahku. Dengan selamba aku mendekati mereka.

"Begitulah aksi saya bila ternampak awek cantik macam korang berdua." ujarku. Mereka berdua tergelak.

"Yalah tu!" ujar salah seorang dengan sinis.

"Sebenarnya cakap awak tu memang betul, Fasha. Saya saja mengeliat tadi. Tapi korang berdua memang lawa. Tu yang terpaksa menegur juga tu." Kata-kataku sekali lagi mengundang tawa manja mereka.

"Nama I bukan Fasha!" balas gadis tersebut.

"Saya tau. Tapi nama tu kena betul dengan paras rupa awak. Okeylah! Jumpa lagi Fasha, Airin. Bye!" Itulah kata-kata terakhirku sebelum meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tercengang. Aku kembali menuju ke arah Nizam dan Wadi. Mereka berdua sedang menyengih.

"Warm up nampaaak..." sindir Nizam. Hehehe... tentu pembaca yang budiman tak sangka aku boleh mengayat dengan begitu indah dan berbudi bahasa sekali.

Mana taknya, semasa latihan di disko dan bistro, aku telah beramah-tamah dengan setiap pengunjung yang ada di situ. Aku bukan saja dapat mempelajari dari kesilapanku, malah aku juga dapat mengenalpasti kelebihan dan kekuranganku dalam bersosial. Sebagai bonus, aku menjadi semakin yakin dan tenang.

"Baru lega. Jom!" ajakku. Akhirnya kami bertiga mengorak langkah menuju ke arah medan peperangan. Peperangan yang disediakan oleh Adrina khas untukku.

Namun kali ini aku cukup bersedia. Aku ada keyakinanku hasil dari clubbing. Malah aku ada kedua orang sahabat yang akan membantuku jika aku tersepit nanti.

KALAHWhere stories live. Discover now