24 - Buli

287 6 0
                                    

"Woi! Apa yang kau buat ni?"

Aku dengan segera merungkaikan dakapan kemas Shaleen ke atasku. Mujurlah amoi tu memberikan kerjasama. Buatnya dia berdegil dan terus peluk kuat-kuat macam teknik 'Bear Hug', mungkin aku terpaksa gunakan teknik 'Power Supplex' pulak. Ni apa cerita gusti lak nih?

"Hehee..."

Ewaah... gelak manja ala hewan kartun Jepun comel-comel pulaaak... Shaleen ni nampaknya sengaja buat gini bila aku bersama Adrina. Apa kes pulak minah lesbo nih? Don't tell me... dia cemburu ke bila aku dengan Adrina macam yang Nizam kata? Boleh jadi juga... tapi persoalan yang lebih penting ialah dia jeles kat aku ke atau kat Adrina?

Aku melontarkan fokusku ke arah Adrina pula. Bibirnya melakar senyuman ceria, namun jelas air mukanya tersemat perasaan yang mencuka.

"Kau ni semberono betui la!" ujarku kepada Shaleen dengan agak keras. Mesti la kena cepat-cepat lakukan damage control.

Seboleh-bolehnya aku tak mau Adrina menyangka selama ini aku diam-diam 'teman tapi mesra' dengan amoi nih.

Sungguhpun dia lebih cenderung kepada kaum sejenis dari segi emosi dan fizikal namun Shaleen tetap seorang perempuan yang sempurna serba-serbi. Cantik... langsing... bentuk tubuh athletic yang menggiurkan... personaliti yang menarik... dakapan yang hangat...Cih! Cih! Apa pulak yang aku kata nih?!!! Shaleen tersenyum nakal kerana dapat mengusikku.

"I pun nak peluk Ariiiif!" teriak Hanani seraya meluru ke arahku. Aku segera melompat untuk mengelakkan perempuan yang agak gedik ini. Rakan-rakannya yang lain tertawa seolah-olah ada pertunjukan raja lawak pulak.

"Jahat! Aku nak baliklah!" bentakku dengan agak keras. Aku boleh agak lepas ni mesti mereka semua nak membuli dan memperkotak-katikkan aku.

Sebelum aku ditukarkan ke jabatan monyet sarkas, baik aku blah cepat. Adrina, Shaleen, Amilia, Hanani dan Raihana memprotes tindakanku yang sedang melangkah ke arah pintu keluar. Aah! Mampuslah korang semua! Pergilah cari beruk mat yeh lain yang sanggup jadi bahan mainan bodoh korang.

Lagipun jatuhlah maruah aku di hadapan awek pujaan hatiku nanti. Namun langkahku tersekat kerana lengan kiriku telah dirangkul kemas oleh seseorang. Rangkulan tersebut sungguh kejap sehingga lenganku terasa menyentuh tubuh si empunya rangkulan. Sungguhpun tak berpaling, aku dapat merasakan lenganku menyentuh 'bahagian lembut dan sensitif' si empunya rangkulan. Aku segera memalingkan tubuh untuk melihat siapakah orangnya.

Eleh, korang mesti ingat si Shaleen kan? Apara korang nih! Dia tu lesbian, tau? Apa yang korang seronok sangat mengharapkan sesuatu berlaku antara aku dan Shaleen? Hello... aku syok kaw-kaw kat Adrina la! Dan seperti yang sepatutnya berlaku... memang Adrina yang merangkul lenganku untuk menghalangku pergi.

"Please don't go." pujuk Adrina dengan lembut dalam nada separa merayu.

Alamak! Hati aku dah start cair macam ais kat kilang Jalan Pintu Sepuluh. Ish! Kena keraskan hati.

Tak kiralah! Perasaan mencair tadi dah hilang akhirnya. Mujarab juga rupanya!

"Saya tak mau dibodoh-bodohkan!" ujarku dengan agak keras. Sungguhpun tak patut aku meninggikan suara kepada gadis yang sangat kugilai, namun aku berasakan bahawa memang patut aku buat begitu. Adrina terdiam seketika. Kemudian mengeluh kecil. Namun rangkulannya masih kemas. Itu yang syok tuh!

"Rina janji akan kawal perangai kawan-kawan Rina. Rina takkan bagi mereka buli Arif. Kalau Rina tak berjaya kawal mereka, kita akan keluar dari sini. Ke mana saja Arif nak pergi Rina akan ikut. Please stay. Give us a chance, okay?" pujukan Adrina itu berjaya membatalkan hasratku bersama taik kambing jantan emakku. Punyalah power cara dia memanipulasikan ayatnya. Patutnya Adrina ni jadi peguam. Eh! Memang la dia akan jadi peguam nanti!

"Okeylah." ujarku yang disambut dengan sorakan gembira anak-anak gadis yang so sosial itu. Malu rasanya semua mata di pusat karaoke tu memandang ke arah gelagat kami. Macam tengah tengok orang jual ubat kuat untuk lelaki pulak. Hanani tiba-tiba datang ke arahku.

"Sorry, ya Arif?" ujarnya seraya menghulur salam. Aku tersenyum seraya menyambut salamnya. Rasa macam menteri pulak!

Kemudian berganti pulak dengan Raihana yang juga menghulurkan salam.

"Maap, ek?" pintanya. Harapnya jangan le ini caranya dia mintak maaf pada mak bapak dia di hari raya. Aku menganggukkan kepala seraya menyambut salamnya. Rasa macam menteri lagi!

"I pun janji takkan buli you lagi." Tampil pula Amilia dengan senyuman comelnya. Tangannya juga dihulurkan. Aku sekali lagi menyambut salamannya seperti seorang menteri.

Akhir sekali si Shaleen. Dia ni la yang paling banyak buat dosa dengan aku. Dah jatuh tahap nusyuz nih! Namun amoi semberono ni tidak langsung menghulurkan salamnya. Siap memeluk tubuhnya sendiri macam jaguh handalan dalam komik kung-fu Wan Yat Leung lagi. Aku dah agak mesti dia tanak tunduk pada lelaki punya. Lagipun memang Shaleen cukup membencikan kaum lelaki. Namun cara matanya memandangku menunjukkan sebaliknya. Nampak dia berasa kagum, kalau tak tak salah pada firasatku.

"My-my... How they were SO way off about your character. I've never being wrong in judging people, you know? I knew in a heartbeat that you are exceptional when we first met. Guess I'm right... again!" ujarnya dalam bentuk ulasan selari seraya menepuk-nepuk bahu kananku. Apa yang minah ni cakapkan?

Aku memandang ke arah Adrina. Agak terkejut kurasakan tatkala melihat air muka gadis yang merangkulku berubah serta-merta. Bukan cemburu atau marah. Tapi perasaan cemas. Kenapa ni? Apa sebenarnya dah terjadi tadi?

***********

"Wuih! Mewahnya VIP room nih... mesti mahal." ujarku dengan nada kekaguman tatkala melangkah masuk ke bilik karaoke yang telah ditempah untuk kami. Keempat-empat gadis yang menemaniku tergelak kecil. Arramak! Aku sekali lagi tercakap kuat perkara yang memalukan! Ni le bahananya kalau pertama kali masuk ke tempat eksklusif macam ni.

"Jangan bibang. I yang melanja." maklum Shaleen. Kami semua tertawa. Memanglah si amoi nih... Kalau speaking omputeh memang hebat dari omputeh lagi. Siap bersembur-sembur keluar salji antartika dari mulutnya.

Tapi bila cakap Melayu... macam cina jinjang berterompah kayu bunyinya! Tapi Shaleen tidak mempedulikan kami, sebaliknya sibuk menekan butang pada mesin karaoke yang berada di bawah peti televisyen LCD. Beso betui tv tuh... aku ingat Hercules pun tak larat mengangkatnya!

"I melanja... I nyangi dulu!" ujar Shaleen dengan menggunakan mikrofon. Bergegau bilik VIP tu dengan suaranya. Seketika kemudian lagu pertama yang dipilih olehnya mulai berkumandang di segenap ruang bilik itu.

"Eh! Ini lagu "Because Of You" dari kumpulan W-INDS!" ujarku dengan lantang untuk mengatasi bunyi muzik yang membingitkan. Tau tau Shaleen menghulurkan sebatang lagi mikrofon kepadaku.

"Sing with me!" ujarnya kepadaku yang kini tergamam dan panik atas kesilapanku berkata sedemikian rupa. Harapnya janganlah Adrina jeles!

KALAHWhere stories live. Discover now