27 - Terfikir

293 5 0
                                    

"Hebat betui suara you masa nyanyi tadi. Kalau tak kerana Adrina chop you dulu, dah lama I culik dan simpan kat rumah." komen Hanany yang bersuara manja tadi disambut dengan hilaian tawa Maya Karin oleh rakan-rakannya.

Tu dah mabuk le tu. Botol ketiga arak cap harimau belang di bawah pokok kelapa hampir habis ditogoknya. Itu sebabnya bercakap sewenang-wenang aje tu. Ni kalau aku bubuh air longkang dalam gelas pun mau diminumnya juga.

"Jangan harap! I akan rampas dari tangan you dan selit dia kat sini." ujar Amilia pula seraya menyelak sedikit bajunya dan menayang tali colinya untuk tatapan umum tanpa bimbingan ibubapa.

Kemudian terbahak-bahak gelak bersama rakan-rakan semabuknya. Kalaulah minah ni tak mabuk, tentu dia boleh buat provokasi yang sangat seksi sekarang dengan tali colinya itu. Ni aku meluat pulak melihatnya. Aku bagi je la sengih diskaun Kamdar kat dia.

"No way... he's mine. Next time your turn." tingkah Adrina sambil melentokkan kepalanya di bahuku. Lepas tu tergelak tak tentu pasal. Pun mabuk jugak setelah memesan sebotol Stout pula sebagai minuman susulan kepada dua gelas Bloody Mary tadi.

Serius langsung tak comei bila gadis idamanku ini mabuk. Dan aku pun rasa malas nak berfantasi yang mampu menggantikan ransangan Viagra di kala ni. Lagipun...

Apa maksud dia "Next time your turn"?

"Next time your turn?" Pertanyaanku diarahkan kepada Adrina. Gadis di hadapanku ini yang macam tengah mamai hanya tersengih kambing. Mulutnya terkumat-kamit cuba untuk berkata sesuatu. Namun tanganku tiba-tiba disentap oleh seseorang.

"I love this song. Jom nari!" Rupa-rupanya Shaleen yang menyentapku ke arah pentas tarian. Penyanyi bistro yang kecik molek tadi kini sedang menyanyikan lagu Elyana berjudul Kau Atau Aku.

"Aku tak tau menari la amoi!" protesku. Apa kejadahnya tiba-tiba dia mengajakku sehati berdansa ni? Ini mesti nak menyakitkan hati Adrina lagi le ni...

"Me neither. I bantal aje!" balas Shaleen dengan kuat untuk melawan bunyi kuat muzik. Perkataan 'bantal' tadi cukup untuk menceriakan sedikit moodku. Aku pun mengalah dan mengekori sahaja tarikan Shaleen ke pentas menari.

Lagipun tak kuasa aku menengok kerenah tiga gadis Melayu tengah mabuk, lebih-lebih lagi Adrina.

Terus-terang aku katakan yang aku berasa sedikit kecewa dengan gadis impianku itu. Entah kenapa semakin lama semakin ternampak kekurangannya yang selama ini padaku adalah seorang gadis yang serba-serbi sempurna.

Di pentas menari aku main hentam aje menghayun kedua tangan dan kakiku mengikut irama lagu. Kalau time ini aku diletakkan dalam zoo, agaknya tak ada siapapun akan terperasankan yang aku ni manusia. Tapi aku taklah berasa malu sangat terkinja-kinja di kala ini sebab pasangan menariku juga tak reti menari.

Begitu juga dengan belasan muda-mudi yang turut menari di pentas tersebut. Boleh dikatakan bistro ni memang khas untuk orang-orang bodoh macam kami untuk nampak cool.

Sambil menari aku memerhatikan sahaja gelagat Shaleen yang kini sibuk menggeselkan dirinya dengan seorang gadis lain. Lawa jugak awek tu. Boyfriend dia nampak begitu teruja melihatkan aksi mereka berdua.

Cuba kalau aku yang bergesel dengan awek dia. Mau makan kayu dram nanti! Kalau ikutkan memang perbuatan Shaleen sekarang nampak menjengkelkan. Tapi entah macam mana beliau nampak seksi dan menarik sekali dengan gayanya itu.

Alamak... Masaka... Aku sebenarnya dah mula tertarik dengan Shaleen ke? Bila imbas kembali, memang aku berasa lebih rileks dan santai bila bersamanya sedangkan aku perlu control diri aku bila bersama Adrina.

Aku selalu tergelak dengan lawak Shaleen dan berasa tidak jelak dengan carutannya. Bila bersama Adrina, aku paksakan diriku untuk ketawa dengan jenakanya. Ala... macam bila tengok kebanyakan cerita sitkom buatan Malaysia la. Kan kita selalu menyeringai siap-siap dan menunggu bila masanya untuk ketawa. Kadang-kala sampai lenguh rahang dibuatnya.

Ish! Tak boleh. Tak boleh begitu! Adrina dah mula sukakan aku. Tentu ada kualiti yang baik dalam diriku yang menambat hatinya. Shaleen tu ujian pada diriku sahaja. Sama ada aku akan setia dengan pilihanku selama ini.

Lagipun minah kacukan tu minat perempuan berbanding lelaki. Tapi Adrinaku itu minum arak. Satu benda yang aku tak boleh ketepikan dan menggangguku hingga sekarang. Macam mana, ya? Hmh! Aku rasa dia akan berubah satu hari nanti. Pasti akan berubah. Dan akulah orangnya yang akan mengubahnya. Adrina sayangkan aku. Sayangkan aku lebih dari seorang kawan. Dia pasti sanggup berubah demiku. Sebab aku pun begitu juga.

"Boleh, boleh!" Secara tak sengaja kata-kata tersebut terpacul dari mulutku.

"You're saying?" tanya Shaleen yang ingat aku sedang bercakap dengannya. Sebaik sahaja mendengarkan suara gadis tersebut hatiku tiba-tiba berdebar dan perutku menjadi senak. Aku berhenti menari. Shaleen yang sedang menari juga turut berhenti.

"You okay, bro?" tanyanya dengan nada kehairanan. Aku tak menjawab. Sebaliknya hanya terpaku merenung Shaleen tanpa berkelip mata. Amoi di hadapanku itu juga membalas renunganku dengan cara yang serupa. Dan dengan tak semena-mena rangkap lagu yang berkumandang menangkap perhatianku bagaikan begitu kena sekali dengan situasi sekarang.

"Lakonan ini semakin membebankan,
Terasa ingin saja aku terus-terang tentang perasaanku padamu,
Main tarik tali, malu mahu memulakan luahan hati kita..."

"I got to go!" ujarku tiba tiba dan terus segera beredar meninggalkan pentas menari. Aku ternampak tandas yang berada tidak jauh dari situ. Langkahku pantas meninggalkan Shaleen yang aku pasti terpinga-pinga dengan tindak-tandukku ini.

Sebaik sahaja aku memasuki tandas pandanganku disambut oleh sepasang lelaki dan pompuan (betina lebih sesuai) sedang maksyuk bercium mulut dekat sinki. Kehadiranku membuatkan mereka terkejut. Si gadis segera menarik tangan si lelaki keluar dari situ. Dah malu la gamaknya tu sebab aku nampak diorang beromen dalam jamban. Hina betui buat hal dalam jamban. Baik korang berak sekali sambil-sambil French kiss tu.

Aku segera membasuh mukaku di sinki. Kemudian merenung diriku di cermin muka yang disediakan. Lama aku merenung diriku seolah-olah cuba untuk mencernakan apa yang telah berlaku tadi. Kesedaran diriku mulai perlahan-lahan timbul.

Apa aku buat di sini? Ini bukannya yang aku mahukan. Mungkin ia menyeronokkan bagi sesetengah orang tapi bukanlah aku orangnya. Kalaulah ini kehidupan yang Adrina jalani, maka perhubungan kami pasti akan ada masalah.

Adrina pasti sangat menyukai gaya kehidupan sebegini. Mahukah dia berubah nanti?

Aku terfikir .......................

Entah mengapa aku turut terfikirkan yang sama ada Shaleen mahu berubah nanti.

*Masaka - bahasa jepun yang bermaksud ' don't tell me.. / jangan jangan...

KALAHWhere stories live. Discover now