"Apa ni Shaleen? Apa yang kau cakapkan ni?"
Aku benar-benar tidak percaya dengan kata-kata yang singgah di telingaku. Baharu aje semalam aku mengoreknya dengan putik kapas Pureen. Mustahil aku tersalah dengar.
"Please stay away from her. From Adrina." ulang Shaleen lagi. Nadanya kali ini cukup jelas dan tegas.
"Hei... dia tu kan kawan kau tau, pehal kau nak warning aku pulak ni?" pertikaiku dengan rasa tidak puas hati. Apa memang zaman ini persahabatan dah tak ada nilai lagi ke?
"Please... you must listen to me." ujaran Shaleen lebih cenderung kepada mendesak dan merayu sekarang. Sungguhpun dah tertarik hati padanya, namun sekarang aku dah panas hati pula terhadapnya.
"Why? Pasal apa kau pandai-pandai halang relationship aku dengan Adrina pulak? Gimme a good reason." persoalku dengan nada keras. Shaleen tak menjawab.
Sebaliknya pandangan beliau diarahkan ke tempat lain. Seolah-olah sengaja mengelakkan diri untuk bertentang mata denganku. Pasti ada sesuatu perkara yang disembunyikan olehnya.
"Don't tell me... You sebenarnya sukakan Adrina jugak, ya?" telahku.
"No... No way... Yes! Yes I like her. So... will you back-off?" tanya Shaleen dalam nada teragak-agak.
Kuang hajau punya amoi! Cakap kasar dia kali ni dah melampau dan benar-benar menyakitkan hati.
"Pergi mampuslah kau! Punya banyak betina kaum sejenis kau, Adrina jugak yang kau nak pilih? Hei... dia bukan macam kau, tau? Rosak akhlak! Songsang! Perempuan jalang!"
Sebaik sahaja aku selesai meluahkan perasaan bengangku, tiba-tiba pipiku terasa pijar dihentak oleh sesuatu. Aku dah agak dah... mesti kena penampar dari Shaleen.
"How dare you! How dare you!!! Are you that stupid? Are you that blind? Do you have any idea what are you getting yourself into? How dare you!!!" pekik Shaleen dengan marah. Air matanya mulai bergenang.
Leceh betui... Ompompuan ni kalau nak menang mula la gunakan ayer mata. Aku yang sakit kebas kat pipi ni la yang sepatutnya menangis. Tapi pikir-pikir balik, hilang le kelelakian aku kalau buat gitu. Malu, siuuut!
"Sudah la... malas aku nak layan orang gila macam kau. Anggap saja aku tak dengar apa yang kau katakan tentang Adrina. Tapi kalau kau berani cakap begitu sekali lagi, I'll tell her." ujarku memberikan amaran bersulamkan ugutan.
Namun tonasi suaraku sudah mulai mengendur. Tak kuasa untukku meneruskan drama yang sia-sia ini. Aku segera meninggalkan Shaleen yang sedang tersengguk-sengguk menahan tangisnya.
Halaku kembali ditujukan ke arah pintu utama Bistro. Memang malam ni malam yang teruk bagiku. Aku baharu sahaja mengetahui bahawa gadis idamanku sebenarnya tidaklah sesempurna mana. Kemudian aku juga baharu menyedari yang aku mulai tertarik dengan Shaleen. Dan yang paling ultimate sekali ialah aku baharu sahaja bergaduh dengannya. Semuanya sangat menyakitkan hatiku...
***********
"Hai Arif!" Sapaan lembut amat kukenali akan pemiliknya. Aku berpaling ke arah si empunya suara yang tersenyum padanya. Nampaknya beliau juga tiba awal untuk kuliah Prosedur Sivil syarahan Dr. Syeikh Salim.
"Hai Adrina!" sapaku kembali. Namun entah mengapa hatiku tidak ceria seperti selalu apabila mendengar suaranya pada kali ini.
Adrina segera menarik tanganku untuk duduk di suatu sudut yang agak terasing daripada rakan-rakan sekuliahku. Pun begitu aku sempat terperasankan yang Nizam dan Wadi secara sekilas mengerling ke arah kami berdua.
YOU ARE READING
KALAH
CasualeIni cerita tentang aku. Aku lelaki biasa yang memang biasa biasa saje kisahnya. Muka adalah kacuk Shah Rukh Khan sikit, cuma hidung tu tak mancung pipi tersorong-sorong. Saidatul Adrina, gadis impian, gadis pujaan aku. Gadis yang rasanya tak layak u...