25 - Karaoke

306 7 0
                                    

'Because Of You' dari kumpulan W-INDS memang antara lagu yang sangat aku sukai. Kalau tak silap aku lagu tu sebenarnya lagu lama tapi dinyanyikan semula.

Tatkala rangkap pertama mula berkumandang dari bibir mungil Shaleen, aku terus mencapai mikrofon yang masih dihulurkannya kepadaku dan mula menyanyi bersama.

Tiga lagi anak dara tadi bersorak memberikan sokongan kepada MyTeam... eh, silap! Diorang bersorak untuk menaikkan semangat kami. Aku dan Shaleen menyanyi dengan bersungguh-sungguh macam nak masuk olimpik pulak. Baharulah aku menyedari bahawa suara Shaleen sangat sedap dan merdu bila menyanyi.

Tak boleh jadi ni... aku yang merangkap juara karaoke Daerah Lambor Kanan mulalah rasa tercabar. Justirizer... bertukar! Aku mula la tarik suara dengan aksi-aksi sekali sebab dah dapat tangkap mood lagu tu. Sorakan yang semakin lantang langsung tak kupedulikan. Punyalah penuh perasaan aku menyanyikan lagu tu sampai bergenang air mataku sebab terlalu menghayati cerita di sebaliknya.

Bila selesai menyanyi baharulah aku 'balik semula' ke bilik VIP itu. Kalau tak gamaknya aku dah sampai ke Tokyo la tuh! Tepukan gemuruh dan sorakan pujian baharulah terdengar menyapa ke cupingku. Aku merenung ke arah Shaleen. Beliau juga sedang bersorak ke arahku.

"Wooohooo... wooooo!!!" jeritku juga. Nampaknya aku rasa sangat teruja gaya lembu Bovril sekarang. Beberapa tika kemudian anak-anak dara berempat tadi sibuk membongkok untuk berebut memilih lagu di mesin karaoke tadi. Aku pulak sibuk melihat mereka dari belakang. Huuu... memang terliur melihat bahagian pinggul depa. Heh!

Raihana tak pakai panty langsung ke? Aku tengok kulitnya menerobos sampai ke dalam tanpa sebarang benang pun. Meh aku datang rapat lagi. Bukan apa, aku perlu pastikan sama ada Raihana benar-benar tak pakai apa-apa selain seluar ketatnya itu agar boleh kunasihati beliau untuk tidak berbuat demikian lagi.

Yes! Memang tak pakai! Ops... ish-ishhh... insaflah wahai nak dara muda... Tiba-tiba Amilia berpaling ke belakang memandangku. Alamak! Cepat cover line! Aaa... Cover line ke Maybeline? Tak dapat pikir alasan! Mampus aku!

"You nak lagu apa, Arip?" tanya Amilia tiba-tiba. Eh... rupa-rupanya dia tak perasan apa yang sedang buat tadi? Fuh... lega tonsil aku. Aku pun pura-pura berpikir bak cendekiawan.

"Aku nak lagu rock!" ujarku untuk cover line. Amilia mencebik dan kemudian meneruskan perlakuannya berebut dengan tiga ekor lagi kawannya itu. Aku pun pelan-pelan berundur ke belakang sambil menikmati permandangan di hadapanku dengan gaya cendekiawan sekali lagi.

Hm... Adrina ni memang yang tercantik di antara mereka semua tapi suaranya macam orang tak de lidah bila menyanyi. Heran ya... suaranya bila bercakap bukan main lemak merdu berkrim tapi bila nyanyi jadi tombak perdu pulak. Sepanjang Adrina menyanyikan lagu 'How To Touch A Girl' dari Jojo, setiap kali dia memandangku, aku terpaksa menggerakkan otot-otot mulutku untuk tersenyum seikhlas mungkin.

Kemudian Amilia pulak menyanyikan lagu pilihannya nyanyian Kris Dayanti berjudul 'Cobalah Untuk Setia'. Pun sumbang jugak. Macam mendengar bunyi sekawan burung gagak kat Pasar Ramadhan rasanya. Pun gitu kami semua bertepuk tangan. Bagi muka aje le tu.

Ratu pemecah tingkap gereja yang seterusnya ialah si Raihana Tanpa Spenda. Lagu yang dipilihnya adalah 'Love Story' nyanyian Taylor Swift. Diorang ni... Dah tau suara punyalah gila babi dahsyat tak bestnya, kenapa masih nak ambik lagu high pitch? Macam yang Azmer kena, pitching tu kena jaga ya dik, ujar Kak Ojee.

Kemudian mikrofon berpindah ke tangan Shaleen pulak. Beliau menyanyikan lagu 'Breath Again' dari Juwita Suwito. Terpegun aku mendengarnya. Suara amoi kaki carut ini begitu merdu dan bergemersik sekali. Ianya menusuk ke sanubariku hingga meremang bulu romaku. Malah Shaleen menyanyikan lagu tu dengan tanpa susah payah sampai meneran-neran keras perut.

Sebaik sahaja beliau selesai menyanyi, kami semua bertepuk tangan dan bersorak dengan kuat. Lebih-lebih lagi aku. Aku betui-betui rasa enjoy mendengarkan lagu tersebut setelah diseksa dengan tiga raungan dari alam barzakh sebelum ini tadi.

"Ha! Lepas ni lagu Arif pulak!" maklum Adrina disusuli dengan tawa manjanya. Aku tak tahulah apasal dia ketawa. Ni terpengaruh dengan iklan tv le nih.

"Lagu apa you nyanyi?" tanya Hanani. Tadi aku berjaya memprogramkan lagu pilihanku setelah terkebek-kebek mencarinya dalam album senarai lagu.

"Mana boleh bagitau!" balasku. Hanani ketawa. Ketawa pasal apa pulak nih? Tiba-tiba lagu pilihanku mula berkumandang. Dan aku mulai menyanyi.

"Lagu apa nih?" pertanyaan Raihana masih dapat dicekup oleh gegendang telinga ku.

"Ini lagu Exist!" maklum Adrina pula. Memang betui. Aku tengah menyanyikan lagu kumpulan Exist yang bertajuk 'Kapal Terbang Kertas'. Aku sukakan lagu ni sebab ia membuatkan aku berasa enjoy. Sambil menyanyi aku juga menari-nari macam tengah buat konsert.

Lastnya mereka berempat turut menari-nari bersamaku dengan aksi kapal terbang. Selesai sahaja menyanyikan lagu itu, aku juga mendapat tepukan dan sorakan yang lantang. Setakat lagu itu, malulah aku selaku juara karaoke daerah kalau tak boleh bawakan.

"Shit! You're good, man!" puji Shaleen. Mereka semua menepuk-nepuk belakangku untuk memberikan pujian. Tapi rasanya lebih mirip pada mendebik sebab geram aku bersuara sedap.

"Kau pun patut jadi penyanyi, amoi!" balasku dengan nada teruja. Shaleen tiba-tiba membeliakkan matanya kepadaku dan kemudian memandang ke arah Adrina seolah-olah memberitahu agar aku berbuat begitu juga. Aku memandang ke arah Adrina. Dan aku menyedari bahawa sekali lagi aku telah melakukan kesilapan yang serius.

Adrina juga sedang memandangku sambil tersenyum. Tapi senyumannya benar-benar kelat. Ternyata pujianku terhadap Shaleen itu tadi sekaligus juga telah mengesahkan kutukanku terhadap Adrina.

Bak kata Shaleen, "Oh shit!"

KALAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang