Aku saja meronda-ronda di Hatyai berseorangan. Kalau-2 lah terserempak dengan Mamat Thailand tu lagi. Wah.. Tingginya angan-2 aku. Memang tak mungkin akan terserempak lagi. Mamat tu pelancong kot. Tapi.. Tapi aku berharap sangat akan terserempak dengan dia. Dapat terserempak pun jadilah!
Tapi macam kebiasaannya, lain yang kita impikan, lain yang kita dapat.
Aku nampak Naufal di Suatu sudut. Eh. Ingat aku dia dah balik KL. Habis tu Ameer yang dah balik KL untuk cari Naufal sia-2 lah??
"Naufal" aku menegur Naufal yang termenung jauh.
Mukanya nampak terkejut dengan keberadaan aku.
"Kau nak apa lagi?" tanya Naufal memalingkan muka daripada aku.
"Ingat aku, kau dah balik KL. Ameer dah balik KL dah sebab ingatkan kau dah balik KL" terang aku.
Naufal senyap malas mahu melayan aku.
"Naufal.... Aku...
"Dahlah Fiqry. Serabutlah! Kau nak Ameer tu kau ambiklah. Layanlah puas-2" bidas Naufal.
"Aku tak cintakan dia lah wei. Please ar. Malamtu aku....
"Semata nak puaskan nafsu songsang kaurang? So what?! Ini apa yang depan mata aku! Kalau belakang aku?! Apa yang korang buat?!" bidas Naufal dengan jelingan tajam.
"Takpernah lah Naufal" aku cuba menafikan tuduhannya.
"Dahlah. Aku taknaak dengar apa-2! Fikir aku percayalah?" marah Naufal memalingkan muka sekali lagi.
"Bukan aku yang nak! Dia yang ajak!" bidas aku pula.
"Dan kau pun dah terlalu gatal! Kawan sendiri pun nak try! Dahlah."
Aku terdiam tanpa apa balasan. Aku juga memalingkan muka.
"Salah aku sendiri relakan diri aku main dengan Ameer. Itu pun sebab Ameer kata kau rela nak threesome" ujar aku perlahan.
"Aku nak uji Ameer je"
"Never mind. Kau tak cintakan Ameer lagi ke Sebab kejadian malam tu? Sorry Naufal. Aku... Aku tak ...
"Naufal. Sorry late" suara ganjil menggantungkan penjelasan aku.
Aku menoleh ke arah si pemilik suara tersebut. Mamat Thailand hari tu! Dia pandang aku. Aku pandang dia. Rasa nak tercabut jantung.
"Er. Kaem?! Lets home?" ujar Naufal menyedarkan kami daripada khayalan.
"Err. Nhaufal. He is your friend?" tanya Mamat Thailand itu kepada Naufal sambil memandang aku.
"Erm. Kaem, kenal kan ni Fiqry..
Fiqry, kenalkan yang ni Kaem." Naufal memperkenalkan diri.
Mamat Thailand mula memandang aku..
"Oh. Kamulah yang peluk saya hari tu?! Kan!" tanya Kaem.
Pernyataan yang buat aku rasa malu.
"Er.. Sorry.. Saya salah orang haritu" jelas aku. Kepala menunduk ke tanah
"Apa ni? Peluk? Kenal?" sampuk Naufal mengerut dahi.
Aku diam . Kaem diam. Tak tahu nak jelaskan macam mana.
"Oh! Aku faham! Kau peluk Kaem sebab ingatkan Kaem ni Fahmi?" teka Naufal.
Aku mengangguk.
"Siapa Fahmi?" sampuk mamat thailand.
"Dahlah. Jom balik, Kaem. Nanti saya cerita kemudian kat rumah."
Mereka berlalu meninggalkan aku. Naufal menjeling ke arah aku sebelum meninggalkan aku. Aik. Tadi dah okay? Dendam balik ke?
Siapa Mamat Thailand tu bagi Naufal
Adakah mamat Thailand tu.. BF baru Naufal? Ah! Melepas lah aku. Sebab ini kot dia tak kisah kalau Ameeer tak ada pun?! Apa aku nak cakap kat Ameer ni?!
Call Screen "Ameer Khan"
Panjang umurkau Meer.
ANDA SEDANG MEMBACA
From Siam with Love
Teen Fiction#Sambungan cerita My Bromance I Atas dasar kesetiaan Fiqry terhadap Bromance-nya (Si Fahmi) dalam dunia songsang.... Dia mengambil keputusan menjadikan Hazirah sebagai kekasihnya supaya dia tidak mencurangi Bromance-nya dengan lelaki yang lain sebab...
