Babak 25

2.4K 67 3
                                    

Selepas kondisi aku stabil, aku dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, Kemalangan jalan raya itu menyebabkan buah pinggang aku semakin teruk.  Nasib nya.. Buah pinggang yang didermakan oleh Fahmi masih elok berfungsi dalam badan aku.

Naufal sahaja yang menemani aku sehingga pulang ke rumah. Tapi aku pelik. Kenapa Mak aku terlalu dingin melayan Naufal? Kalau dulu ada juga bersembang. Sekarang? Haih . Tak tahula.

Kaem pula memang dah tak akan jejak rumah aku lagi, sejak dia dihalau oleh Papa dari rumah ni. Dia kata dia malu dengan kejadian Malam tu. Tomahan papa pula begitu dahsyat.

Few moment at  Hospital....

.............

"Fiqry... I'm sorry.. Aku tak berniat mahu berbuat demikian sama Faiz malam itu. Faiz yang menggoda aku...."

"Sokay lah. . Aku tak kisah pun." - Tipu. Aku kisah!

"Aku fikir kau akan lupakan dan benci aku setelah kau dapat tahu aku kerjain Faiz, adik angkat kesayangan kau"

"Aku lagi sayang dan cintakan kau berbanding dia. Dia hanya adik angkat aku. Tapi kau.. Aku anggap istimewa. Tapi aku tak boleh terima kau. Aku ada Hazirah." jawab aku sambil memainkan jari aku pada dagunya.

Muka Kaem tersenyum palsu.
"Ya. Aku Faham."

__________________________________________

"Mak.. Aunty Maria mana?? Tak nampak pun" 

"Mereka dah pindah.." jawab Mak aku.

"Oh.. Diorang pindah mana?" tanya aku kepada mak aku yang sedang sebok melayan Aryan yang tak pandai nak duduk diam.

"Kenapa? Nak jumpa Faiz lagi? Tak payah.. Aunty Maria pun tak bagi Faiz berjumpa kamu lagi.." sampuk Papa.

Aku tersentak. Aku faham kenapa Papa dan Maria pisahkan aku dengan Faiz. Because we're  gay.

Bilik aku bersawang, meja almari cermin aku berhabuk. Beberapa krim muka dah expired. Stok Makanan segera juga begitu..

"Naufal... Ameer kat mana sekarang?? Aku nak jumpa dialah." ujar aku kepada Naufal yang rajin menggantikan cadar dan sarung bantal.

"Hm.. Ameer kat Karak, Pahang"

"Hah? Jauhnya.. Dia buat apa kat sana? Kerja??"

"Hm.. Tak."
"Dia masuk Pusat Serenti sebab Terlibat dengan pengambilan candy. Maklumlah masa tu dia dengan gang-2 dia banyak dapat events menyanyi.. Nak jadi extrem dia ambik benda tu.."

"Hah? Takkan Ameer macam tu?? Dah lama ke wei?"
Aku terkejut dengan pernyataan Naufal. Mata aku membuntang semakin besar. Agak tidak percaya Ameer boleh terlibat dengan benda macam tu. Betapa sedih hati aku sekarang ni.

"Aku dah pesan dekat dia.. Jangan ambik benda tu.. Tapi dia kata.. 'aku ambik sikit je. Aku nak tambah tenaga aku je' . So.. Aku nak halang macam mana lagi? Kalau aku cakap lebih-2.. Aku yang kena dengan dia"

"Sejak bila weh dia ambik benda tu?"

"Dalam masa 7 bulan kau koma, dia dah terlibat dengan benda tu sejak-2 dapat event menyanyi dimerata tempat. 3 bulan kemudian, dia didakwa sebab positive dadah"
"Kira-2 dah masuk Setahun enam bulan dah dia duduk kat Pusat Serenti"

Kecewa sungguh dengan sikap Ameer. Ameer. Aku tak sangka kau boleh jadi macam tu.

"Naufal.. Nanti kalau kau cuti kerja bolehlah ye kita lawat dia??"

"Hm.. Kau tunggu aku dapat cuti memang taklah wei.. Aku busy lah.."
"Apa kata kau ajak Kaem."

Huh. Ni lagi sorang. Pentingkan kerja daripada kawan. Baru senang sikit dah lupa kawan.. Kang cakap lebih-2 menyentap pula.

"Okay..."
"Kau selalu ke lawat dia?"

"Dua bulan sekali"

"Huh?!"
"Dua bulan sekali jw Naufal??"

"Aku busy lah dengan kerja..."

"Agak-2 lah kan?! Takkan kerja memanjang. Kau pentingkan kerja erk daripada Kawan kau? Ex Bf kau pulak tu!   Fikirlah sikit perasaan Ameer. " Nasihat aku.

"Kira untunglah aku melawat. Daripada tidak? hmm"

"Kau dendam ke dengan dia?"
"btw.. Aku bukan nak backup Ameer atau kau. Aku  tahu memang dia ada salah sebab  curang bagai dengan  kau. Tapi apa yang aku perasan, dia lebih utamakan kau kot. Kau tak sedar ke benda tu?"

"Hm... Ntahlah.."

"Weyh.. Dia kawan kau dari kecik kot. Tak patutlah kau jarang-2 lawat dia. Dia sayang kau tapi kau buat dia macam tu."

"Ikut hati aku memang langsung taknak langsung hadap muka dia. Kau nak tahu kenapa??"

"Kenapa?"

"Sebab dia adalah kelemahan aku, Aku masih sayang dia wei.. Lebih daripada seorang kawan. "
"Tapi... Sayang tu menyakitkan, Fiqry.. So biarlah aku move on . Kalau boleh aku nak lupakan dia.."

"Move onlah... Aku faham. Kau pun dah  ada Aina sekarang kan?"
"Tapi tak salahkan kalau kau jumpa dan  layan Ameer macam member kau?.. Tak  perlulah menjauhi dia..  Mesti Ameer fikir kau benci dia."

"Hm.. Kau tu memang suka backup Ameer dari dulu."

"Aku bukan nak beratkan sebelah sesiapa. Aku cuma tegur apa yang salah daripada korang."
"Sekarang kau paling dekat dengan aku. Jadi kaulah yang aku tegur. Nanti aku jumpa Ameer, aku pula tegur kesalahan Ameer"

"Hm.. Esoklah  kita lawat Ameer. Boleh? Esok aku  tak kerja sebenarnya."

"Aku on je" jawab aku tersenyum.
"Betul ni kau nak pergi?"

"Hm.. Yelah. Thanks nasihat kau untuk aku" Akhirnya berubah juga pemikiran Naufal untuk melawat Ameer.

"K. Aku balik dulu lah. Nanti apa-2 aku infom.. Kau tu jangan lupa  untuk rest  yang mencukupi"

"Okay. Thanks hantar aku  sampai ke bilik" ujar aku lalu mencium Pipinya.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now