Babak 4

3.4K 85 1
                                    

Aku turun menuju ke dapur pada jam 7.50 malam seperti biasa untuk makan malam..

Er. Dapur tak ada orang. Atas meja makan takada satu benda pun kecuali sebotol Air Fanta strawberry. Nampak macam baru keluar daripada peti ais. Aku capai botol tersebut lalu menuangkan air ke dalam cawan. Buih-2 gas menambahkan kehausan tekak.

Gulp Gulp Gulp.. Ah!

"Fiqry tak siap lagi?" tanya Papa tiba-2. Nampak gayanya papa baru balik office.

Aku mengerut dahi lalu meletakkan cawan di atas meja.

"Hari ni kita dinner kat Hotel. Wedding kawan Papa. Mama tak bagi tahu apa-2 ke?"

Aku menggeleng perlahan.

Papa mengeluh beberapa kali. "Mama lupa nak bagi tahu lah tu. Okaylah. Fiqry bersiap ye nanti."

"Okay Pa. Kejap lagi."

Papa mula melangkah meninggalkan aku, aku bersuara sekali lagi...

"Papa...."
"Fiqry ada benda nak cakap dengan Papa"

"Pasal apa?"

"Fiqry nak tumpangkan kawan Fiqry kat rumah ni boleh?" jelas aku dalam keadaan gementar.

Papa terdiam beberapa saat. Mungkin mahu mempertimbangkan permintaan aku.

"Kawan ke Pasangan? Papa tak setuju. Papa taknak Fiqry jadi macam dulu.. Lagipun Sekarang Fiqry masih ada dibawah tanggungan Papa."

"Papa...... Dia kawan Fiqry.. Tak lebihlah. Fiqry dah ada Hazirah pun."

"Papa cakap, tak boleh!" ujar papa kasar.

Aku mengeluh beberapa kali

"Fiqry, You have missed call from Hazirah. Your sweetheart right??!!" ujar Kaem melangkah menuju ke arah aku dengan papa.
Aku menyambut telefon aku daripada tangannya.

Papa memandang Kaem dengan pandangan sayu. Mungkin kerana wajahnya seperti Fahmi (?) Marah papa pun kelihatan semakin susut.

"Muka familiar dengan Fahmi kan Papa?" ujar aku menyedarkan papa yang macam dah kena pukau.

"Papa???" ujar aku lalu mengibaskan tanganku di hadapan mukanya.

Papa tersedar daripada pukauan itu. "Baiklah. Kawan kamu boleh tinggal di rumah ni" jelas Papa kepada aku.

Penjelasan papa menyebabkan Kaem tersenyum lebar. Mungkin terlalu gembira dapat menumpang.

"Thanks, Uncle."

"My pleasure. Kita kenal kemudian ya? Sekarang tak sempat. Fiqry, ajak kawan bersiap sekali . Papa naik dulu. Dah lewat sangat ni" ujar Papa terus menuju ke tangga. Tapi lirik matanya memang tak lepas daripada memandang Kaem.

-------------------------------------------------------

Selepas mandi kerbau menggunakan bilik air dibawah, aku terus menuju ke bilik lalu memulas tombol pintu.

Kaem tengah sarungkan boxer terkangkang-kangkang. Nampak comel. Tambah lagi satu bulu pun tak ada ditubuhnya.

Tanpa malu tanpa segan aku memandang. Kalau aku alihkan pandangan nampak sangatlaah aku ni homo.

Teringat adegan bersama arwah...
(Babak 3 on No Regret My Bromance)

"Siallah!! . Apa-2 pun kau dengan aku tetap jarak. Aku hal aku. Kau hal kau!" marah Fahmi sambil menaggalkan tualanya. Dia berbogel.

"Fami..,Apa yang kau buat?? Asal tak pakai seluar??" aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Bilik aku! Suka hati akulah. Bukan urusan kau! Kau tak tahan ke tengok aku? Kalau tak tahan.. Sila tidur atas sofa" kata Fahmi menyarung boxer.

"Kau homo ke?? Lelaki sejati takkan malu tengok batang lelaki lain" kata Fahmi lagi.

"Tak. Cuma kau tak sopan"

"Butuh. Ni bilik aku! huh"

Aku tersenyum sendirian.

"Kenapa pandang saya? Malu lah!!" Kaem bersuara.
Aku pulak yang malu sendiri dengan tegurannya.

"Kenapa? Lelaki sejati tak malu tau bila dipandang oleh lelaki lain" ujar aku sambil membuka almari baju.

"Nak kata saya homo ke sebab saya malu? Bukan macam tu. Tapi kamu pandang saya lain macam. Takut saya " jelas Kaem.

Aku tergelak kecil.

"Kenapa tak pakai baju kemeja?" tanya aku apabila melihat dia menyarung baju berlengan pendek.

"Saya tak ada baju kemeja."

"Kenapa tak cakap awal-2? Mari sini" ujar aku kepadanya lalu memilih baju kepunyaan Fahmi daripada Almari untuk dipinjamkan kepada Kaem.

Selepas siap dia membutang baju, dia memandang mata aku. Tiba-2 air mata aku gugur.

Fahmi. Aku rindu kau.

"Kenapa menangis?" tegur Kaem.

Aku tak mampu bersuara. Tapi paksa juga untuk menjelaskan.
"Baju yang kamu pakai ni, baju abang saya. Bila kamu pakai, sama macam abang saya" jelas aku sambil mengemaskan kolar bajunya.

"Kamu rindu dia??" tanya Kaem.

Aku mengangguk lesu.

" Saya cuba jadi macam abang kamu. Dah. Jangan menagis. Lelaki sejati tak mudah menangis tahu?" ujar Kaem mengelap air mata aku.

Sweet jugak budak Siam ni. Tapi.. ...... Entahlah..

"Okaylah.Jom turun?" ajak aku apabila keadaan aku mula reda.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now