Babak 37

2.1K 56 6
                                    

Enjin kereta dimatikan. Aku memandang Kaem disebelah aku. Tak tahulah nak membalas senyumannya atau pun tidak.

"Hm.. Tunggu apa lagi??" tegur Kaem sambil menggenggam erat tangan aku.

Sebelum aku keluar daripada kereta, aku sempat membuat aksi nakal kepadanya. Wajahnya tersengih suka.

Sebenarnya aku serbasalah dengan Kaem.. Selama ni aku selalu layan dia dingin disebabkan kepala otak aku berserabut. Moga dengan cara ni dia tak rasa bosan dengan aku.

_____=== ______=== ______===

Pintu bilik wad aku tolak dengan perlahan. Perasaan aku berbaur sakit hati dan sedih. Malangnya ego aku lebih tinggi. Rasa simpati itu masih ada tapi dendam itu membatasinya.

"Fiqry....." suara sayu Naufal jelas kedengaran. Aku memandangnya tanpa apa-2 rekreasi.

Tanpa memegang tanggannya atau pun apa2, aku terus duduk di kerusi disampingnya, tetapi bertentangan dengan badannya.

"Fiqry.. Aku minta maaf" suara sebak Naufal sekali lagi menerpa telinga aku.

Tiba-2 sahaja air mata yang aku tahan gugur sedikit membasahi kelopak mata.

"Fiqry.. "

"Sampai hati kau buat aku macam ni kan Naufal?"
"Dalam diam, dalam baik-2 kau, kau tikam belakang aku"

"Aku mintak maaf Fiqry"

Naufal terus-terusan memmohon maaf kapada aku. Aku pula semakin parah dengan air mata.

"Aku sayang kau Fiqry. Maafkan atas kesilapan aku."

"Sayang? Kalau sayang kau tak buat aku macam ni Naufal!"

Naufal tak menjawab dengan persoalan aku. Dengan itu, mulut aku mula meluahkan apa yang terpendam...
"

Kau kejam! Kau tipu aku! Kau khianat aku!!"
.
.
.
"Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni hah? !! Apa salah aku!!"
.
.
.
"Selama ni aku percayakan kau, Tapi ini yang kau balas dekat aku."

"Aku minta maaf" suara Naufal semakin sebak.

Akhirnya aku memeluk tubuhnya yang terlantar di katil. Ego aku dah melebur kerana ketidak sampaian hati dengan rayuannya.
Naufal masih terus memohon maaf dari aku.

"Ye.."
"Aku maafkan kau"

"Aku masih kawan kau??"

"Ya.. Kau masih kawan aku"

Lama kelamaan, perasaan aku kembali normal. Aku melayannya seolah-olah tiada apa masalah yang menimpa. Mungkin sayang itu menguasai diri.

"Aku nak kembali kan Zirah pada kau." ujar Naufal perlahan sambil memegang tangan aku.

Aku mnggeleng kepala perlahan tanda tidak mahu. Sorry aku taknak bekas orang. Apalagi bekas member sendiri.
"Kau lebih layak untuk dia"
"Aku gay."

"Hm.. Aku mintak maaf. Zirah yang paksa aku untuk menggantikan kau"

So what? Kau pun ikut kehendak dia? Ke kau pun dah sama gatal?! Huh!

"Dah. Aku taknak dengar apa-2 lagi"
"Zirah bukan jodoh aku"

"Sebenarnya... Aku memang dah lama sukakan dia. Tanpa pengetahuan sesiapa"
"Bila ada peluang, aku terus menerima Zira tanpa fikir perasaan kau"

Perbualan itu tergantung apabila nurse muda disusuli Kaem masuk ke bilik wad.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now