Babak 38

2.2K 53 3
                                    


Kini aku berseorangan di rumah Kaem di Bangkok. Kaem tak ada dirumah. Keluar dengan Family Thara katanya. Yelah esok Bermulalah majlis persatuan Kaem dengan Tara. Kalau ditanya apa perasaan aku.. Aku okay je dengan keputusan Kaem... Walaupun......

Hm... dhlah..

Aku hanya terkurung di dalam bilik. Lepas mandi, aku main DotA dan baca novel inggeris bertajuk "The Pickle" .(Halah! Bukan nak baca sangat pun! Dahlah bahasa inggeris susah nak difahami!) Btw Kaem memang banyak koleksi novel. Satu rak ni penuh dengan novel. Tak sangka pulak Kaem ni minat baca novel -_-

Lama kelamaan aku terlelap ketika membaca novel. Mungkin takde penghayatan semasa membaca ni kot.. Entah apa jalan ceritanya aku tak tahulah. Buku pun sudah menutupi ruang muka..

Tapi taklama itu aku tersedar bila ada someone yang menarik perlahan buku daripada tangan aku.
Selepas menggosok mata barulah aku nampak wajah Kaem disamping aku.
Hidung aku pula ditarik kuat. Sampai merah dibuatnya!

"Sakitlah Kaem!!.." suara manja marah aku menerpa.

"Ai... Tidur dengan novel nampak???"
"Tak faham la tu baca novel inggeris amerika"

Aku tersenyum manja dengan tegurannya lalu meletakkan kepala aku di ribanya.
"Yelah kita tak pandai macam orang tu" Dagunya aku sentuh, lehernya aku usap menggunakan jari telunjuk aku. Kaem dah menggelejat geli.

"Manja-2 pulak dia ni"

"Erm.. Biarlah."
"Ini je peluang yang ada. Esok orang tu dah bergelar suami orang."
"Kalau dah jadi suami orang dah tak dapat nak manja-2 macam ni" rungut aku.

"Tulah.. Aku ajak kau kawin taknak"
"Jadi isteri kedua aku, kau taknak"

"Eii! Nonsenselah kau ni!"
"Memang tak lah!"

"HahaaaaHaHaH"
"Aku gurau ajelah pasal kahwin tu."
"Kau take in serious eh pasal hal ni?"

"Emm.. 50 50 jugak lah"

"I'm not totally Idiot okay."

"Well.. Dah namanya pun Kaem kan? Kadang tu sewel jugak kepala otak dia" ujar aku sekadar bergurau.
Tiba-2 muka Kaem berubah marah. Senyum gurau aku pula semakin tawar.

"Kaem, I'm sorry , I just jok...."

"Pikir aku tak ada perasaan lah??"

"Aku main-2 je kot"
"Hmm"

Kaem tergelak besar secara tiba2. Uh saja nak kene kan aku.
"Haa! Takut sangat kan aku marah kau?"

"Taknak kawan!"

"Taknak kawan, jomlah kawin!!"

"HaHaHaHa lawaknya" ujar aku sekadar memerli lalu bangun daripada ribaannya. Muka Kaem menunjukkan reaksi selamba walaupun aku dah meloya buruk terhadap lawaknya yang tak jadi.

"Er.. Kau lapar tak?"
"Aku ada beli makanan untuk kau kat dapur"

"Lapar. Tapi aku nak makan lewat sikit"

"Suka sangat makan llewat malam. Macam mana tak buncit!"

"Hm.. Kenapa pun kalau buncit?"
"Kau tak suka aku ke kalau aku buncit?!"

"Ish mulut tu. Suka je"
"Buncit lagi best kot. Boleh picit-2" kata Kaem sambil memicit Perut aku sambil menahan gelak.

"Tak kisah pun kalau buncit."
"Asalkan kau tak benci aku"

"Tak adalah sayang.You're my fav boy even gemuk sekali pun" ujarnya sambil mengusap satu badan aku. Halah! Gersang sial.
"Kau tak kisah ke aku kawin dengan Tara?"
"Esok weh persandingan kami bermula. Bukannya setahun dua, tapi esok!"

Aku tersengih palsu dengan statement nya. Dalam hati aku mahu tak sebak!
Bukannya apa.. Aku tak kisah pun dia nak kawin.. Tapi aku mesti akan terabai. Ataupun konflik kaem dengan Thara akan berlaku.
"Kau tengok muka aku ni. Ada aku kisah???"

"Hm.. Kenapa kau tak kisah?"

"Sebab pasangan lelaki memang wanita" - Kukuh ke alasan ni?

"Habis? Aku lelaki. Kau lelaki. Macam mana tu?"

"Well.. We're special case!" jawab aku lalu melabuhkan kepala diatas ribanya semula.

Kaem membelai rambut aku. Mata aku pula bertentang dengan mata dia. Mungkin hati masing2 berselindung dengan suatu perasaan.

"Kaem....."
"Kenapa kau hensem sangat"
"Sayang pulak nak share dengan Thara" gurau aku sambil memaut lehernya.

"Herm.. Aku boleh je lepaskan Thara kalau....

"Tak payahlah. Aku cakap je kan?"
"Dahlah aku malas lah nak cakap benda yang sama, berulang kali kot kota bahas hal ni"
"Keputusan aku memang dah jelas kan?"


Kaem terdiam dengan kata-2 aku. Mungkin sebab tak pasti dengan keputusannya sendiri.
Taklama kemudian dia berbicara semula...
"Aku nak tanya kau sesuatu.."

"Tanya jelah"
"Skema sangat asal..."

"Kenapa kau suka aku??"

"Sebab kau hensem"

"Hm.. Suka aku sebab rupa lah ni?"

"Well.. Kau pun suka aku sebab rupa kan?"

"Tak adalah. Aku suka kau sebab kau sweet"

"Mana ada plu tak pandang rupa.. Well.. Banyak kot kat dunia ni plu tak hensem dan taklaku even dia sweet macamana pun."
"Benda ni bukan dalam kalangan PLU je. Reality dunia pun memang macam ni kan?"
"Huh"
"Tak wujudlah cinta sebab hati! Some special case adalah wujud."
"Btw.. Kalau rupa tak ada, hati yang baik pun takkan dipandanglah wei. ."

"Dah habis membebel?"

"Aku cakap benda fakta kot!"
"Ermm.. Kau pulak bagi alasan kenapa kau suka aku"

"Sebab rupa"

"Pulak!?!?"

"Yelah. Aku bagi alasan lain nanti kau bangkang"
Sempat perli lagi tu!

"Dahlah.. Jom makan!" ajak Kaem menampar perlahan pipi aku.

Aku segera bangun dari ribaabnya lalu bersila diatas katil. Mata bertentangan dan secara automatic wajah kami bertentangan, dan bibir kami bertemu.

"Dah jom makan" ajak aku selepas puas melekatkan bibir.

Belum sempat aku bangun daripada katil, Kepala aku dipaut lagi. Bibir aku didapatkan semula. Malah aku mula terbaring dan mrneruskan aksi makan-2.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now