Babak 36

2.2K 55 0
                                    

"Fiqry.. Pergilah lawat Naufal.. Dia betul-2 nak jumpa kau. Dia nak minta maaf dekat kau"
"Dia berharap sangat" kata-2 Kaem terniang ngiang didalam fikiran aku.

Cafe Office...

Nasi goreng yang dipesan sudah pun siap terhidang di atas meja. Aku hanya mampu termenung melihat hidangan itu. Entah kenapa selera makan aku hilang sejak 2-3 hari ni..

"Kenapa tak makan?" tegur Nick yang berada berhadapan dengan aku. Aku hanya membalas tegurannya dengan pandangan yang kosong sambil memaksa diri aku sendiri menyuapkan sesuap dua nasi ke mulut. Tapi perut aku seakan tak mampu nak menghadam lagi.

Tiba-2.. Telefon aku berdering dengan lagu If You're Not The One.
Nama Kaem terpampang di skrin telefon aku. Aku biarkan saja telefon aku berdering walaupun ia mengganggu jiwa.

"Kenapa tak angkat???" tegur Nick setelah menghabiskan kunyahannya.

Aku tak menjawab persoalannya. Aku mula menyuapkan nasi ke mulut semula. . (Tiba-2 TERselera sebab persoalan Nick)

Tak lama kemudian, telefon Nick pula brrdering menunjukkan panggilan masuk daripada Kaem.

"Tak payah angkat!"
Belum sempat aku merebut telefon daripada tangannya, Nick sudah menjawab panggilan Kaem terdahulu.

"Hello!"
"Fiqry? Ada ni haa dengan aku"
"Ada ni dekat Cafe Office"
"Haa Ok Ok"

"Apa masalah kau nak sebok urusan aku??!" tengking aku kepadanya. Ikut hati nak je aku simbah dengan air panas ni!

"Apa masalah kau nak halang aku angkat panggilan? Telefon aku kan??"

"Memanglah! Tapi ada kaitan dengan aku jugakkan??"

Bebelan aku terhenti bila Kelibat Kaem aku nampak dibelakang Nick. Kaem sedang berjalan macho menghampiri kami berdua.

"Huh!" keluh aku sambil melepaskan sudu dan garfu ke pinggan sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

"Kau nak apa jumpa aku? Kalau nak jumpa aku setakat nak paksa aku jenguk Naufal baik tak payah!!" bebel aku sebelum sempatnya Kaem melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.
Btw aku memang malas nak menghadap muka Kaem even rindu. Tak sudah2 paksa aku untuk jumpa Naufal.

"Taklah. Aku nak jumpa kau sebab aku rindu"
"Kau tak rindu aku ke?"

Dengan tidak semena-mena, Aku sendiri yang malu dengan jawapan Kaem. Aku mengalihkan pandangan ke arah Nick pula. Kelihatannya Nick tersengih-sengih tah kenapaa.

"Apahal sengih-2!"

"Kaem sweet.."

Aku mengalihkan pandangan aku lagi ke mana-2. Asalkan bukan muka Kaem dan Nick!

Aku biarkan mereka berdua bersembang. Telinga aku ni sometimes jadi telinga lintah, sometimes jadi telinga kuali.

Tidak lama kemudian Nick meminta diri untuk kembali sambung kerja di Office. Kini tinggallah kami berdua di situ.

"Fiqry... Jangan buat muka macam tu boleh?"
"Terlalu jambu"
"Rasa nak makan jeee"

Aku mengalihkan pandangan ke arah matanya. Mata aku mengecil kerana keannoyingannya.

"Nah ! makan ni!" kataku sambil menolak pinggan ke arahnya.

Nampaknya Kaem sudi untuk memakan sisa sisa aku. Belum sempat dia mencapai sudu, aku menarik pinggang itu semula. Rasa serba salah pulak bagi dia makan sisa aku.
"Sisa aku pun nak makan ke? Pergilah order yang lain" jawab aku dengan penuh rasa serba salah.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now