Babak 22

2.7K 57 11
                                        

Mid-October

Ketika aku berjalan-jalan di Tasik Permaisuri, aku melintas dihadapan satu kereta putih. Sempat aku menoleh ke arah kereta tersebut. Oh shit!! Dua budak lelaki tengah Projek.

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan mereka lagi.
"Wei! budak?? Taknak Join ke?? Jom ah?? Kau boleh tahan aku tengok" ujar seorang budak lelaki apabila cermin kereta dibuka. . Aku tersenyum lalu menggeleng.. Kemudian.. Tiba-2 mereka keluar dari kereta dan mengejar aku . Lari punya lari.. Pap! *Jatuh*

Akibat mimpi ngeri tu, aku jatuh katil. Aku meraba smartfon aku di katil untuk melihat jam. Ada jam dinding macam tak de guna... Bateri dah sebulan tak berganti.. Er. Pukul 08.05 PM ?? Lamanya aku tidur dari pukul 5.00 PM??

Satu mesej yang diterima pada jam 6.00 PM, yang belum aku baca aku buka.

From: Naufal
Time: 6.00 PM
Weiii.. Pukul 8.00 PM Aku nak kau sampai Tasik Permaisuri erk? Ada hal.. Datang au. Jangan bawak Faiz plak!

Babi.
'Apelah halnya nak jumpa kat Tasik Permaisuri ni??' 'Dahlah mimpi pun pasal Kat Tasik Permaisuri!'

Oleh kerana masa dah terlajak, aku menghubungi Naufal bagi masa untuk bersiap.

_________________________________________

Sebelum keluar daripada kereta, aku akan pandang kiri kanan depan belakang. Jantung aku berdegup kencang. Lock kereta pun belum aku buka.
Seriously tempat ni seram gila . Ditambah lagi sebab mimpi bodoh tadi.

K. Line clear. Aku berjalan pantas Menuju tempat kebiasaannya Naufal bersama Ameer dahulu. Dalam otak masih tertanya-tanya kenapa perlu jumpa di sini? Dalam masa yang sama juga berada dalam ketakutan. Kalau budak-budak ke.. aku tak kisahlah lagi. Ini tang Sugar Dad pulak yang tangkap memang siot lah kan?? Memang seram lah.

"Ha! Sampai pun kau! Lamanya sampai??! Aku dengan Kaem tunggu daripada pukul 7.50 pm kot " tegur Naufal setelah duduk bersebelahan dengannya.

"Kau... Kenapa nampak macam takut ni?? bErpeluh peluh? Nampak hantu ke apa?!" tegur Kaem pula.

"Haha! Itu tak lain tak bukan kena kejar dengan jantan-2 lah tu.."
"Ermmm... Asal tak layan je?? Kau kan...."
belum sempat Naufal menghabiskan ayat, Kaem telah menyiku sedikit perut Naufal.

'Sabar Fiqry. Kau kan dah masak dengan perangai sahabat-2 kau. Jangan amik hatilah dengan kata-2 Naufal.' - Makan Hati.

"Fiqry, kami ada hal mau cakap pada kau." ujar Kaem memulakan bicara.

"Haa?.. apanya??"

"Aku dengan Kaem nak pergi Australia" sampuk Naufal memandang aku.

Aku diam beberapa detik... Perasaan berbaur cemburu+sedih. Member pergi.. Crush pergi. .
"Untuk apa? Dapat sambung belajar ke??"
"Aku tak dapat apa-2 berita pun dari kolej pasal dapat sambung belajar luar negara???"

"Taklah.. Kitorang rasa nak berhenti belajar, And nak kerja kat luar. Aku rasa tak berbaloi pun kalau kerja kat Malaysia dengan Course yang aku ambik. Gaji berapa sen lah sangat dengan Course yang aku ambik tu.."

"Kau nak ke Australia?"
"Kau nak kerja apa kat sana??"

"Petik Buah-buahan"
"Gaji sejam AUD13 ke Aud15 perjam"
"Lebih kurang 48 Ringgit perjam. Kalau bekerja 8 sampai 10 jam sehari je boleh dapat RM300 ke RM450 sehari.Cuba darabkan dengan 26 hari waktu bekerja ? Lumayan kot!!"

"Oh.."
"Herm.. Ameer tahu ke hal ni??"

"Tak perlu pun cakap kat dia. Dia bukan care pasal aku dah."

"Kau yang menjauh... Bukan Ameer."
"Kau tak rindu kenangan kita lama-2?"

"Rindu tu memang rindu.. Tapi... Dahlah. Jangan ungkit kisah lama"
"Nak ulang kisah lama pun tak boleh. Fahmi pun dah tak ada. Memanglah Kaem ni sama rupa.. Tapi perangai lain."

Aku pandang Kaem.. Kaem pandang aku.
Aku terus mengubah topik perbualan..
"Sampai bila kaurang nak kerja petik buah tu?!"

"Duit dah banyak nanti, aku dengan Kaem akan balik Malaysia, and bukak perniagaan sendiri. Lagi berbaloi kan??"
"Btw.. Aku nak jugak rasa hidup mewah macam kau. Ada kereta sendiri, rumah bunga low..."
"Sampai bila aku nak naik motor capuk tu je kan? Lagipun kau tahu-2 jelah.. Family aku Duduk tak menetap. Selalu pindah randah."

"Hmm.. Nanti dah senang... Jangan lupa aku erk Naufal??"

Tiba-2 pipi aku dicium. Agak lama juga.
"Aku tak akan lupa kan kau,dengan Kawan-2 aku. Lagi-2 kau."
Tangan aku dipegang erat.

Aku pandang mata Naufal dalam-2 dalam kesamaran gelap.

"Kenapa pandang aku macam tu? Pelik??" tanya Naufal.

"Yelah.. Tiba2 kiss aku? Tak pernah2 kiss.. Tiba-2 je"

"Sebab aku sayang kau lah bongok!"
ujar Naufal selamba lalu memeluk lututnya. Hati aku senang dengan ucapan Naufal. Bukan senang nak dapat ucapan Sayang daripada dia. Kata-2 Naufal kan semuanya jujur.

"Btw.. Aku pun ada nafsu gak kat kau.. Tapi aku tahan wei" ujar Naufal lagi sambil tersenyum dalam beberapa detik.
"Kau taknak cium aku balik ke?" ujar Naufal lagi memecahkan kesunyian.

Aku pandang Kaem. Kaem pandang Tasik buat tak tahu.

"Kenapa? Takut Kaem jeles?"

Tangan aku dan Kaem digenggam Naufal.
"Korang saling suka sama suka kan?"
"Tapi.. Tak payah lah wei kapel-2.. Kita jadi kawan lagi kekal kan? Kau tengok jelah hubungan aku dengan Ameer sekarang macam mana akibat couple."
"Aku cakap ni bukan aku jeles dengan hubungan korang .Tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku..."
"Kau kan ada Hazirah kan Fiqry? Takkanlah kau nak couple dengan Kaem sekali.."
"Erm.. Kau dah lupa janji kau dengan arwah erk???"

Tersentap kalau diungkit pasal janji aku dengan arwah untuk saling setia. Tapi dia dah tak ada. So terputuslah kan? - Kejam kau Fiqry! Insaf kejap.

"Korang ni senyap je dari tadi? Aku je yang bercakap??" ujar naufal lagi.

"Tak tahu nak cakap apa. Beratnya nak bagi kau pergi" jawab aku.

"Berat nak bagi aku pergi ke.. Berat nak bagi Kaem pergi??"

"Dua-2" jawab aku lalu mencium pipi Naufal. Kaem jauh. Takyah kiss dulu.
"Jom makan wei?? Aku lapar...."

"Kau ajak kau lah yang belanja" ujar Naufal perlahan.

"Yelah.. Jom??" ujar aku lalu menarik tangan mereka berdua untuk bangun. Baru aku faham kenapa Naufal bawa ke sini. kat sini kalau nak sweet-2 tak ada sapa kisah pun..

To: Ameer
Time: 10.25 PM
Ameer.. Kau kat mana? Datang restoran kita au . Kejap lagi Aku Naufal dengan Kaem sampai.

From: Ameer
Time: 10.25 PM
Aku memang ada ni ha kat Restoran.. Tengah lepak gan Faiz. Ingatkan dah lupa kat aku kan? Pergi tasik dahlah tak ajak? -,,-

From Siam with LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang