Babak 10

2.9K 75 2
                                    

Hari ini dah masuk hari ke-3 Si Ameer rajin datang rumah aku. Nampak lah seri wajah dia tu naik. Kalau tidak... Mengalahkan monyet belanda! O.. Maklumlah,  Sejak aku bela "anak ikan" dalam rumah ni kan?

Kadang tu aku tak faham dengan Ameer ni. Semua hati dia mahu rembat. Fikir dia cukup hebat? Hati aku dia nak. Hati Naufal dia nak. Sekarang budak tu pulak? Haih  . Ameer-2x.

Aku menatang setalam air milo dan beberapa potong kek yang aku rembat dari peti sejuk ke ruang tamu.

Mesra betul Ameer dengan Faiz. Pegang-2 tangan bagai. Dah lama sangat ke tak jumpa? . Geli k GELI! Geli ke jeles???  Aku ada hak ape nak jeles!. Dah 4 malam berturut k aku tidur dengan anak ikan tu. So Faham sendiri -,-

Kejap. Aku suka Kaem. K. Aku pun dah jadi macam Ameer. Semua hati mahu rembat. Fikir kau hebat ke Fiqry Fathi?!

"Ehemmmm.."  Aku meletakkan hidangan di atas meja. Tangan mereka saling melepas.

"Minumlah... Macam tak biasa pulak.." jemput aku setelah menuang air ke dalam cawan.

Tadi punyalah sembang pumpang-2. Aku datang masing-2 senyap. Nak cover lah tu.

............. "Eleh! Kau yang ajak aku pergi camping, kau yang letih melebih-lebih! Taklah mencabar sangat!"

"Alah.. Jati diri kau lain. Aku orang mana. Kau orang mana. Kau asal kampung selalu buat kerja berat"

Kedengaran suara kecoh itu menghampiri ke arah ruang tamu.

"Naufal?" ujar Ameer seperti kaget.

Naufal juga memerhati Ameer dalam beberapa detik.

"Kau pergi camping dengan Kaem? Kenapa tak ajak aku?" tanya Ameer.

"Suka hati aku r nak ajak siapa pun. Bukan hak kau nak halang aku." ujar Naufal dengan kasar.

"Fiqry? Kau cakap Kaem pergi Camping sorang-2?"

Aku tak menjawab apa-2. Ameer yang tadi mesra kini mukanya merah padam.

"Fiqry, tumpang bilik air erk!" ujar Naufal tidak menghiraukan Ameer.

Ameer mula mengikut jejak langkah Naufal di tangga.. "Naufal. Sambil bila doh nak bergaduh. Dahlah"

Aku mencuri-2 dengar perbualan mereka dalam bilik aku.

"Naufal. Dahlah. Aku tak suka gaduh-2 macam ni" rayu Ameer.

"Bla lah... Aku taknak dengar apa-2 dari mulut kau.. Just let me go. Easy. Aku bukan hansem macam budak-2 gay lain." ujar Naufal lembut.

"Kau dah tak sayang aku ke?  Owh. Kau dah ada Kaem kan??!! So kau bolehla buang aku sesuka hati!!"

"Kaem tu straight. Kau Jangan nak tuduh aku macam-2. Aku rapat dengan Kaem sebab dia semangat aku. Dia Fahmi aku!  Kau apa tahu? Tahu tuduh aku melulu!  Ingat kau, aku macam kau? Semua orang kau nak."

"Kau tak sayang aku dah ke?!"

"Apa guna aku sayang kau tapi kau tak pernah nak berubah!"

"Bagilah aku peluang lagi sekali."

"Dah berapa lama dan dah banyak kali aku bagi kau peluang?!  Bertahun-tahun wei. Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau buat belakang aku?! Kau jangan ingat aku ni low profile, aku tak ada member wei. Macam-2 gambar kau lah aku dapat.  Tapi aku diamkan. Aku pendam semua tu wei. Sebab aku sayang kau!!!"
Ada sedikit tanggisan pada hujung bicara.

"Aku diamkan sebab aku taknak bergaduh dengan kau. Tapi... bila kau dah berani tunjuk belang kau depan aku, sorry to say. Aku benci kau" ujar Naufal lagi. Tanggisan itu tiba-2 tidak kedengaran.

"Aku...

"No more talk...

Pintu bilik terbuka . Muka aku bersetentangan dengan Naufal.

Ops kantoi aku curik2 dengar perbualan diorang. Cuak pun ada.

"Aku balik dulu ah bro. Tak jadi nak mandi" ujarnya menyambut tangan aku.

"Kaem, Jumpa kau esok. Pergi mandi. Dahlah busuk!!" ujar Naufal sambil menyeka air matanya.

"What happen?" Kaem berbisik ke arahku.

"Nanti malam aku cerita" kata aku lalu turun ke bawah mengikut Naufal.

"Naufal. Aku mintak maaf."

"Dah ah. Kau tak salah. Aku tak salahkan kau. Sorry ar aku bersikap dingin dengan kau. Klah aku balik dulu erk."

"Er.. Kau balik naik apa??"

Naufal menggaru kepala. Tersemyum sinis pada bibirnya. " Aku, lupa aku naik van tadi. Kau lah hantar aku balik. Boleh?"

Aku sekadar mengangguk tanda setuju.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now