Babak 23

2.6K 67 7
                                    

Hari ini hari terakhir kami berjalan-jalan dan berkumpul di Sunway Pyramid. Mungkin esok atau lusa Naufal dan Kaem akan flight ke Australia.
Selepas berseronok di Water Park Wave Pool bersama Kaem, Aku menuju ke arah Ameer dan Naufal.

"Fiqry, malam ni aku tidur rumah kau erk?" ujar Kaem ketika kami berjalan ke arah Ameer dan Naufal.

"Urm... Boleh.. Tapi...Takkan Tidur je koot?????"

"Yayalah.. Habis Kau nak apa?" tanya Kaem lalu menolak bahu aku sambil tersenyum manis sambil memainkan peranan pada keningnya.

"Tak ada apalah" jawab aku juga tersenyum meneruskan langkah.

"Kau nak aku fuck kau??!" bisik Kaem sambil berjalan disamping aku.

"Kalau kau nak. Apasalahnya" jawab aku sambil menarik pipinya lalu membesarkan langkah berjalan.

Semasa menuju ke arah Naufal dan Ameer.
Sedikit perbualan mereka aku tangkap.

Ameer memang dah membangkang habis-2 an dari minggu lepas dengan tindakan Naufal untuk pergi ke Australia , Tapi halangannya langsung tak dihiraukan Naufal.

"Kau nak ke sana buat apa??!! Dah elok-2 duduk sini, ada pelajaran, ada biasiswa pulak tu .. Makan minum tak pernah sudah.... Apa lagi weh yang tak cukup?! Lagi pun.. setahun je pun dah nak masuk alam perkerjaan. Tak payahlah wei duduk sana.." ujar Ameer.

"Aku malas lah nak belajar lagi."
"Lagipun Aku kerja kat Australia bukan selamanya pun. Aku just nak kumpul duit dan bukak perniagaan sendiri. Nak harap gaji malaysia berapa sen sangat?." jawab Naufal sambil memguis-uis baju Ameer.

"Tak ada life siyal duduk sana!? hari-2 petik buah???! Bodoh apa?"
"Ko tahu tak duduk sana... sama je taraf kau dengan warga asing yang duduk kat negara kita ni! Kau tengok jelah bangla2 kat Malaysia ni. Kau dapat gaji banyak pun kos hidup tinggi! So tak ada bezalah weh!!" sampuk Ameer pula.

Kaem memandang Ameer dengan pandangan tak puas hati dek kerana menyentuh isu 'warga asing'

"Apa pandang-2?? Haei Kaem! Aku tak ada niat nak kutuk kau okay? Kau lain lah! Kau masuk negara ni sebab nak belajar. So orang tak pandang hina kat kau. Tapi masalahnya sekarang kau tu dah elok dapat belajar kat sini, tiba-2 menggatal nak kerja dekat Australia tu buat apa? Petik anggur petik strawberry hari-2? Tak ada life la weh!" jelas Ameer.

"Wah! Hina nyaaa lah kan kau pandang dekat kitorang yang nak kerja petik buah ni kan?" sampuk Naufal dengan nada kecewa.
"Dahlah Kaem . Jom ar bla... Kau tak rasa teeerrrrrr hina ke duduk kat sini??" jawab Naufal lalu melangkah pergi perlahan.

"Kau tak faham Naufal!" jerit Ameer dengan perasaan geram.

Naufal menghentikan langkahnya,
"Siapa yang tak faham siapa sekarang ni!!! Salah ke aku nak berjaya dengan cara macam ni??"

"Tak salah, Tapi Aku tak nak kehilangan kau lah babi!! Kenapa susah sangat nak faham!!"
"Aku tak ada niat nak kutuk kerja kau! Sumpah tak!" ujar Ameer kasar. Akhirnya terluah juga sebab sebenar dia tidak mahu Naufal pergi.

"Aku cuma taknaak kau tinggalkan aku Naufal. Kau nak dendam aku, dendamlah. Aku tak kisah. Janji kau ada depan mata aku." ujar Ameer mula perlahan dan menekup mukanya.

Titisan air mata Ameer mengalir membuatkan aku juga mahu menangis. Bukan senang nak tengok Ameer menangis. Mungkin sebab ketulusan dia menyayangi Naufal itu masih kental.

"Sorry. I 've to go"

_________________________________

Seawal jam 8.00 malam aku membawa Hazirah keluar makan malam. Malam ni aku round 1 cheras semata-mata mencarik Restoran. Itulah akibatnya keluar tanpa rancangan. Er....

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now