Babak 39

2.3K 58 1
                                    

Lebih kurang setengah jam aku menunggu Kaem keluar daripada bilik. Jenis aku memang tak reti duduk diam kalau menunggu orang. Jadi dah ke berapa kali tah aku duduk bangkit duduk bangkit daripada kerusi. Dalam pada itu, aku termenung jauh memikirkan mana aku nak bawa diri aku selepas Kaem berkahwin dengan Thara. Alasannya... aku taknak ganggu kebahagiaan Thara semasa bersama Kaem.

Buat masa sekarang ni memang aku layan Kaem as long as sweet.. Tapi lepas kau dah kahwin.. Sorry Kaem.. Ku harus pergi...
*sebak sendiri*

Tidak lama kemudian, lamunan aku terhenti bila keberadaan parent Kaem menghampiri ruang tamu.. Aku cuma membalas senyuman mereka..
Btw nak sembang pun , aku bukan reti cakap Thailand. Setakat Rakh hun Rah kun boley ah . Lepastu Sawadikap Sawadikap.

Daripada bahasa tubuh mereka aku faham bahawa mereka ajak aku bersarapan dahulu.. Jadi.. Aku membalas pelawaan mereka dengan mengangguk kepala. Sebelum aku melangkah ke dapur, aku pergi ke bilik Kaem untuk menjenguknya.

Buka sahaja pintu, aku terus menghampirinya dengan perasaan geram.
"Kau tak siap lagi?!"
"Lama aku tunggu kau kat luar tahu!"

Apabila semakin mendekat, barulah aku perasan kelopak matanya berkaca.
"Kaem?? Kau kenapa ni??"
"Are you okay?"

Kaem terus memeluk aku dengan erat.
"Aku tak sedia lagi untuk berkahwin."

Dalam masa yang sama,
Aku memeluk Kaem kembali.
"Kaemm.. jangan macamni. Kau kena jugak kawin dengan Tara"

"I can't , Fiqry. I just want you. Not her"
"Aku dah ubah fikiran aku, aku pilih kau sorang je. Aku taknak Thara.."
"Aku nak jaga kau sorang"

"Kaem. Please jangan macam ni .Kesian Tara"

"Kau memang tak sayangkan aku kan!?"

"Sayanglah. Mana boleh tak sayang."
"But.. kau tak patut ubah fikiran kau."
"Nak tak nak kau kena kawin dengan Tara jugak"
"Pity her"

"Tapi aku sayang kau"
"Aku nak kau"

"Dalam masa yg sama kau sayang Tara jugakkan?"
"Kau nak aku? Aku ada je ni dengan kau"
"So apa masalahnya?"

"The problem is...."
"I just love you . Not her"
"How could will be happen after we're get marry??"

"Kau sendiri yang pilih jalan ni Kaem."
"Jangan senang-2 nak lepas tangan"

"Yes.!"
"Sebab masa tu aku fikir kita takkan ada peluang untuk bersatu"
"Kau ada Zirah masa tu, Jadi aku cari Thara sebagai kekasih aku."
"Tapi sekarang kau dah....

"Kita memang tak boleh bersatu kaem." bidas aku perlahan.

"Why?!" katanya kasar sambil menggoyangkan bahu aku.

"Terima lah Hakikat"
"Kau dah ada Thara"

"But I can break with her."
"Aku Masih ada masa lagi untuk hentikan perkahwinan aku dengan Thara.."
"and we will be together"

"Stop Kaem" aku meletakkan jari aku di mulutnya yang basah.

Air mata kaem jatuh ke pipi secara perlahan-lahan diiringi suara sebaknya.
"I want you"
"Just you, Fiqry"

Aku terus memeluknya didalam dakapan aku sekali lagi, sambil mengusap belakangnya
"I still have for you,dear. Sepatutnya tak ada isu yang perlu diperkatakan."
"Pasal aku kau jangan risau.. Aku tak kisah pun. We still together right? even kau suami orang"

"Aku takut kau tinggalkan aku"

Memang aku akan tinggalkan kau selepas kau menjalinkan ikatan dengan Thara, Kaem. Im sorry... Aku taknak kau abaikan Thara.

Aku terpaksa tipu kau buat masa ni Kaem..

Sorry Kaem...

"Dahlah. Pergi siap okay? Aku tunggu kau kat luar."
"Aku tak sabar nak selfie dengan kau ni"
"Aku nak breakfast dulu"

Lepas ayat terakhir itu terluah... Aku terus melangkah meninggalkannya..

"Cepat sikit tau!"

"Fiqry...."
Sahutan dia kepada nama aku tak lagi aku hiraukan.

__________..._________..._______

Samui Island Temple..

Aku duduk bersebelahan ayah Kaem, diikuti pihak2 lelaki dibarisan kanan aku.. Memang ramai jugak saudara-2 sepupu-pupu sepapat-papat kupu2 rama2 Si Kaem ni.
Begitu juga pada pihak Thara. Boleh tahan ramai juga.

Sebelum upacara bermula, aku sempat bermesej dgn Naufal dan Aina. Beberapa gambar Kaem dan Thara aku lampirkan kepada mereka secara direct.

Tiba masanya,
Kaem dan Thara sudah kehadapan apabila dipanggil oleh Sami. Dari lirik mata aku, aku nampak Kaem menoleh ke arah aku dengan wajah kasihannya. Sebak aku tiba kerana simpati itu aku juga mendatang. Jantung aku mula berdegup kencang.
(Kaem yang nak kahwin, aku pulak yang berdebar! Kenapa dengan aku ni? tak boleh terima Hakikat or what? )

Upacara telah dimulakan.. Entah apa yang Sami cakap pun aku tak tahulah. Panjang lagikan lebar. Nak kata ijab qabul asal panjang sangat? Si Kaem pula mengangguk-angguk kepala tah apahal .

Kemudian bila tiba masa pula Kaem untuk melafaz kembali, suaranya tersekat-sekat.
"Sau........."
"Sau........."

Kaem terus bangun daripada sebelah Thara lalu berlari ke arah keluar pintu Kuil. Dalam suasana yang agak happening, aku mengejarnya sambil menjerit memanggil namanya sehingga masuk ke dalam kereta.

Kaem terus menghidupkan enjin dan terus meninggalkan Kuil.. Suasana diluar Kuil kelihatan agak kecoh dengan kejadian begini. Dari jauh aku nampak Thara menangis perlahan, ibu Kaem cuba menenangkannya.

"Kenapa kau buat macam ni Kaem?" aku mula bersuara setelah perjalanan jauh dari Kuil.

"sebab aku terlalu sayangkan kau. "
"Mana mungkin aku bahagia dengan orang yang aku tak cintai lagi?"

"Tapi Thara....

"Keep your mouth Fiqry"
"Sampai bila kau nak sebok jaga hati orang sedangkan hati kau tak terjaga?"
"Lagipun kau tak ada kaitan dengan Thara, buat apa kau nak kasihan?"
"Sekarang aku cuma mahu jawapan dari kau, sama ada kau sudi bersama aku, atau pun tidak"

"Mak aku dah cari calon isteri untuk aku" berang aku terhadap Kaem.

"So what?"
"Itu bukan penghalang untuk kita bersama!"

"Habis tu apa alasan kau untuk tidak bersama Thara???"

"Aku tak ada taste dengan perempuan"
"Geli"

"Perempuan lebih....

"Jangan samakan aku dengan Kau Fiqry.. Aku Gay."
"Kau.. Bisex Flexi"
"We are at the different taste even on the one way"
"So don't force me again"

"Habis kalau kau tak ada taste kenapa kau terima Thara?"

"Aku cuba berubah masa tu. But sekarang aku tak fikir nak berubah"
"Now, I just want you"
"Aku nak dekat dengan kau selalu walaupun sebagai kawan"
"Dahlah. Fikir pula pasal hubungan kita. Jangan nak sebok bahas urusan aku dengan Thara lagi. Itu aku akan uruskan kemudian."

"Hm.. Kalau aku nak move on macam mana?"

Kaem mati kata-2 apabila ujaran itu aku luahkan. Aku sendiri susah nak berubah sebenarnya.

"Aku tak menghalang"
"As long as we still couple, at the same time.. I won't to touch you "

"Boleh percaya ke?"

"Btw.. Aku sayang kau bukan berdasarkan sex okay, cuma aku selesa bila bersama kau, berbanding bersama Thara"

Tangann Kaem mula menggenggam tangan aku, aku juga membalas ggenggaman tangannya.

Dan bibir aku melekat di pipinya yang mempunyai kesan air mata.

"So.. Kau nak bersama aku tak?"

"Selesaikan urusan kau dengan Thara, dan aku akan bagi jawapannya"

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now