Babak 24

2.3K 62 7
                                    

2 tahun 5 bulan kemudian...

Satu mimpi yang kabur jalan penceritaannya. Aku tak ingat apa-2 tentang mimpi itu! Yang aku ingat, bayangan seorang wanita pergi melepaskan tangan aku. Seorang lelaki memeluk aku, Dan seorang bayangan lelaki menolak aku sehingga terjatuh. Akibat tolakan itu, ia telah membangkitkan aku daripada lena yang panjang.

Cahaya yang terpancar menyukarkan kelopak mata aku untuk dicelikkan. Walaubagaimanapun mata aku masih boleh tercelik dalam keadaan sepet. Aku tak dapat mengecam siapa yang ada disekeliling aku.. Yang aku dengar hanya suara perempuan memanggil-manggil "Doktor! Doktor!!"

Perempuan itu memeluk aku dalam dakapannya. Bau perfume itu sangat aku ketahui. Mak akulah. Siapa lagi.
"Fiqry, dah lama mak tunggu Fiqry sedar"
"Tiap hari mak tunggu Fiqry sedar tahu tak?"
"Fiqry rehat dulu ye?"
Aku tersenyum dan mengangguk lesu, badan aku terasa lemah.

Dalam diam, Aku merasakan diri aku sedang mengalami Dejavu.  'Aku rasa, aku pernah lalui keadaan detik sekarang ini , sebelum ini. Tapi.. Entahlah'

"Mak... Fahmi mana? Papa mana??"
Tiba-2 dalam kepala otak aku terlintas nama Fahmi.

Mak aku membelai rambut aku.
"Fahmi dah lama meninggal, semasa kamu dan dia 17 tahun. Dah 7 tahun berlalu,Fiqry."
"Papa kamu kerja"

Tiba-2 kepala aku sakit. Aku memegang kepala aku yang tiba-2 berdenyut. Lama-kelamaan, bila keadaan aku kembali stabil, baru aku ingat tragedi aku dan Fahmi.

"Oh. Ya ya. Fahmi dah tak ada. Fiqry terlupa, Mak" terang aku kepada Mak aku ketika doktor meng check aku.

"Anak saya macam mana doktor??" tanya Mak aku kepada doktor.

"Mengikut keadaan sekarang ni, Anak puan tak mengalami hilang ingatan yang teruk. Cuma.. Kadangkala dia akan terimbas perkara yang sudah lepas."

Mak aku menyapu dua telapak tangannya dimuka tanda kesyukuran.

"Mak.. Fiqry koma lama sangat ke??" tanya aku kepada mak aku.

"Sekarang dah masuk 2 Tahun 5 bulan, Fiqry"

Huh? Lamanya!!!

Aku memerhati seorang budak sedang tatih berjalan dengan patung Gaban. Anak Siapa pulak ni? Anak  aku ke?? Aku dah kahwin ke?
"Mak.. Tu anak siapa??"

"Tu adik kamulah, namanya Akid Aryan"
"Dah masuk 23 bulan dah umur dia."
"Mak lahirkan Aryan selepas 6 bulan Fiqry Koma"

"Oh." mati2 fikir tu anak aku. Adik aku rupanya.

"Aryan? Sedap namatu"

"Papa kamu yang bagi nama tu"

Pintu bilik dibuka, tanda kehadiran Naufal dan Hazirah, dan seorang lagi perempuan. Aku lupa benar namanya.

Masuk sahaja mereka ke bilik, Mak aku kemudiannya keluar daripada bilik itu bersama Aryan. Aku perasan mak aku memandang wajah benci pada Naufal dan Hazirah. Apa hal pulak ni?!

"Fiqry? sedar jugak akhirnya kau" ujar Naufal sambil memegang tangan aku yang ada di antara perut dan dada.

"Ameer mana?"
"Kaem mana??"

Naufal dan Hazirah saling berpandangan.
"Kaem belum lagi balik dari kerja."

"Ameer pulak? ??" tanya aku sekali lagi.

"Nanti kau dah keluar hospital aku bawa kau jumpa Ameer, okay" jawabnya.

"Kenapa dia tak datang?? Aku rindu dia."

Naufal sekali lagi memandang Hazirah.

"Ameer tak ada kat sini."
"Dahlah. Kau jangan fikir berat-2. Ameer tak apa-2. Relax okay?" sampuk Hazirah.

Aku sekadar mengangguk lesu.
Aku memandang wajah Hazirah. Sekarang banyak perubahan pada wajahnya. Tapi tetap comel.

"Kau okay tak??" tanya Hazirah.

"Okay."
"Cuma Sakit sikit. Biasalah. Orang sakit kan?"

"Cepat-2 lah sembuh, okay?"

"Doakan lah aku cepat sembuh, Hazirah"
"Boleh aku carik  kerja, dan boleh kita cepat-2 nikah."
"Tu pun kalau kau sayang kat aku lagilah..."
ujar aku perlahan sambil tersenyum. Hazirah juga tersenyum tapi memandang lantai.

Kemudian aku memandang Perempuan yang ada dibelakang Naufal. Yayaya nama dia Aina. Aku baru teringat.

"Kau belum kawin lagi ke Naufal? Aina ada.. Taknak?" tanya aku tersenyum.

Naufal memandang Aina dan Hazirah bergilir-gilir. "Aina nilah awek aku" jelas Naufal tersengih.

Tak sangka! Aku nak mengusik Naufal je kot. Err betul pulak yang Aina awek dia. Tak sangka.. Dua tahun dah macam-2 berubah. Aina yang syok kat Ameer, dah berubah hati kat Naufal. Mungkin penat menunggu Ameer. Erm.. Yeoah.. Ameer gay kekal. Tak terbuka pintu hatinya untuk siapa-2.

"Naufal, aku dengan Aina tunggu kat kereta k?"
"Fiqry, malam ni aku datang lagi" ujar Hazirah sebelum keluar daripada bilik.

"Ok. Thanks Zira, Aina lawat aku"

Naufal masih setia  berdiri disamping aku.
"Erm.. Fiqry, aku balik dulu lah ye? Malam  nanti aku bawa Kaem datang lawat kau. Mesti dia happy kau dah sedar" ujar Naufal.

"Ok. Thanks datang lawat aku."
"Kaem? Kaem tinggal mana sekarang??! Mana kau jumpa dia?"

"Hm..  sebenarnya dia menyorok kat rumah aku semasa kau cari dia. Dia taknak jumpa kau . Sorry Fiqry.... Aku tak ada niat nak sembunyikan apa2 . Tapi tu permintaan kaem."

"Oh. Tak apa. Aku faham."

"Hm.. Sorry tau Fiqry"

"Tak apa. Kau tu pergi balik rumah. Lama sangat lawat aku, nanti tergendala kerja-2 kau"

"Halau aku pulak erk? Haha"
"Kau tu rest k? Jangan stress-2 sangat."  ujar Naufal mendapatkan tangan aku semula.

"Thanks"
"Sayang kau Naufal"

Naufal sekadar mengangguk. Naufal menepuk tangan aku dan berjalan ke arah pintu. Aku harapkan dia kiss aku sebelum dia keluar.. Tapi itu hanyalah angan aku.

"Naufal..." Aku memanggilnya sekali lagi.
Naufal memberhentikan langkah lalu menoleh ke arah aku.
"Boleh aku kiss kau? Aku rindu."

Naufal mula patah balik ke arah aku, lalu  mengucup pipi aku. Kemudian pipinya pula dilekatkan pada bibir aku.
"Naufal. Aku rindu kau" bisik aku selepas mengucup pipinya.
Air mata aku mengalir setelah ucapan itu aku luahkan.

"Beb. Asal ni? Aku ada kan sekarang dengan kau. Takyahlah menangis" pujuk Naufal mengelap air mata aku.

Aku tak tahu kenapa dengan perasaan aku sekarang. Tiba-2 nak menangis. Terlalu sedih bila tengok wajah Naufal. Kenapa aku ni!!

"Aku pun sayang kau Fiqry" ujarnya sekali lagi lalu mencium aku sekali lagi.
________________________________

Cari di Google.. Red Wine In The Dark Night . korang akan jumpa gambar Fluke Pongsatorn Sripinta. Btw cerita Red Wine in the Dark Night tu tak berapa menarik sangat sebab terlalu ringkas, dan tempat yang sama.   (Yang best time Kissing-2 tu je) XD Btw.. Sedih jugalah akhirnya. Kalau nak sinopsis komen lah yer! Sebab kat Google mang tak ada sinopsis.

Btw aku pun cuma mampu tengok cerita tu jenis Cam Version. Thats Mean.. Cerita tu dirakam dari panggung wayang. Asalkan boleh tengok sudah. -,-  Kalau nak link download nanti aku kasi.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now