Babak 27

2.3K 72 5
                                    

Hari ini aku pergi melawat Ameer di Pusat Serenti di Karak secara solo. Selain mahu melepaskan rindu, aku juga mahu menceritakan hal ini kepada Ameer.

Setelah berpanjang lebar aku meluah... Ameer mula menjawab... Sambil memegang tangan aku.
"Fiqry, I dont think so that.. Kaem tikam belakang kau? Kaem takkan buat macam tu dekat kau weh" jawab Ameer tersenyum meyakinkan aku.

"Kenapa kau fikir macam tu?!"

"He love you. Tak mungkinlah dia rampas Hazirah daripada kau......"
"Even dia gatal nak kawin pun.. Dia  takkan pilih Hazirah waima dipaksa sekali pun. Dia bukan tak ada otak, sampai nak rampas awek crush dia sendiri."

"Hm.. Dua tahun Meer. Aku koma. Macam-2 dah berubah."

"Kau kena ingat. Kaem tu non-Muslim. Fikir mudah-2 ke dia nak masuk Islam semata-mata nak kawin? Cuba kau ditempat dia. Kau lebihkan perkahwinan dan tukar agama kau ke??"
"Jahat mana pun kita ni. Taknakkan agama lain?"
Terang Ameer berkali-kali.

"Tapi apa yang aku nampak depan mata aku, dah cukup membuktikan mereka ada hubungan."

"Beb. Pasal kat restoran tu maybe kebetulan . Cuba kau sendiri talk in direct pada Kaem. Kau terlalu memendam Fiqry.."

"Dah terbukti sangat dah Ameer!"

"kau tak boleh melulu tuduh Kaem macam tu, Fiqry. Percayalah. Kaem takkan buat kat kau macam ni. Percaya cakap aku k?"
"Kau rapat dengan Kaem kan dulu? So kau sendiri lah nilai dia macam mana layanan dia terhadap kau.."

"People changes, Ameer"
"Kau tahu, bila aku chat Hazirah.. Dia macam acuh tak acuh nak layan aku. Bila aku ajak dia keluar, dia taknak. Bila aku pergi rumah parent dia, dia tak ada, Meer"

Ameer hanya mendiamkan diri. Mungkin nak menyusun ayat untuk meyakinkan aku. Huh ! Memang semua orang nak bagi  aku  pengharapan or what??

"Pernah Sekali tu aku hangout dengan budak Office papa aku tu pergi cinema kat Puchong. N Kau tahu apa yang aku nampak??" soal aku dalam nada yang pilu.

"Hazirah n Kaem??" teka Ameer.
Aku mengangguk-angguk.

"Tapi diorang keluar bukan berduakan? Mesti ada Naufal dengan Aina sekali right??" tanya Ameer.

"Yes"
"Err.. Mana kau tahu???" tanya aku kembali. Pelik! Mana Ameer tahu Naufal dengan Aina ada ssekali.

Ameer terdiam beberapa detik.
"Ermm"
"Naufalkan dengan Aina. So tak pelik kalau Hazirah ikut sekali. Aina dengan Zirah BFF right? Kaem tu pun menumpang kan kat rumah Naufal? So tak hairan kalau Kaem join sekali." jawab Ameer

Aku mati kata-2 disitu.

Walaupun perasaan buruk sangka aku terhadap Kaem dan Hazirah mula reda.. Tapi Air mata aku tetap jatuh perlahan.
Aku memang dah tak diperlukan oleh siapa-2 ke sekarang  ni? Semua dah mula abaikan aku ..

"kenapa perlu pergi jauh-2 erk untuk tengok wayang?"
"Kenapa erk Zirah join tanpa ajak aku?"
Persoalan itu ditujukan buat diri aku sendiri.

"Fiqry, Jangan lah nangis"
"Eee dah tua-2 pun nak menangis" pujuk Ameer sambil mengelap air mata aku.

Aku  memegang pergelangan tangan Ameer yang sedang mengesat sisa air mata aku. Aku merayu amat padanya..
"Ameer.. Jangan tinggalkan aku, boleh?? Please Ameer!! Aku dah tak ada kawan dah.."

"Hm.. Kau nak ke kawan dengan aku? Aku ni bekas penagih Dadah. Sampah masya....

"Ameer! Apa cakap macam tu!"
"Siapa pun kau, kau tetap kawan Aku Ameer"
"Jangan cakap macam tu lagi erk?. Aku taknak hilang kawan lagi. Kau je harapan aku sekarang.."

"Hermmm.. Kalau kau tak  ada masalah dengan Naufal, mesti kau benci kat aku dan lupakan aku.. sebab aku penagih.."

"Ameer! Apa cakap macam tu!"

"Betulkan apa aku cakap??"

"Buruk baik kau aku terima. Sungguh wei. Apa jadi sekali pun kalau boleh aku taknak pisah dengan Member aku"

"Kalau kau betul-2 tak nak pisah dengan sahabat kau kenapa kau tak relakan je Kaem dengan Zirah?"

"Sebab aku ada perasaan jugak! Bodo apa nak rampas GF orang! Tu bukan kawan, tu haiwan!!" tengking aku.
"Oh! So betullah Kaem ada Hubungan dengan Zirah??"
"Kau pun bersepakat dengan diorang?"

"Bukan macam tu Fiqry, aku cuma...

"Cuma apa Ameer!! Tak sangka kau pun bersepakat dengan diorang! Kau kejam Ameer!!! Kau Kejam!!" kata aku dalam serak sebak. Air mata aku bertambah-tambah.

Ameer menutup mulut aku dengan tangannya apabila aku mahu membuka mulut lagi.
"Fiqry, Sumpah . bukan aku maksudkan Kaem ada hubungan dengan Zirah. Aku cuma meneka hati  kau soal keikhlasan kau, terima kawan kau. Kau sendiri kan yang cakap , Apa jadi sekali pun kalau boleh kau taknak pisah dengan Member kau."
"Apa jadi sekalipun kan? Tapi bila kau syak Kaem dengan Zirah ada hubungan, mana perginya ucapn Apa jadi sekalipun?"

"Aku ada perasaan, Ameer. Aku juga manusia. Ada perasaan!" ujar aku lalu menolak badan Ameer.

"Herm.. Yelah. Sorry buat kau makin serabut."
"Btw percayalah Kaem  tak  ada hubungan dengan Hazirah"

"Sokay. Hmm Sorry tuduh kau macam2"
"Ameer.. Jangan tinggalkan aku erk?. Aku tak ada kawan rapat dah. Naufal pun pergi mana-2 tak ajak aku. Sanggup tak ajak  aku weh. Tu yang aku terkilan sangat skrg ni"

Ameer hanya tersenyum dan mengangguk sambil memainkan jari pada leher aku.

Matanya memandang sekeliling , Memang tak ada orang. Ameer mula merapatkan mukanya ke muka aku. Bibir kami bertemu sebentar sebagai pelepas gian. Er.. Maksud aku . Pelepas Rindu..

"Aku balik dulu erk Ameer? Ada  kerjalah. Nanti lain kali aku datang lagi. Aku janji aku tak jadi macam Naufal jarang-2 lawat kau."
"Kau mesti sedihkan sebab Naufal  tak selalu jenguk kau? Takpe aku kan ada?"

"Haha. Aku tak kisah pun .Aku fahamlah. N aku tak kisah even Naufal tak lawat aku . Yelah.. . Orang macam aku ni siapa nak mengaku kawan. Sampah weh."

"Tengok tu. Cakap lagi benda sama" tegur aku.

"Betul apa aku  cakap? Tak pernah salah pun  kan."
"Btw.. Naufal memang tak selalu lawat aku, tapi dia selalu tanya keadaan aku guna fon pelatih. Kadangtu post surat bergambar tentang perkembangan dia.."
"Masih terasa dihargai wei. Terharu sangat-2" ujar Ameer sambil tersenyum sinis.

"Yelah. Kau tu Ex Naufal. Jahat mana pun mesti dia kenangkan kenangan lama"

"Kau pun kalau busy jangan la paksa datang ke mari. Aku faham masing-2 dah masuk alam pekerjaan"

Sebelum aku meninggalkan Ameer, satu janji lGi aku kemukakan.

"Ameer, boleh janji dengan aku tak?"

"Janji apa??"

"Jangan ambik dadah lagi  Boleh ? Berubahlah kalau kau dah keluar dari pusat ni"
"Sedihlah aku, tengok kau macam ni"

Ameer sekadar mengangguk. Mungkin percakapan aku mengguris hatinya.?

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now