Babak 18

2.7K 65 10
                                    

Seawal jam 5.00 subuh. Mak aku dah kejut aku. Tapi pukul 5.20 baru aku bangkit. Aku ambik tuala, lilit pada leher aku. Mampus kalau mak aku nampak lovebite ni.

Tengok lauk macam tak ada selera even sedap macam mana pun. Bukak peti ais ada buah avocado. Cam sedaaaaap je. Boleh lah.

"Mak.. Avocado ni sapa punya?? Macam  sedaaap jr"

"Tu Aunty punya. Haa bawaklahh ke mari" sampuk Aunty Maria.

"Boleh ke aunty?"

"Hallah. Aunty dapat rasa pun jadilah."
"Taknak makan nasi ke Fiqry ??" tegur Aunty Maria sambil memotong avocado.

"Tak apalah Aunty... Subuh2 macam ni selera makan bubur pulak" jawab aku sambil mengambil bubur knorr dari Kabinet.

"Anak Mama ni pun tak selera nak makan nasi .. Bancuh Nestum boleh??" sampuk Faiz.

"Nestum dah habis." sampuk Mak aku.

"Pergi masuk bilik abang. Sebelah Water Heater tu ada Nestum segera. Ambiklah 3 ke" sampuk aku pula.

"Nah Mama. Bancuh. Mama bancuh sedappp" bodek Faiz.

"Bang, Faiz ambik Maggi cup ni sekali. Boleh erk??"

"Tu Kaem punya tuh. Haa ambik jelah"

"Kaem punya? Tak apalah"
"Patutlah Muka Bang Kaem macam marah je tadi."

"Tak akanlah Kaem marah sebab Maggi cup tu. Mesti Faiz ada buat salah niiii." sampuk Aunty Maria.

"Er. Mana ada. Faiz Tegur dia  pun jarang-2"

"Kaem dah bangun ke? Tak ajak dia turun?" sampuk aku.

"Dah. Dia tak  jawab apa pun. Faiz turun jelah"

"Alah. Makan jelah Maggie tu. Tak ada nya Kaem marah sebab Maggie cup! Nanti Abang tanya kenapa"

Haih .Ni mesti kes malam tadi.. Tak  habis-2 lagi ke mogok kaem ni?!

Maggie Cup masih terletak diatas meja.

"Faiz. Makan lah Maggie tu... Time sahur dahnak habis ni" ujar aku.

"Tak apalah. Hilang selera nak makan Maggie. Lauk Mama lagi sedap!" jawabnya lalu menyenduk nasi sambil menjeling Mamanya. Sweetnya anak beranak ni. Aku ? Malu nak macam tu dengan mak aku. Tapi jeles!!

____________________________________

"Kenapa ikut Faiz masuk bilik ni? Nak ehem-2 ke? Puasa kan??"

K. Perasan nak mampus dak ni.

"Tak. Cuma nak bagi tahu kenapa Kaem marah Faiz."

"Apehal pulak tetiba nak sentap dak Siam tu? Aku buat salah apa? Pelik je"

Aku buka lilitan tuala.. "Sebab ini"
"Faiz tahukan Kaem suka abang? Dengan abang pun dia marah. Dia sangka kita ada relay"

"Abang pilih siapa? Faiz ke Dia?"

"Faizkan adik angkat abang.."

"Kaem?"

Nak jawab pun takut Faiz kecewa. Diamkan aja.

"Abang suka Kaem kan? Sokay. Faiz tak kisah. Asalkan abang masih layan Faiz dengan baik. Cukuplah."

"Abang Ameer dengan Abang.. Mana lagi best?"

"Dua-2 best. Dua-2 penyayang. Yang beza cuma Abang Ameer tu lagi ganas"

"Oh."

"Nanti Faiz expalain kat Kaem ye??. Tak sangka pula hisap boleh bertanda sampai macam tu"

"Kulit abang ni putih. Memanglah..."

"Sebabtu Faiz suka."
"Kla bang. Nak mandi. Nanti takpayah mandi lagi" ujarnya lalu mencium pipi aku

_________________________________________

Sesampai di kolej, Aku matikan enjin kereta aku. Aha!! Hari ni aku ke kolej dengan Penampilan baru! Aku pakai selendang. Selendang mak aku.

"Mak.. Nak pinjam selendang"

"Untuk apa??"

"Pensyarah suruh bawa. Untuk teater"

Ha! Bulan puuasa menipu mak. Bagus!

Haih. Lovebite-2.

"Waaaaa! Orang tu pakai selendang hari niii" tegur Ameer tergelak-gelak.

Naufal pun sama.
"A Au!! A au!!!" Sambil melembut-lembutkan tangannya macam bapok.

"Ada benda tersembunyi tu!!!" kata Naufal lagi.

"Wuh Kaem! Jadi drakula kau erk malam tadi!! Sedap ah kau!!!" sampuk Ameer tergelak-gelak.

"Aku ? Even aku sebilik dengan Fiqry, Aku tak pernah sentuh dia. Tanyalah Faiz, adik kesayangan kau" jelas Kaem lembut dan berlalu.

Naufal dah pandang-2 aku dengan tajam. "Kau kata kau suka Kaem? Tapi tak pernah sentuh dia? Tapi kau main dengan Faiz??"

"Faiz adik angkat aku. Dia mintak .. Aku bagilah. Kaem tak mintak.. Aku tak bagilah" gugup aku jelaskan , nak susun ayat.

"Oh? Asal adik angkat je kena bagi sex? Macam tu ke??" tanya Naufal sambil memeluk tubuh. Kejap pandang aku, kejap pandang ameer.

"Yang aku pelik boleh pulak kaurang share si Faiz tu??"
"Oh! Yayaya Sharing is Caring."
"Huh. Masing-2 gila sex" tomah Naufal berulang kali dan melangkah pergi.

"Kau tu rapat-2 dengan Kaem macamlah tak pernah!" Marah Ameer pula.

"Jaga sikit mulut kau, Ameer Khan! Kau  ingat aku  macam korang semua ni?? Yang paling teruk boleh share-2 bhai! "

Aku menahan badan Ameer yang mahu melepaskan tumbuk ke arah Naufal. "Makin lama makin kurang ajar mulut dia!"
"Lepaskan aku!"

"Dahlah Ameer.."
"Ameer. Relax ah."

"Dia kurang ajar melampau kot!"

"Alah.. Ex kau jugak kan??"
"Relax lah . Aku malas lah nak  gaduh lama-2"

"Memanglah ex! Masalahnya dia tukar sayang aku kepada dia jadi dendam kesumat!!"

"Apa kecoh-2 ni? Haish!! Aku  tak faham lah dengan korag ni!! Apa masalah korang?! Bulan puasa pun nak gaduh?" ujar  Hazirah yang melangkah ke arah kami bersama puak-2 nya.

"ORANG MAKAN ROJAK, KAU  MAKAN KAPUR! ORANG TAK  AJAK JANGAN MASUK CAMPUR!!" ujar Ameer lalu meninggalkan aku juga.

"Eii Pelik lah dengan Cousin aku ni."
"Kau pun sama Fiqry!"

Ai! Aku pun kena.

"Gang korang ni lah gang lelaki yang kuat bertekak tahu!! Seriously Annoying!!" ujar Hazirah lagi.

"HAlah. Biasalah . Nanti masa iftar elok lah masing-2"

"Ha. Yelah"
"Cakap pasal Iftar, aku nak ajak mem-2 aku sekali. Boleh??"

Mak aih. Kopak lagi!

"Er. Boleh-2."

"Jangan risaulah. Tak kopak duit  you.. Tempat yang sama je" sampuk Aina.

Pergh! Tercabar bhai ego aku.

"Its okay. Aku belanja" - Nak cover maruah yang tercabar.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now