Babak 33

2.3K 64 7
                                    

Malam ini adalah malam istimewa untuk aku.

Hari ini adalah Hari jadi aku yang paling istimewa dalam hidup aku ...

bersama Kaem.

Nak dijadikan cerita, Kaem tiba-2 suruh aku datang ke Thailand bersama mak dengan Papa aku.  Er.. Adik kecik Aryan aku tu mestilah ikut sekali. Tapi papa aku macam biasalah. Dia tetap taknak sertai kalau ada nama Kaem.
Kena pakai kemeja lah. Apalah. Ah ikutkan ajelah!

Aku tak sangka dalam diam, dalam kesibukan kerja...
Kaem telah menyediakan satu majlis hari jadi aku di Chalet Krisda Doi. Amat meriah nampaknya. Sebelum jejak Krisda Doi, dah terpapar besar kain rentang dengan gambar aku dan Kaem. gambar dari tahun ke tahun dia paparkan. Teruja ya amat!

Semua tetamu telah datang memenuhi ruang. . Er.. Semua orang thailand.
Lagu Thailand yang sedap rentaknya memeriahkan suasana majlis.

"Seemingly, our honored guests with his mother has arrived!"  - DJ.
(Pap pap pap- Orang tepuk tangan)

"Welcome and Happy Birthday to Fiqry Fathi"
"Let we know, Kaem and Fiqry has been closed friends since the age of 18 years  old at Malaysia. blablabla......" - DJ terus membebel memperkenalkan diri aku.

Aku menghampiri Kaem bersama Tara yang tersenyum memandang aku.

"Kaem. Thanks for this"

"Welcome Fiqry."
"Thanks also to my loved Thara too"
"She was decorate this chalet. If I were decorate, nothing beautiful" jawab Kaem memuji Tara. Agak rasa cemburu tengok kemesraan mereka. Err.. Jangan macam ni Fiqry. Thankful lah Kaem yang rancang semua ni.

"Thanks Tara for this event"

"My Pleasure" jawab Tara pendek sambil mengukir senyuman. Er.. Kenapa lawa sangat si Tara ni! Btw .. Banyak-2 perempuan thailand dekat sini, Tara yang paling sopan pakaian dia. Adudud kalau kau Islam mesti kau pakai tudung labuh. Er.~ 

"U just sit here, Aku akan ambil kan makanan untuk kau. Dont Worry, makanan yang aku bawa nanti halal Yang tetamu punya tu je aku tak tahu halal ke tak." terang Kaem tersengih manis.

Dimeja VIP cuma ada aku dan mak aku. Meja punyalah luas, kerusi banyak lebih. Tapi ada aku dengan mak aku? Er.. Mak aku daripada tadi memandang aku.

"Kenapa Mak pandang Fiqry macam tu??"

"Kamu ada hubungan ke dengan Kaem?"

"Mak."
"Kaem tu dahnak kawin pun .. Tak ada maknalah kitorang ada apa-2 hubungan"

"Habis tu? Majlis hari jadi kamu semewah ini??"

"Erm. Mana Fiqry tahu. Kaem tu je kot beria dekat Fiqry."
"Lagipun Fiqry dah ada calon isteri kot. Kaem pun dah ada."

"Hm.. Kamu still lagi ke dengan Zirah?"

"Dah tu je perempuan yang paling Fiqry sayang dan rapat selain mak"
"Mak tak suka ke dengan Hazirah tu? Dia cantik je. Pandai masak semua tu..."

"Tapi.. Hazirah tu.......

"Ni haa makanan dah sampai!" Kaem datang bersama "dayang-dayangnya" menggantungkan ayat Mak aku.

"Makan kenyang-2. Hari ni hari istimewa untuk orang tu"

Beberapa potong kek tiramisu terhidang. Ia mengingatkan aku kepada Arwah Fahmi.

"Kenapa termenung?" tegur Kaem.

"Teringatkan Arwah Fahmi la tu kan sebab Kek Tiramisu?" sampuk mak aku.

_______

Majlis hampir tamat, mak aku dah membuta dalam bilik, orang pun dah ramai yang balik. Catering pula sebok mengemas.  Aku masih berkumpul dengan adik-2 Kaem. Nampaknya adik-adik dia pandai cakap english. Agak ta'ajub disitu. (Btw orang thailand kebanyakan pelat English.)

Daripada tadi juga aku perhatikan Kaem tak sudah melihat jam tangannya.  Telefonnya juga tak sudah-2 buat panggilan.  Apa masalah dia ni?! Aku bangun menghampirinya.

"Kaem, kau tunggu siapa?"

"Erm... Aku tunggu Naufal and the gang. Tapi tak sampai-2 lagi. Lama betul flight. Pelik juga.."

"Hm.. Biarlah Kaem. Majlis hari jadi aku je pun.. Tak penting pun untuk dia datang"

"Kau ni. Apa cakap macam tu? Siang tadi dia cakap nak datang. And Petang tadi aku send message pun kat dia.  dah siap bluetick"

"Bluetick? That mean dia taknak datang. Kalau betul-2 nak datang mesti dia respon"

"Fiqry, please lah jangan buruk sangka."

"K la. Kau tunggu lah dia sampai esok." jawab aku setelah menguap.
"Aku nak masuk tidur dulu. Malam nanti aku nak  hadiah 'tu' daripada kau. Aku tuntut ok.!"

"Eii. Gatal kau kan Fiqry?"
"Yelah lepas siap kemas, aku masuk bilik. Hari ni kau rehat je ok? jadi raja"

"Okay boss"
"Love U" jawab aku tersengih memandang tajam.

"Love u too"
"Dahlah. Jangan sweet-2 kat sini. Tara fikir bukan-2 nanti"

Aku menjawab panggilan telefon aku yang bergetar dalam poket seluar aku Sebelum aku meninggalkan Kaem.

Nama Aina terpapar pada Skrin.

"Hell...

"Fiqry! Kenapa susah sangat nak angkat panggilan aku!!"
"Dah berkali-2 aku call"

"Er.. Sorry-2 . Fon silentlah. Btw Aku Dekat majlis ni"
"Kau dah kenapa nak marah-2 ni?"

"Naufal dengan Hazirah...."

"Kenapa??"

"Diorang exsiden. Sekarang diorang dekat Wad di Hospital.............."

Telefon aku jatuh ke rumput. Air mata aku mengalir perlahan dengan berita itu.

"Fiqry?? Why??" tanya Kaem menahan aku dari jatuh lalu menyambung panggilan aku.

Oleh kerana berita malam itu, malam terindah aku menjadi malam tragedi yang  teruk bagi aku. Tidur aku tak lena..

"Sayang, tidurlah. Esok kita balik Malaysia erk tengok Naufal dengan Zirah?" pujuk Kaem lalu memeluk aku dalam dakapannya.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now