Babak 6

3.1K 75 0
                                    

Aktiviti cuti macam ni macam biasalaah , Tak merancang apa-2 aktiviti pun, cuma habiskan masa duduk atas sofa yang dah macam tilam keempukannya sambil menghadap TV 50 inchi. Bukan tengok TV sangat pun. Main Instagram je lebih. Btw aku tengah carik kasut Mizuno sempena Anniversary Naufal dengan Ameer. (?) Aku saja beli online sebab lebih murah. Kalau kat kedai mau RM400. Dua pasang dah RM800. Heh!

"Morning..." satu wish menerpa aku dari belakang.

Aku cuma membalas dengan senyuman sinis. Sungguh aku malu nak wish balik.

Sambil layan insta sambil menjeling Kaem. Matanya tertumpu pada TV. Beberapa kali aku menjeling, satu kali jelingan tu aku perasan Kaem menjeling aku lalu pantas mengalihkan jelingan matanya bila aku menjelingnya. Heh Dah kenapa pulak Jeling-2 aku.

"Rumah sunyi je? Memang tak ada orangkah? Mana parents you?" tanya Keam memecah kesunyian (sunyilah sangat, TV tengah pumpang pumpang)

"Papa kerja. Mama memang keluar pagi-2 macam ni. Tapi sebelum keluar tadi Mama I dah buatkan breakfast"

"Oh.. Seronokkan sebab sunyi? Tenang je. Tak ada kecoh-2. Kalau rumah I bising dengan suara adik-2. Naik rimas!"

"Seronok? Bosan adalah. Tak ada teman nak bersembang. Tak ada kawan nak bergurau. Lainlah dulu-2 masa abang saya masih hidup" jelas aku.

"You memang sayang sangat erk dengan abang kandung you? Zaman sekarang ni masih ada lagi rupanya adik beradik yang saling ambil tahu antara satu sama lain. I think tak wujud, apatah lagi adik beradik lelaki sama lelaki. Memang hubungan tak rapatlah. But you dengan Fahmi.. Kenapa rapat sangat??

"Adik-beradik kandung? Taklah. Kami adik beradik tiri. Selepas Ayah I meninggal, Mama I kahwin dengan Papa Fahmi dan berpindah di sini."

"Ohhh.. Ingat korang adik beradik kandung. Itupun Naufal yang cakap."

"Oh... Yeke? Okay-2." Dalam otak terfikir kenapa Naufal cakap yang aku dengan Fahmi adik beradik kandung?

"I think... You dengan Fahmi lebih daripada hubungan adik-beradik kan?" suara Kaem menerpa sekali lagi.

"Maksud you??"

"You dengan Fahmi adalah pasangan. Iyakan?"

"Nonsense. Kenapa fikir macam tu!!" balas aku dengan sedikit tawa palsu pada hujung kata.

"Sebab cara you. .. Nampak sangat you ada hubungan dengan dia. Kalau sekadar adik beradik tiri, takkan lah sampai menangis"

"Kaem. We're so closed. Semua aktiviti kami buat sama-2. Tidurpun sebilik......

"Thats why I cakap you ada hubungan dengan dia."

"Kaem. Nonsense lah! Senang cerita, Dia Bestfriend saya ." Aku cuba menafikan statement Kaem.
"Jom breakfast??" ajak aku sambil bangun daripada sofa lalu mengeliat sedikit.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now