Slot 7

3K 76 4
                                    

Aku terus bawa Kaem pulang ke rumah setelah puas menyalak di Star K. Penat sangat ke sampai tidur bersandar dibahu aku? Susah aku nak drive kereta. Nak kejut tak sampai hati pula

Aku sepat menghentikan kereta ditepi jalan smata-mata mencium pipinya lembut, Kemudian meneruskan perjalanan semula apabila dia seperti mahu terjaga.
Ghairah sungguh dibuatnya.

Sesampai ke rumah, aku lihat ada kereta Myvi kuning di perkarangan rumah. 'Siapa pula datang malam-2 buta begini' detik hati aku. Aku menampar sedikit pipi Kaem untuk mengejutnya. Kaem mengeliat comel. Ikut nafsu nak aku peluk je mamat ni.

"Fiqry, kenalkan ni Aunty Maria. Kakak papa. Yang ni pula Faiz, anak  buah papa"

Selama aku kat sini, tak pernah tahupun papa ada adik beradik bagai. Time rayapun.. Kirim salam lah Papa nak bawa ke sana ke mari..

Aku bersalaman sambil mencalit senyuman kepada mereka sebagai tanda hormat. Ketika giliran bersalaman dengan Faiz, ada satu perasaan menemplak kerana pandangannya lain macam.

"Mulai malam ini, Aunty Maria dengan Faiz akan tinggal disini. Suami Aunty, Uncle Rostam meninggal dunia kat Amerika Syarikat."

Aku sekadar meng-ooo kan kata-2 papa. Ni mesti kes dah tak ada tempat tinggal. Rumah kena tarik. Ah. Andaian aku lah kan....

"Jadi, Mak  rasa baiklah kalau Kamu berkongsi bilik dengan Kaem, dan bilik Fahmi yang kamu jadikan bilik kamu tu bagi pada Faiz"

Aku menggeleng pantas. Wah! Sedap-2 je nak bagi bilik aku dengan arwah kat orang lain.
"No way lah Mak! Fiqry rasa lebih baik Kaem yang berpindah bilik dengan Fiqry bolehkan Kaem?" bidas aku.

"Ikutlah, saya cuma menumpang" ujar Kaem ringkas.

"Kaem? Bukan Fahmi ke?? Dah besar dah Fahmi sekarang." sampuk Aunty Maria.

"Itu bukan Fahmi." sampuk papa.

"Habis?! Siapa?"

"Dia kawan Fiqry dari Siam, and for your information, Fahmi dah meninggal dunia di Amerika Syarikat 2 tahun lepas. "

Muka Aunty Maria dan Faiz terkejut beruk.

"Faiz pun ingat tu Fahmi. Rupanya bukan" sampuk Faiz perlahan.

"Kenapa dia meninggal??"

Persoalan Aunty Maria menyebabkan
Aku mengangkat beg baju Faiz ke bilik, Mungkin papa perlukan ruang dengan ketiadaan aku disitu. Yelah. Aku adalah punca Fahmi pergi...

Mak aku pun dah ke dapur seolah memberi ruang kepada papa untuk bercerita kepada Aunty Maria.

"Faiz, jom ikut abang naik ke bilik" ujar aku lembut sambil mengusung begnya.

"Kau umur berapa?" tanya aku sambil mendaki anak tangga.

"16 tahun"

"OH.. Tahun depan dah SPM. Buat betul-2."

"Umur abang berapa?"

"Dah tua dah. 21 tahun."

"Abang Kaem umur berapa?" tanya Faiz kpd Kaem yang mengeluarkan baju daripada Almari.

"20 tahun"

"Kalau ada apa-2 ketuk je pintu balik abang" pesan aku sebelum keluar daripada bilik.

"Thanks abang bawak beg ni"

"My pleasure."
______________________________________

Sambil mendengar lagu, sambil menjeling ke arah Kaem yang menyusun baju di dalam almari. Ia seolah mengimbau kenangan manis bersama Fahmi.

Mata aku meliar melihat Kaem yang hanya mengenakan short pen sebelum menghampiri aku dikatil. Nampak sedikit bonjolan ditengah. Tak boleh jadi macam ni. Tak boleh jadi!! Sabar Fiqry. Sabar.
Salah langkah. Hancur semua. Aku cepat-2 mengalihkan pandangan.

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now